Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng

Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng | Semalam KakYa ada masak sambal tumis telur goreng. Masa tengah masak, datang mood rajin pula. KakYa ada ambil beberapa keping gambar sebab rasa hati macam nak masukkan resipi kat blog. Lama dah tak tulis resipi kat blog. 

Resipi sambal tumis telur goreng, cara masak sambal tumis telur goreng, cara senang masak sambal, cara masak sambal sedap lazat, sambal tumis telur
Sambal tumis telur goreng

Makanya harini KakYa nak kongsi dengan korang, cara mudah dan senang masak sambal tumis telur goreng dan resipinya sekali. Siapa suka sambal tumis telur goreng, silalah cuba resipi KakYa yang simple ni. Memang sangat mudah dan ringkas jer. Nak buat pon senang.

Resipi sambal tumis telur goreng

Ok jom kita jenguk jenguk dulu apakah bahan bahan yang diperlukan untuk menyediakan sambal tumis telur goreng. Antara bahan bahan yang diperlukan ialah;

Bahan bahan untuk memasak sambal tumis telur goreng

• 5 biji telur (di rebus dan di kupas kulitnya)
• Satu senduk minyak masak
• 3 biji bawang  di kisar (KakYa guna bawang holland)
• Bawang putih 3 ulas di kisar bersama bawnag holland. 
• 5 sudu besar lada kisar
• 5 biji cili padi merah (kalau suka pedas boleh letak, kalau tak suka tak perlu letak)
• Minyak untuk menumis
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
• Ajinomoto jika suka (ikut cara masing masing, kita raikan pendapat)

Cara memasak sambal tumis telur goreng

Cara nak masak sambal tumis telur goreng tak susahpun sebenarnya. Tersangatlah senang dan mudah. Korang boleh ikut cara caranya satu persatu okey. 

Ok jom kita masak sambal tumis telur goreng cara KakYa

Mula mula sekali panaskan minyak dan goreng telur rebus yang telah dikupas. Goreng hingga berubah warna keperangan dan dah siap boleh angkat dan toskan. Alihkan ke tepi. 

Resipi sambal tumis telur goreng, cara masak sambal tumis telur goreng, cara senang masak sambal, cara masak sambal sedap lazat, sambal tumis telur
Goreng telur rebus hingga bertukar warna keperangan

Panaskan minyak dalam kuali lebih besar untuk menumis. Apabila minyak sudah panas,  masukkan bawang yang telah di kisar. Tumis sehingga naik bau.

Resipi sambal tumis telur goreng, cara masak sambal tumis telur goreng, cara senang masak sambal, cara masak sambal sedap lazat, sambal tumis telur
Tumis bawang hingga naik bau

Gaul bawang biar sekata dan bila dah berubah warna keperangan, boleh masukkan cili kisar dan masa hingga pecah minyak. 

Resipi sambal tumis telur goreng, cara masak sambal tumis telur goreng, cara senang masak sambal, cara masak sambal sedap lazat, sambal tumis telur

Bila nampak warna sambal bertukar gelap dan dah pecah minyak bolehlah masukkan telur.  Gaul seketika sehingga sambal bersalut dengan telur. Masukkan garam, gula dan penambah perisa ajinomoto jika suka. Akhir sekali masukkan bawang holland yang di hiris. 

Resipi sambal tumis telur goreng, cara masak sambal tumis telur goreng, cara senang masak sambal, cara masak sambal sedap lazat, sambal tumis telur

Masak seketika hingga bawang holland layu dan tutup api. Dah siap sambal tumis telur goreng kita. Boleh la makan bersama nasi panas dan juga sayur goreng atau ikut suka selera masing masing nak tambah menu lain. Takde masalah. 

Jangan lupa cuba tau! Resipi sambal tumis telur goreng ni sangat di gemari anak anak KakYa. Diaorang memang selalu minta KakYa masakkan menu ni. 

Korang yang suka makan simple simple nanti try la Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng. Selamat mencuba korang!







Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. this is one of my favorite .... boleh tambah berpinggan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.