Kebenaran Pulang Bermalam Dan Lawatan Ibu Bapa Serta Waris Murid Di Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia

Kebenaran Pulang Bermalam Dan Lawatan Ibu Bapa Serta Waris Murid Di Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia | Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Adzman bin Talib telah mengeluarkan surat siaran KPM. 100-1/3/1 Jld.3 (65) bertarikh 5 Oktober 2020. Pengeluaran surat ini pastinya amat melegakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di asrama. 



Surat Kebenaran Pulang Bermalam Dan Lawatan Ibu Bapa Serta Waris Murid Di Asrama KPM


Antara isi kandungan surat di atas,  Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan agar semua murid di sekolah asrama dan kolej vokasional KPM dibenarkan untuk pulang bermalam pada hujung minggu atau cuti umum mulai 9 Oktober 2020. 

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada kekerapan sekali sahaja dalam tempoh 4 hingga 6 minggu dan perlu mengikut jadual serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan kolej vokasional berkenaan. 

Di samping itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ingin memaklumkan bahawa, mulai 9 Oktober 2020 ibu bapa serta waris dibenarkan memasuki premis sekolah dan kolej vikasional pada hujung minggu dan cuti umum untuk bertemu murid tertakluk kepada prosedur operasi standart yang telah ditetapkan. 

Namun begitu, kebenaran ini tidak terpakai untuk murid yang ingin pulang bermalam di rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah. Ibu bapa atau waris yang berada di kawasan zon merah juga tidak dibenarkan untuk bertemu murid di asrama sekolah atau di kolej vokasional KPM. 

Sehubungan itu, kebenaran puang bermalam dan lawatan ibu bapa serta waris di asrama perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu yang telah di kemaskini dan boleh di akses melalui portal rasmi KPM www.moe.gov.my .

Alhamdulillah pasni boleh la KakYa dan suami melawat anak anak di asrama dan hujung minggu bolehlah kami bawa anak anak pulang ke rumah. Anak anak mesti dah rindu. Ya la dah nak masuk dua bulan diaorang kat asrama tak dapat nak jumpa. Moga anak anak tabah dengan situasi sekarang. Sama sama kita jaga kita. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.