Peraduan Jawap Dan Menang : Sawit Anugerah Tuhan

Peraduan Jawap Dan Menang : Sawit Anugerah Tuhan | Assalamualaikum, hai korang. KakYa nak kongsikan satu peraduan dengan korang. Peraduan Jawap Dan Menang : Sawit Anugerah Tuhan. Peraduan ini anjuran Malaysia Palm Oil Council (MPOC) bemula pada hari ini 10 Februari 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021. Peraduan selama 10 bulan ini berlangsung di laman sesawang Malaysia Palm Oil Council (MPOC). Peraduan ini bertujuan menguji pengetahuan korang mengenai Minyak Sawit Malaysia. 

Menang komputer riba MacBook Pro

Korang yang suka join peraduan silalah join dan jawap 10 soalan dengan betul dan tepat. KakYa pon nak join jugak. Mana tahu kot kot ada rezeki menang hadiah. 

Langkah Untuk Menyertai Peraduan Jawap Dan Menang Sawit Anugerah Tuhan

Bagaimana cara untuk menyertai Peraduan Jawap Dan Menang Sawit Anugerah Tuhan;

1. Isi maklumat pada borang peraduan.
2. Jawap 10 soalan mudah.
3. Hantar jawapan anda.
4. Kongsi dengan rakan rakan anda.

Jawab 10 soalan dengan betul dan tepat, rebutlah peluang untuk memenangi iPad, jam tangan pintar Garmin, Earbuds, baucer makanan dan hadiah-hadiah bulanan menarik yang lain! Pada masa yang sama, korang berpeluang memenangi hadiah utama, iaitu sebuah komputer riba MacBook Pro baharu.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari ; 
http://www.sawit.com.my/

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.