Jangan Sibuk Dengan Urusan Orang | Hari ini kalau kita tengok sekeliling kita, cubba tengok cuba perhati. Ramai di kalangan kita suka sangat nak ambil tahu perihal orang lain. Sibuk nak ambik "cakna lebih" akan urusan orang. Contoh urusan hidup, urusan keluarga, dan urusan rumahtangga orang. Tak perlu nak ambik tahu sangat hal orang. Jaga hal kita sudah. Jangan sibuk hal orang. Hal kita pon banyak lagi tak sempurna.
Paling bagus, kita belajar mengenal diri. Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada sibuk cari masa ingin tahu peribadi orang lain. Sebab itu kenalilah dirimu terlebih dahulu sebelum sibuk acah acah nak tahu peribadi orang lain. Cuba ingatkan sikit kat diri sendiri bahawa kita sekarang ni di dunia realiti, bukan di alam fantasi. Pegang sikit yang kita ni perlu banyak belajar dan muhasabah diri.
Hidup ini seperti pelangi, warna-warni, bukan bahagia setiap hari, tapi tetap indah jika dinikmati, jika disyukuri. Ucapkanlah Alhamdulillah ❤️
3 Ulasan
Betul sangat.
BalasPadamBetul tu kak.
BalasPadamplg win kalau org tu cuba utk berbincang ttg masalah kita, lagi lawak
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.