Situasi Terkini Covid-19 Di Terengganu 7 Januari 2021

Situasi Terkini Covid-19 Di Terengganu 7 Januari 2021 |  Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 15 kes sembuh dan 10 kes baru Covid-19 menjadikan terdapat 82 kes Covid-19 aktif di Negeri Terengganu, 7 Januari 2021 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 405 kes. Kesemua 81 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu (HHT) [67 kes], Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) [8 kes], Hospital Kuala Nerang, Kedah [1 kes] dan PKRC Marang [5 kes]. Manakala satu (1) lagi kes di HSNZ menerima rawatan di ICU dan dalam keadaan stabil tanpa bantuan alat pernafasan.

Situasi terkini COVID-19 di Terengganu 7 Januari 2021,COVID-19 di Terengganu, Keadaan semasa Covid-19 di Terengganu

Perincian Kes Sembuh Covid-19 Di Terengganu

Enam (6) kes sembuh hari ini adalah kes Kuster Manik dari mukim Abang iaitu Kes 315, Kes 316, Kes 317, Kes 318, Kes 319 & Kes 330.

Empat (4) kes Kuster Halban dari mukim Hulu Besut iaitu Kes 320, Kes 321, Kes 322 & Kes 323.

Satu (1) kes Kuster Kolam Permai dari mukim Bukit Besar iaitu Kes 310.

Satu (1) kes masing-masing dari mukim Rusila [Kes 304], mukim Bandi [Kes 314], mukim Manir [Kes 334] dan mukim Kuala Ibai [Kes 306]. 

Situasi terkini COVID-19 di Terengganu 7 Januari 2021,COVID-19 di Terengganu, Keadaan semasa Covid-19 di Terengganu

Perincian Kes Baru Covid-19 Di Terengganu

Daripada 10 kes baru pada hari ini, lima (5) kes adalah import B [Kes 397, Kes 400, Kes 401, Kes 404 & Kes 405] dan lima (5) kes penularan tempatan [Kes 396, Kes 398, Kes 399, Kes 402 & Kes 403]. 

Kes 396 adalah kes penularan tempatan dari mukim Bandar, Kuala Terengganu yang dikesan melalui saringan individu bergejala. Kes mula mengalami gejala pada 3 Januari 2021 dan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Pada 5 Januari 2020 kes ke hospital yang lain kerana masih bergejala dan dirujuk ke HSNZ untuk saringan Covid-19. Keputusan ujian pantas yang dijalankan didapati reaktif dan kes segera dikuarantinkan. Ujian RT-PCR mengesahkan kes positif pada petang 6 Januari 2021 dan dimasukkan ke HHT. Kontak rapat telah disaring dan diasingkan. Punca jangkitan masih dalam siasatan dan mungkin akibat dari pendedahan dengan individu dari zon merah. 

Kes 397 adalah kes import B dari mukim Bukit Besar, Kuala Terengganu yang dikesan melalui saringan individu bergejala. Kes tinggal dan bekerja di Ampang, Selangor dan mempunyai sejarah pendedahan kepada kes positif pada 22 Disember 2020. Pada 26 Disember, kes pulang ke Terengganu dan mula mengalami gejala pada 27 Disember 2020. Kes telah mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta pada 30 Disember 2020. Pada 3 Januari kes menjalani ujian pantas di HSNZ tetapi negatif. Kes sekali lagi menjalani ujian RT-PCR pada 4 Januari 2021 dan diberikan perintah pengawasan. Keputusan ujian didapati positif pada petang 6 Januari 2020 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat di Terengganu telah disaring dan diasingkan. 

Kes 398 adalah kes penularan tempatan dari mukim Pelagat, Besut yang dikesan melalui saringan kontak. Kes merupakan kontak rapat Kes 307. Kes telah diasingkan di pusat kuarantin mulai 31 Disember 2020. Keputusan ujian saringan pertama pada 2 Januari adalah negatif manakala keputusan ujian kedua didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat telah disaring dan diasingkan di pusat kuarantin.

