7 Rahsia Dan Tips Dalam Masakan

7 Rahsia Dan Tips Dalam Masakan | Assalamualaikum, Hai korang! Apa khabar pagini. Alhamdulillah Syukur, KakYa masih lagi diberi peluang juga ruang untuk terus bernafas di mukabumi Allah ini. Syukur masih lagi sihat walafiat. Allah bagi nikmat sihat ni, KakYa nak kongsi sikit la dengan korang rahsia dan tips dalam masakan yang KakYa dapat daripada perkongsian sahabat. Kita ni kalau masak mesti ada rahsia atau tips masakan yang kita tak tahu kan? Bila dah tahu rahsia dan tips dalam masakan lagi semangat nak masak masak. 

Rahsia dan tips masakan yang KakYa kkngsiakn ni, ada yang KakYa pernah cuba dan menjadi dan ada yang KakYa tak pernah cuba lagi tapi sahabat dah cuba dan tips ini menjadi. Jadi KakYa nak kongsi la jugak 7 rahsia dan tips dalam masakan ni kat korang. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah. Jom kita risik risik 7 rahsia dan tips dalam masakan. 

1. Timun

- Jika korang masak asam pedas atau masak lemak dan masakan korang tu terlalu pedas korang masukkan timun kat dalam masakan korang.  Timun dapat mengurangkan rasa pedas.

2. Garam

- Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam dipemulaan masakan atau waktu daging dan ayam belum betul-betul empuk. Ini bagi kerana daging akan menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam yang diletakkan terlalu awal dalam masakan.

3. Santan

- Ramai yang suka kuatkan api kerana percaya  untuk mempercepatkan proses santan pecah minyak api perlu kuat. Korang salah! Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Gunakan api perlahan atau sederhana sahaja baru santan pecah minyak dengan elok.

4. Gula Merah

- Korang yang suka masak sambal. Koramg boleh guna gula merah. Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal korang menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

5. Buah Keras

- Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan tetapi perlu di ingat, jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika makan masakan korang. 

Untuk sukatan paling baik, korang boleh gunakan sebiji buah keras untuk seekor ayam. untuk masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

6. Asam Gelugur/Keping

- Kalau korang tak nak ikan yang di goreng melekat kat kuali, korang boleh masukkan beberapa keping asam gelugur/keping ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. InsyaAllah menjadi! Ikan yang digoreng tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

7. Bawang Putih 

- Untuk beras tahan lama dan nasi berbau wangi. Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi.

Ok, korang dah tahu rahsia dan tips masakan ni kan? Jangan lupa amalkan okey. Semoga manfaat...

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. baru tau timun boleh kurangkan rasa pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Atie . Nanti.lau masak terlebih pedas boleh la try letak timun ..

      Padam
  2. Thanks share kak Ya. Suka petua-petua macam ni

    BalasPadam
  3. Salam kak Ya..

    No.1 tu boleh cuba la nanti sebab cili giling selalu tak konsisten kepedasan dia. Kadang terpedas. Laki pulak tak boleh pedas2. Selalu letak gula tapi nak muntah pula rasanya. Lepas ni boleh cuba letak timun la.

    P/S Macam da lame tak nampak muka Akif kat IG. Ke naniey yg sibuk sampai x nmpak post akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe try la buat Naniey .. Kalua terpedas letak timun. Ohhh lama ke? Sekarang ni Akif pon busy memanjangngan keje2 sekokah online pagi petang kekadang malam. Takde gambar baru dah hehehe. Tq tau Naniey ingat Akif lagi.. Rindu ke??

      Padam
  4. wahhhh tq petua nya kak ya,boleh amalkan ni...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.