Cara Jahit Lencana Pengakap Sekolah Rendah

Cara Jahit Lencana Pengakap Sekolah Rendah | Malam semalam KakYa belikan seragam pengakap untuk Akif. Pertama kali beli sejak Akif join pengakap bermula tahun 4, 2019. Sebenarnya bukan tak nak beli masa tahun 4 tapi kat sekolah dia lebih pada pakai t shirt pengakap dan seluar trek jer, seragam lengkap tak diwajibkan pon. Jadi KakYa tak beli lagi la masa. Masuk tahun 5 konon konon nak beli la untuk dia sepasang uniform pengakap, tapi tak terbeli jugak sebab PKP dan sekolah tutup, kena belajar kat rumah jer. Cuma sempat beli baju  yang lain lain tak beli lagi masa tu. Baju yang dah beli tu pon tak boleh nak pakai dah sekarang sebab dia makin besar. Tak pernah pakai tersadai cam gitu jer la beli saja saja. 

cara-jahit-lencana-pengakap-sekolah-rendah
Sepatutnya pagi pagi sebelum pegi sekolah nak ambil gambar ni tapi kalut sikit pagi semalam sebab hujan nak ke sekolah makanya gambar sempat ambil lepas balik sekolah. Mood balik sekolah paham paham ajelah suh bangun pon tak nak. Dapat la sekeping dua gambar, jadila dari takde langsung.

Tahun ni, awal awal masuk sekolah 8.3.2021 Cikgu dah bagitahu kena beli dan pakai walaupon takde aktiviti kokurikulum sebab Cikgu nak bagi markah. Makanya duk menghitung hari la dak Akif ni ajak pegi beli seragam pengakap. Nak jadi citer abah dia pulak busy seminggu dua ni jadi tak dapat nak pegi beli. Malam semalam dia dok ajak jugak makanya kena pegi jugak la sebab dia semua kawan kawan dah pakai. 

cara-jahit-lencana-pengakap-sekolah-rendah
Lencana pengakap. Umi jahit tangan jer. Pakai mesin tak reti sangat. Mesin jahit pulak ntah ok ntah tak ok lama sangat masuk kotak tak tengok tengok. 

Dah beli seragam pengakap nak kena jahit lencana pulak. Sebenarnya ada jer yang jual dah siap jahit sekali lencana tapi KakYa tak pegi cari la sebab masa pon dah semput malam malam nak cari takut tak sempat. Kita carik kedai yang dekat dekat jer. Makanya berabih la jugak RM76 untuk baju pengakap lengan panjang, seluar biru gelap, scarft pengakap, woogle pengakap dan jugak lencana. Tanya dia nak topi ke idok ni. Takyah laa Umi sebab tak pakai pon. Kalau Cikgu suruh beli, baru beli. 

cara-jahit-lencana-pengakap-sekolah-rendah
Ada kawan tanya apasal jahit logo TERENGGANU kat lengan baju. KakYa kan duk Pahang. Anak anak sekolah kat Pahang kan? Prihatin sungguh sahabat alam maya KakYa hehehe. Betul la tu KakYa memang duk Pahang tapi anak anak  KakYa semua sekolah kat Terengganu. Dekat jer pon sempadan situ jer. 

Lama betul tak jahit lencana pakaian seragam anak anak. Ingat ingat KakYa la last jahit untuk seragam PBSM Iman rasanya. Jadi nak tahu cara jahit dan nak letak belah mana lencana lencana yang ada ni, masa untuk kita menggoogle. Nak jahit ni bukan boleh ikut suka jer nak jahit belah kanan belah kiri, kena tahu la yang mana nak letak kanan yang mana nak letak kiri. Bukan maij jahit jer. Apa susah susah google jer la. Kat hujung jari jer infonya.

cara-jahit-lencana-pengakap-sekolah-rendah
Kebetulan nametag yang KakYa tempah masa 2017 masih ada lagi. Jadi guna jer nametag tu jahit kat seragam dia. Abih citer. 

Untuk jahit lencana pengakap, KakYa tengok  cara susunan lencana kat satu laman web. Susunan lencana bagi lengan baju sebelah kanan kena letak nama negeri, nama daerah dan juga nombor kumpulan. Jarak antara susunan lencana anggaran 1cm lebar. Maka menggigih gak la ukur untuk letak lencana dari bahu nak bagi ngam ngam 1cm.  Lencana jalur gemilang perlu di letak pada poket kanan. Untuk Akif KakYa hanya jahit nama negeri dan bendera jalur gemilang dan nametag jer kat belah kanan. Nama daerah takde stok kat kedai masa nak beli, jadi KakYa tak letak lagi. Nombor kumpulan tu KakYa tak pasti tang mana nak dapat nombor tu. Jadi abaikan jer takde beli pon. 

cara-jahit-lencana-pengakap-sekolah-rendah
Scarf tu kan menguji kesabaran sungguh pagi semalam nak gulung dia. Tak bagi kerjasama sungguh sebab kain scarft tu licin. Yang cotton takde yang licin jer. Jadi KakYa lipat lipat kecik pastu gosok jer. Habih citer hehehe. Tapi masa balik sekolah nampak lain dah. Akif cakap kawan dia yang tolong lipat semula. Bagus laa nak, Umi tak pandai sangat kalau yang rumit rumit ni. Kejor masa tak dan nak mikir yang rumit...

Susunan bagi lengan baju sebelah kiri. Paling atas belah kiri KakYa letak tag Malaysia jer sebab yang lain lain takde lagi setakat ni. Letak Malaysia jer la dulu sepertimana yang KakYa jumpa kat google. Untuk lencana pengakap pula, perlu letak pada poket sebelah kiri. Tu jer la dulu untuk sementara ni. Lain lain kita tunggu Cikgu bagi info. Alhamdulillah segak anak Umi dengan seragam pengakap baru. Tapi tahun ni takde lagi aktiviti kokurikulum kat sekolah. Tunggu takde Covid19 kot baru ada aktiviti. Takpe la mana mana pon janji seragam dah ada. Cikgu suruh pakai kita pakai jer.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. saya memang fail jahit lencana ni kak ya, tangan sekeras dahan pokok jati haha

    BalasPadam
  2. Rajinnya sis. Ena hntr jiran je hehe. Kadang seluar koyak pon hantar. 🤣🤣 Nasib baik dekat.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.