Kes 399 adalah kes penularan tempatan dari mukim Telok Kalong, Kemaman yang dikesan melalui saringan individu bergejala. Kes mempunyai sejarah pendedahan kepada individu dari zon merah. Kes mula mengalami gejala pada 2 Januari 2021 dan mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan pada 4 Januari 2021. Ujian saringan dijalankan dan kes diberikan perintah pengawasan. Keputusan ujian didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat telah disaring dan diasingkan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kes 400 adalah kes import B dari mukim Bandar, Kuala Terengganu yang dikesan melalui penilaian risiko dan saringan kontak. Kes tinggal di Klang, Selangor dan tiba di Terengganu pada 5 Januari 2021. Sebaik tiba kes terus ke HSNZ untuk menjalani ujian saringan kerana telah mendapat makluman menjadi kontak kepada kes positif dan segera diasingkan dipusat kuarantin. Keputusan ujian didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat di Terengganu telah disaring dan diasingkan.

Kes 401 adalah kes import B dari mukim Batu Buruk, Kuala Terengganu yang dikesan melalui saringan individu bergejala. Kes mempunyai sejarah perjalanan kes zon merah di Selangor dan Melaka pada 25 hingga 28 Disember 2020. Pada 4 Januari kes mengalami gejala dan mendapatkan pemeriksaan di HSNZ pada 5 Januari, seterusnya diasingkan ke pusat kuarantin. Keputusan ujian pada 6 Januari didapati positif dan kes dimasukkan HHT. Siasatan, saringan dan pengasingan kontak sedang giat dijalankan. 

Kes 402 adalah kes penularan tempatan dari mukim Bandar, Kuala Terengganu yang dikesan melalui kontak. Kes mempunyai sejarah pendedahan kepada kes positif yang datang dari Kuala Lumpur pada 2 Januari 2021. Pada 5 Januari kes mendapat tahu menjadi kontak kepada kes positif di Kuala Lumpur lalu segera menjalani ujian saringan di HSNZ, seterusnya diasingkan ke pusat kuarantin. Keputusan ujian pada petang 6 Januari didapati positif dan kes dimasukkan HHT. Siasatan, saringan dan pengasingan kontak sedang giat dijalankan

Kes 403 adalah kes penularan tempatan dari mukim Kerandang, Besut yang dikesan melalui saringan kontak. Kes merupakan kontak rapat Kes 307. Kes telah diasingkan di pusat kuarantin mulai 30 Disember 2020. Keputusan ujian saringan pertama pada 3 Januari adalah negatif manakala keputusan ujian kedua didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat telah disaring dan diasingkan di pusat kuarantin

Kes 404 adalah kes import B dari mukim Kerteh, Kemaman yang dikesan melalui saringan kontak. Kes merupakan kontak rapat Kes 365 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Johor pada 25 hingga 31 Disember 2020. Kes telah diasingkan di pusat kuarantin mulai 3 Januari 2021. Keputusan ujian saringan didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat telah disaring dan diasingkan di pusat kuarantin.

Kes 405 adalah kes import B dari mukim Chukai, Kemaman yang dikesan melalui saringan saringan kontak. Kes tinggal dan bekerja di Ampang, Selangor dan pulang ke Terengganu menaiki bas pada 31 Disember 2020. Pada 3 Januari 2021, kes telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dalam bas kepada Kes 358 dan segera dimasukkan ke pusat kuarantin serta disaring. Keputusan ujian saringan didapati positif pada petang 6 Januari 2021 dan kes dimasukkan ke HHT. Kontak rapat di Terengganu telah disaring dan diasingkan di pusat kuarantin.

Makluman Zon Aktif Covid-19 Di Terengganu

Sehingga 7 Januari 2021, Negeri Terengganu mencatatkan 20 zon aktif iaitu Zon Kuning di mukim Bandi (1 kes), mukim Telok Kalong (4 kes), mukim Kijal (1 kes), mukim Abang (10 kes), mukim Rasau (1 kes), mukim Bandar (2 kes), mukim Atas Tol (1 kes), mukim Bukit Besar (6 kes), mukim Kubang Parit (2 kes), mukim Kuala Ibai (2 kes), mukim Chabang Tiga (1 kes), mukim Tembila (1 kes), mukim Hulu Besut (4 kes), mukim Bukit Kenak (2 kes), mukim Kerandang (2 kes), mukim Pelagat (1 kes), mukim Mengabang Telipot (8 kes), mukim Tepoh (1 kes), mukim Bukit Payong (1 kes) dan Hulu Nerus (1 kes).

