6 Amalan Untuk Berjaya Bagi Yang Bergelar Pelajar

6 Amalan Untuk Berjaya Bagi Yang Bergelar Pelajar 6 Amalan Untuk Berjaya  ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook bernama Anis Farisha. KakYa dapat melalui perkongsian di group WhatsApp family. Berikut perkongsian 6 amalan untuk berjaya dari beliau; 

Al-Mathurat Dan Doa Rabitah

• Dibaca waktu pagi mulai waktu fajar sampai Zohor. Boleh baca pagi selepas solat Subuh. Kalau tak sempat baca kat rumah, bila sampai kat sekolah tu baca dulu Al-Mathurat sambil tunggu masa pertama start.

• Dibaca petang dari waktu Asar sampai Isyak. Bacalah masa lepas solat Maghrib sambil tunggu waktu Isyak.

• Diamal baca mengikut wazhifah sughra saja (boleh rujuk dekat Al-Mathurat biasanya dia ada tanda)

• Lepas baca Al-Mathurat, baca la Doa Rabitah. Nak mudah hafal, search kat Youtube “Doa Rabitah Unic”. Dengar pastu ulang banyak kali confirm boleh ingat doa tu.

Baca Al-Quran Setiap Hari

• Bacalah sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari. Bacalah bila ada waktu lapang, lepas solat Maghrib ke spend time kejap baca Al-Quran.

Amalkan Surah Ar-Rahman

• Surah Ar-Rahman ni amat digalakkan untuk diamalkan oleh students. Masa exam, sebolehnya JANGAN TINGGAL surah ni. Baca setiap pagi sebelum jawab exam.

• Amalkanlah surah ni sepanjang kita menuntut ilmu tak kiralah masa exam ataupun tak. Tak sempat nak baca sampai habis, bacalah setakat kita sempat asalkan kita usaha untuk baca.

Solat Hajat Dan Solat Taubat

• Jadikan solat hajat ni rutin kita. Buat dengan ikhlas dan niat. Tak kira la musim exam ke tak, amalkan solat hajat supaya Allah memberkati ilmu yang kita pelajari.

• Ada seorang ustazah pernah pesan kalau kita nak mintak sesuatu dengan Allah, sebaiknya kita mohon ampun segala dosa kita dulu. Solat taubat minta Allah bersihkan hati kita supaya mudah nak ingat ilmu yang kita pelajari.

Doa Memohon Dari Allah

• Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 79. Lazimkan baca ayat ni sebelum terbit matahari, dalam perjalanan nak pergi sekolah baca ayat ni, ulang 10x dengan niat supaya ingat ilmu yang dipelajari.

• Berdoalah pada Allah supaya diberikan kejayaan dunia akhirat. PALING PENTING selitkan juga doa untuk kawan-kawan & kenalan kita supaya mereka mendapat kejayaan yang diimpikan. Minta Allah mengampunkan dosa kita, guru guru kita, sahabat sahabat kita. Bila kita turut mendoakan orang lain, Allah akan bagi rezeki dan pahala yang banyak kepada kita kadang kadang tanpa kita sedar.

Zikir Fatimah

• Waktu persediaan nak hadap SPM memang sangat penat sampai rasa nak give up, masa tu rasa letih mental dan fizikal sebab ada kelas tambahan tak henti-henti, hadap buku sepanjang hari, lagi lagi tak cukup tidur tu memang normal. Ada satu zikir yang Ica nak kongsi iaitu Zikir Fatimah :

Subhanallah 33x 
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x

• Masa lidah menyebut zikir, niatkan dalam hati “Ya Allah redakan keletihan aku ini. Cukupkan rehatku. Berikan kekuatan padaku”.

Sama-sama kita amalkan. Ini adalah sekadar berkongsi ikhtiar yang boleh kita manfaatkan untuk berjaya. Paling penting, bila nak mohon pertolongan dari Allah, kena ada usaha yang sungguh sungguh bukan ala kadar. Percayalah Allah mendengar rintihan hambaNya. Semoga berjaya dunia dan akhirat. 

Tanda Sayang,
KakYa⚘
www.akifimtiyaz.com
15 November 2020

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.