Teka Teki Roti Gardenia Original Classic 400g RM2.50 Turun Harga RM1

Teka Teki Roti Gardenia Original Classic 400g RM2.50 Turun Harga RM1 | Start pagi tadi KakYa dapat banyak pulak gambar Roti Gardenia  dengan caption WOW WEDNESDAY Every Wednesday from now until 17 February 2021 Gardenia Original Classic RM2.50 RM1 yang di post kat  aplikasi WhatsApp terutama WhatsApp group. Takde angin takde ribut tup tup masuk gambar Roti Gardenia 400g  yang berharga RM2.50 tapi bermula hari Rabu ini, Roti Gardenia 400g di jual pada harga RM1 jer. Bior betul kome! Duk berteka teki kejap KakYa. Ya ke idok ni. Kat gambar pulak takde sumber dari mana dapatnya gambar ni haaaa. Kalau ada tulis kat gambar sumbernya dari mana takde la nak jadik teka teki. Boleh jer terjah tengok. 


KakYa ni kan bila dah banyak sangat gambar ni menari nari makanya KakYa rasa cam rajin pulak nak singgah kat facebook page Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd Nak tengok la kot kot memang betul benda yang tersebar ni. Nak jugak pegi beli kat kedai esok kalau regenya RM1 satu plastik tu haaaa. Tapi takde apa apa updated pon pasal ni. Updated jawatan kosong operator pengeluaran Gardenia Bakeries da la kat situ. Apo citer ni. Mai mana pulak la PROMOSI Roti Gardenia Original Classic RM2.50 RM1.

Promosi Sempena WOW WEDNESDAY Dari Pihak Shell Malaysia

Malas nak tulis panjang panjang lepas dah selidik barulah KakYa tahu kat mana datangnya gambar ni. Rupa rupanya gambar ni datangnya dari page Shell Malaysia. Roti Gardenia Original Classic 400g RM1 ni adalah promosi sempena WOW WEDNESDAY dari pihak Shell Malaysia. Terjawap sudah teka teki teka tekuk KakYa mengenai harga murah Roti Gardenia Original Classic 400g RM1  ni haaa. Jadi untuk korang yang tak selidik dulu bab gambar ni kena selidik dulu okey. Takut esok korang pegi kedai ambik Roti Gardenia Original Classic 400g ni pastu bayar RM1 terus blah camtu jer. Kan tak pepasal dapat malu. Jangan buang tebiat okey! 


Jangan pulak cakap KakYa tak payung bab ni. Ni haaa KakYa dah payung cecantik satu entri dah ni. Siap selidik kat mana sumber gambar lagi. Mintak tolong baca jer. Jangan duk baca tajuk jer dah sibuk cakap itu ini. Baca naaaa!

Ada Syarat Tau! Bukan Boleh Beli Dengan RM1 Camtu Jer .. Baca Dulu 

Oh ya alang alang cakap bab promosi WOW WEDNESDAY dari pihak Shell kat sini, KakYa nak bagitau jugak kat korang. Korang bukan boleh beli Roti Gardenia Original Classic 400g RM1 ni cam gitu jer tau. Ada SYARAT dia pulak kalau nak beli. Bukan mudah mudah Shell nak jugal RM1 gitu jer kat korang. Haaaa kena tau gak tu, takut kan esok korang pegi Shell ambik roti bayar RM1 haruuuu pulak jadinya kan. Syarat dia kena isi minyak minimum RM30 kat Shell, barulah korang boleh beli Roti Gardenia Original Classic 400g dengan harga RM1 di Shell SELECT. Bukan setakat Roti Gardenia Original Classic 400g tapi macam macam  lagilah pilihan yang ada sempena WOW WEDNESDAY.

Nah dah panjang lebar dah citer Roti Gardenia Original Classic 400g RM1 ni. Dah macam jurucakap pihak Shell Malaysia la pulak KakYa ni ha. Kalau la Shell Malaysia bayar boleh kita citer panjang lebar lagi ni. Hahahaha! Okey la tu jer la nak citer petang ni. Panjang bebenor la pulak bila dah mengarang. Tadi nak tulis simple simple jer. Bila dah tulis camni laaaa panjang bebenor jadiknya. Stop sini dulu la ya! Jumpa lain kali .. Bye bye bye.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ohh mcm tu ya.. lama x makan roti gardenia ni since diet hehe

    BalasPadam
  2. shell punya promotion ni , thanks sharing !!

    BalasPadam
  3. Oo ada juga nampak iklan ni. Tapi pasal tak tahu sumber dari mana, Cik TK ignore saja 😅

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.