Kehebatan Surah Al Kautsar

Kehebatan Surah Al Kautsar | Surah Al Kautsar ialah surah ke 108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al Kautsar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Al Kautsar bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini. 

kelebihan surah al kautsar, khasiat surah al kautsar, maksud surah al kautsar, surah al kausar rumi, amal 1000 kali  surah al kausar rezeki bertambah,

Kehebatan Dan Kelebihan Surah Al Kautsar Jika Di Amalkan 

Pelbagai kehebatan, kelebihan dan khasiat terkandung dalam Surah Al Kautsar. Bagaimana untuk kita amalkan;

1. Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara. InsyaAllah akan di beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi atas kehendakNya.

2. Baca ketika dalam kehausan dan tiada air, gosokkan di leher dan insyaAllah akan hilang dahaga.

3. Baca sebanyak 10 kali pada air mawar, dan sapukan pada mata yang sakit, berair, gatal atau bengkak. InsyaAllah akan diberi kesembuhan atas kehendakNya. 

4. Baca sebanyak 10 kali jika rumah dipercayai terkena sihir, mudah-mudahan Allah beri petunjuk di mana terletaknya sihir tersebut.

5. Baca sebanyak 1000 kali, insyaAllah akan bertambah rezeki kurniaan daripada Allah jika DIA berkehendakkanNya. 

6. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu membaca surah ini, insyaAllah hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika solat.

7. Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah mengabulkan permintaan kita.

Sama sama kita amalkannya. Pasti yang baik baik akan datang jua jika kita istiqamah mengamalkannya. InsyaAllah, segalanya dengan izin Allah SWT. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.