Jangan Sibuk Dengan Urusan Orang

Jangan Sibuk Dengan Urusan Orang  | Hari ini kalau kita tengok sekeliling kita, cubba tengok cuba perhati. Ramai di kalangan kita suka sangat nak ambil tahu perihal orang lain. Sibuk nak ambik "cakna lebih" akan urusan orang. Contoh urusan hidup, urusan keluarga, dan urusan rumahtangga orang. Tak perlu nak ambik tahu sangat hal orang. Jaga hal kita sudah. Jangan sibuk hal orang. Hal kita pon banyak lagi tak sempurna.

www.akifimtiyaz.com

Setakat boleh tegur sikit sikit, maka kita usahakan untuk tegur. Tapi jangan sampai kita jadi " busy body " dengan hidup seseorang. Sibuk nak masuk campur urusan orang lain. Biarkan mereka uruskan hidup mereka sendiri, mana yang kita nampak salah, dan patut ditegur maka tegurlah. Selebihnya, biarkan. Jangan kita berlebih lebih, bukan semua orang suka sikap kita. 


Paling bagus, kita belajar mengenal diri. Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada sibuk cari masa ingin tahu peribadi orang lain. Sebab itu kenalilah dirimu terlebih dahulu sebelum sibuk acah acah nak tahu peribadi orang lain. Cuba ingatkan sikit kat diri sendiri bahawa kita sekarang ni di dunia realiti, bukan di alam fantasi. Pegang sikit yang kita ni perlu banyak belajar dan muhasabah diri.

Hidup ini seperti pelangi, warna-warni, bukan bahagia setiap hari, tapi tetap indah jika dinikmati, jika disyukuri. Ucapkanlah Alhamdulillah ❤️


Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.