Peringatan Khusus

Mulai 7 Disember 2020 – 7 Januari 2021, terdapat 70 kes Import B (rentas negeri) telah direkodkan di Negeri Terengganu. Setakat ini, kes-kes import B tersebut telah menghasilkan 14 kes penularan tempatan. Selain daripada itu, terdapat 32 kes penularan tempatan disebabkan oleh pendedahan kepada kes positif negeri luar yang datang ke negeri ini.

Oleh, itu bagi membendung penularan tempatan dan menjaga Zon Hijau di negeri ini, individu yang memasuki Terengganu DIGALAKKAN hadir ke klinik kesihatan dan hospital berdekatan untuk menjalani penilaian risiko oleh petugas kesihatan. Arahan untuk tindakan seterusnya bergantung kepada hasil penilaian tersebut.

Bagi mereka yang telah menjalani ujian saringan di luar Terengganu, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga keputusan ujian diperolehi sebelum membuat perjalanan ke negeri ini. Sekiranya terpaksa pulang segera atas sebab penting, sila pastikan anda mengamalkan SOP yang ketat di mana juga berada.

Perincian Kluster Aktif Covid-19 Di Terengganu

Pada 7 Januari 2021, terdapat tiga (3) kluster aktif yang didaftarkan di Negeri Terengganu iaitu Kluster Dang Mutiara, Kluster Kolam Permai dan Kluster Mengkuang.

1) Kluster Mengkuang

Kluster Mengkuang didaftarkan pada 5 Januari 2021 melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu). Kes indeks bagi kluster ini adalah Kes 335 yang pulang dari kawasan berisiko. Jangkitan seterusnya merebak kepada rakan sekerja dan ahli keluarga [Kes 311, Kes 324, Kes 325, Kes 344, Kes 346, Kes 347, Kes 348, Kes 349 & Kes 376]. Sehingga 7 Januari 2021, Kluster Mengkuang telah mencatatkan 10 kes. 

Data saringan di Terengganu sehingga 7 Januari 2021:

- Jumlah disaring : 161
- Jumlah negatif: 150
- Jumlah pending: 1
- Bilangan kes baru dilaporkan: 0
- Jumlah kes : 10 (Semua kes sedang dirawat) 

2) Kluster Kolam Permai

Kluster Kolam Permai didaftarkan pada 2 Januari 2021 melibatkan Negeri Terengganu (Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus & Kemaman) dan Selangor. Di Terengganu kluster ini bermula di tempat kerja di daerah Kuala Terengganu di mana Kes 303 mendapat jangkitan daripada rakan sekerja yang datang dari Selangor. Jangkitan seterusnya merebak kepada rakan sekerja dan ahli keluarga Kes 303. 

Data saringan di Terengganu sehingga 7 Januari 2021:

- Jumlah disaring : 222
- Jumlah negatif: 204
- Jumlah pending: 5
- Bilangan kes baru dilaporkan: 0

Jumlah kes : 13 (3 kes sembuh, 10 sedang dirawat) 

3) Kluster Dang Mutiara

Kluster Dang Mutiara didaftarkan pada 12 Disember 2020 dan merupakan kluster tempat kerja. Ianya melibatkan mukim Kuala Dungun, mukim Sura, mukim Kuala Paka, mukim Kemasik, mukim Kerteh, mukim Lubuk Kawah, mukim Bukit Puteri, mukim Losong dan mukim Losong di Terengganu serta daerah Gombak di Selangor, Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini dikesan pada 8 Disember 2020 melalui saringan sebelum kembali ke tempat kerja. Pada 7 Januari 2021, Kluster Dang Mutiara telah mencatatkan sebanyak 54 kes keseluruhan (Semua kes telah sembuh). 

Tiada pertambahan kes di Terengganu pada hari ini.

