Akhirnya Hadiah Contest Milo Home Tester Club Selamat Di Terima

Akhirnya Hadiah Contest Milo Home Tester Club Selamat Di Terima | Akhirnya setelah berbulan bulan menunggu, dapat jugak hadiah contest Milo anjuran Home Tester Club. Keputusan contest dah dapat pada bulan 12 tahun 2020 tetapi dek kerana beberapa masalah teknikal makanya hadiah yang patut KakYa terima tak nampak bayang langsung. Huhuhu..

Inilah hamper yang KakYa dapat tengahari tadi. Beg limited edition 2 dalam 1 tu yang KakYa paling berkenan. Dalam banyak banyak warna, ada 4 pilihan warna. KakYa dapat warna hijau. Cam tau tau jer kita suka kaler ijooo.

Banyak kali jugak la KakYa duk DM instagram HTC bertanyakan hal berkaitan hadiah ni. Tapi jawapan diaorang hadiah akan diposkan dalam masa terdekat, kami akan poskan secepat mungkin dan hadiah dalam perjalanan. Tapi hingga ke sudah hadiah tak jugak dapat dapat. Pelik sungguh.

5 Feb 2021 dapat email hadiah dalam perjalanan. Tapi hingga ke bulan April tak kunjung tiba hadiah yang dalam perjalanan. Meniti titian usang mana ntah tak sampai sampai.

Akhirnya setelah menghantar beberapa email dan juga pengesahan nama pemenang, tengahari tadi hadiah yang dimenangi telah selamat KakYa terima. Alhamdulillah syukur Ya Allah akhirnya merasa la jugak nak dapat hadiah Milo ni. Happy la sebab dapat beg Milo limited edition 2 dalam 1 ni haaaa. Boleh guna sebagai beg galas dan boleh lipat lipat untuk di gunakan sebagai beg pinggang.

Boleh pakai untuk beg galas 

Boleh juga guna untuk beg pinggang

Ok la tak kisah la lambat dapat, janji dapat la jugak hadiah yang dijanjikan. Terima kasih sekali lagi Home Tester Club. Hadiah dah dapat dah! Yahoooo ... 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. woww beg tu beg galas & beg pinggang??! kita ingtkan beg galas & beg balik kampung haha menarik!

    BalasPadam
  2. serious cantik! boleh pakai pergi hiking

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.