UPSR Mansuh Bukan Bererti Murid Murid Tahun 6 Boleh Bersenang Lenang

UPSR Mansuh Bukan Bererti Murid Murid Tahun 6 2021 Boleh Bersenang Lenang | Khas buat murid-murid Tahun 6 2021 dan para penjaga, ini sedikit gambaran yang kita perlu tahu mengenai apa yang murid murid Tahun 6 2021 akan lalui. UPSR mansuh bukan bererti anak anak boleh rehat, tak perlu belajar dan bersenang lenang tau! Anak anak perlu meningkatkan keupayaan dalam aspek penguasaan pembelajaran serta aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta kemahiran sosial untuk di nilai. 


Penilaian Murid Murid Tahun 6 2021 Selepas Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 

KakYa tertanya tanya juga, selepas UPSR di mansuhkan bagaimana penilaian untuk anak anak tahun 6 2021 di laksanakan. Oleh kerana KakYa mempunyai anak Tahun 6 2021, jadi KakYa kena ambil tahu apa yang akan dinilai oleh pihak sekolah terhadap anak KakYa.

UPSR 2021 Mansuh. Dia paling special la sebab takde sijil UPSR. Kakak ngan abang dia duk sibuk usik dia. "Sian dia takde sijil UPSR". 

Sepertimana yang teleh dibincangkan sebelum ini,  selepas pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), murid murid Tahun 6 2021 akan dinilai berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah  
( PBS).


Pentaksiran Berasaskan Sekolah mempunyai beberapa elemen pentaksiran antaranya;

Pentaksiran Bilik Darjah (PDI)
• Pentaksiran Psikometrik (PPSi)
• Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) 

Pentaksiran Bilik Darjah (PDI)

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PDI) murid murid Tahun 6 2021 akan di nilai sepanjang tahun. Pentaksiran berdasarkan ujian, projek, pembentangan, kuiz, penglibatan dan aktiviti di dalam kelas, KBAT, aktiviti berkumpulan, kerja rumah dan latihan serta lembaran kerja. 

Murid murid akan di beri tahap penguasaan (TP 1 hingga TP 6) terhadap pentaksiran yang dijalankan. 

TP 6 untuk murid yang cemerlang, manakala murid sederhana diberikan TP 5 dan TP4. Bagi murid yang kurang ataupun tidak menguasai diberikan TP 3, TP 2 dan TP 1.

Pentaksiran Psikometrik (PPSi)

Pentaksiran Psikometrik (PPSi) merangkumi;
1. Ujian Aptitud
2. Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)

Pentaksiran Psikometrik (PPSi) akan menguji murid dari aspek daya fikir, kecenderungan emosi dan kemahiran sosial murid.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) 

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) merangkumi;
- Ujian SEGAK
- Kokurikulum
(Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform)
- Ekstra Kurikulum
(Wakil sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa)

Selain daripada pentaksiran di atas terdapat dua lagi pentaksiran untuk murid murid Tahun 6 2021 iaitu UKKM dan PKSK.

UKKM

UKMM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

PKSK

PKSK adalah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk SMKA dan SBP.

Sama Sama Kita Tingkatkan Prestasi Anak Anak Kita Dalam Akademik Dan Kokurikulum 

KakYa harap apa yang KakYa kongsikan ini akan dapat  memberi gambaran yang lebih jelas kepada semua murid serta ibubapa penjaga untuk lebih mengambil cakna mengenai pentaksiran yang akan dijalankan terhadap murid Tahun 6 2021. 

Jadi sebagai ibubapa penjaga, sama samalah kita mendorong anak anak kita untuk lebih memahami konsep pentaksiran yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Semoga anak anak kita akan terus berusaha menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Takde UPSR takpe ya anak anak! Yang penting semangat nak memajukan diri sendiri kena ada dan sematkan selalu dalam diri. Semoga anak anak akan terus cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bererti semakin banyak pecahannya.

    BalasPadam
  2. Pendidikan seumur hidup , peperiksaan hanya menilai tahap pencapaian sahaja. Kalau ada skill memang boleh hidup.....

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.