Jumlah kes di Terengganu : 40 [40 kes sembuh]

Pada 7 Januari 2021 juga, terdapat empat (4) kluster di negeri lain yang melibatkan kes di Terengganu iaitu Kluster Teratai, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Halban dan Kluster Manik.

1) Kluster Manik

Kluster ini didaftarkan pada 3 Januari 2021 di daerah Kuala Krai, Kelantan dan telah menular ke Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala pada 26 Disember 2020. Pada 6 Januari 2021, Kluster Manik telah mencatatkan sebanyak 39 kes. Di Terengganu, kluster ini melibatkan enam (6) kes [Kes 315, Kes 316, Kes 317, Kes 318, Kes 319 & Kes 330] di mukim Abang, Dungun.

Data saringan di Terengganu sehingga 7 Januari 2021: 

- Jumlah disaring: 23
- Jumlah negatif: 17
- Jumlah pending: 0
- Bil. kes baru dilaporkan: 0

Jumlah kes di Terengganu : 6 (Semua kes telah sembuh)

2) Kluster Halban

Kluster ini didaftarkan pada 26 Disember 2020 di daerah Kota Baharu, Kelantan dan telah menular ke Pasir Puteh, Bachok, Tumpat serta Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98731) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Pada 6 Januari 2021, Kluster Halban telah mencatatkan sebanyak 157 kes. Di Terengganu, kluster ini melibatkan mukim Tembila dan Hulu Besut di mana lima (5) kes telah didaftarkan pada 31 Disember 2020.

Data saringan di Terengganu sehingga 7 Januari 2021:

- Jumlah disaring: 40
- Jumlah negatif: 35
- Jumlah pending: 0
- Bil. kes baru dilaporkan: 0

Jumlah kes di Terengganu : 5 (1 kes sedang dirawat, 4 kes telah sembuh)

3) Kluster Tapak Bina Damanlela

Kluster ini didaftarkan pada 7 November 2020 di WP Kuala Lumpur dan telah menular ke Selangor serta Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini [iaitu kes ke-37814 (KKM)] telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan tahanan pada 6 November 2020. Pada 6 Januari 2021, Kluster Tapak Bina Damanlela telah mencatatkan sebanyak 2,740 kes. Di Terengganu, kluster ini melibatkan mukim Wakaf Tengah, Kuala Nerus di mana satu (1) kes telah didaftarkan pada 27 Disember 2020. Tiada pertambahan kes baru di Terengganu pada hari ini

Jumlah kes di Terengganu : 1 (Kes telah sembuh)

4) Kluster Teratai

Kluster ini didaftarkan pada 7 November 2020 di Negeri Selangor dan telah menular ke Kuala Lumpur, Putrajaya serta Terengganu. Indeks kes bagi kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala pada 2 November 2020. Pada 6 Januari 2021, Kluster Teratai telah mencatatkan sebanyak 6,374 kes. Di Terengganu, kluster ini melibatkan mukim Bandar, Kuala Terengganu di mana satu (1) kes telah didaftarkan pada 21 Disember 2020. Sebanyak tiga (3) kes lagi dikesan di Terengganu hasil saringan kontak rapat. Tiada pertambahan kes baru di Terengganu pada hari ini.

Jumlah kes di Terengganu : 4 (Semua kes telah sembuh)

Sentiasa Mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP)

Untuk memastikan keadaan pandemik Covid-19 di Negeri Terengganu terkawal semua penduduk diingatkan supaya sentiasa mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat dengan;

1. Menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain
2. Memakai pelitup muka apabila di tempat awam
3. Mengelakkan perkumpulan
4. Duduk di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan penting
5. Elakkan membuat pergerakan keluar masuk ke kawasan berisiko seperti zon merah dan jingga
6. Kerap mencuci tangan
7. Menangguhkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai. 

Pematuhan kepada saranan-saranan ini akan dapat memutuskan rantaian jangkitan dan seterusnya menghalang perebakan Covid-19 dalam komuniti.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Aduhai.. Kakak ipar saya duk sana. Moga semua selamat di sana. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
  2. thank you for the update, hmmm kesian Terengganu, covid dan banjir.. hopefully smua dilindungi Allah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.