Selamat Hari Lahir Ke 41 Encik Suami | Selamat Hari Lahir ke 41 abang. Semoga dengan bertambahnya usia akan bertambah juga keimanan, kesabaran dan kecintaan kepada Allah SWT. Semoga abang dipanjangkan umur, diberikan kebahagiaan, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Aamin aamin Ya Mujib.
Tiada hadiah dan ucapan terindah selain doa dari Umi dan anak anak untuk abang. Doa Umi dan anak anak akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang. Semoga Abang dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dekat dengan kebaikan dan dijauhkan dari keburukan . InsyaAllah.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Engkau hadirkan seorang insan, kawan, suami dan bapa yang baik untukku dan anak anak. Terima kasih sayang kerana menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk Umi dan anak anak.
Thank you for the years of love, support, and fond memories. Looking forward to many more years spent with you. Love u so much sayang. Love U Till Jannah ❤ .
2 Ulasan
selamat hari lahir :)
BalasPadamhappy birthday :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.