Memberi Tak Tunggu Kaya

Memberi Tak Tunggu Kaya | Salam, hai sahabat pembaca blog KakYa. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana dengan izinMu, malam ni dapat lagi KakYa berkongsi ilmu bersama sahabat pembaca blog KakYa. Semoga apa yang KakYa kongsikan kat sini dapat memberi manfaat buat pembaca semua. Tajuk perkongsian KakYa malam ni "Memberi Tak Tunggu Kaya". Jom kita hayati sama sama.

Jangan disebabkan kita merasa miskin, kita tidak mampu memberi. Ada orang yang beranggapan, mereka akan bersedekah bila sudah kaya, sudah ada banyak duit. Sekarang mereka tak perlu bersedekah kerana duit mereka cukup-cukup makan saja. Mereka tak sedar, bukan kena tunggu kaya raya baru nak bersedekah. 

Sebenarnya memberi derma atau sedekah tak perlu tunggu kita kaya raya baru boleh memberi. Selagi kita dapat memberi dan kongsikan apa yang kita ada bersama orang lain, itulah orang "kaya" yang sebenar. Mari kita sama-sama sebarkan kebaikan. 


Sayidina Ali bin Abu Talib RA berkata: “Amal perbuatan paling berat ada empat; memberi maaf ketika marah, memberi sedekah ketika miskin, menjaga kemuliaan diri ketika sendirian dan berkata benar terhadap orang ditakuti atau mengharapkan jasanya.”

Tidak ramai yang dapat bersedekah ataupun menghulurkan sesuatu kepada orang lain ketika berada dalam kemiskinan. Maklumlah, hendak makan pun susah, inikan pula mahu membantu orang lain.

Kalau tak mampu sedekah wang ringgit, macam-macam cara kita boleh ‘sedekah’, seperti sumbangkan tenaga. Kalau masjid atau surau berhampiran kediaman kita mengadakan gotong-royong, ringankan badan untuk turut serta. Badan sihat, pahala pun dapat.

Malah cara sedekah yang lebih mudah adalah memberi salam atau menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Mudah kan? Bahkan macam-macam lagi kita boleh bersedekah dan mendapat pahala yang berpanjangan. Kongsi ilmu dengan orang lain juga sedekah dan bayangkan jika ilmu itu dapat membantu seseorang itu merubah kehidupannya jadi lebih baik? Tapi pastikan apa yang kita lakukan dengan keikhlasan dan kesucian hati. Jangan pula ada agenda tersembunyi.

Antara Kelebihan Sedekah

1. Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
2. Mendapat ganjaran pahala
3. Melahirkan rasa syukur
4. Terhindar daripada sifat kedekut
5. Sembuhkan penyakit
6. Suburkan rezeki
7. Beri ketenangan pada hati dan jiwa

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog KakYa. Terima kasih sudi singgah sini. Terima kasih juga kerana sudi tinggalkan komen. InsyaAllah ada kelapangan masa KakYa singgah blogwalking. Tq sahabat. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.