Hai Oktober!

Hai Oktober! | Hello Oktober, Chapter 10 Of 12. Oktober sayang sayang hope KakYa can be better than last month. Please be a good month, bring smiles and happiness to me, family and friends.

❤ New month

❤ New beginning

❤ New mindset

❤ New focus

❤ New start

❤ New intentions

❤ New result


Ya Allah! Ya Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

Ya Allah! Ya Baari’, Yang Maha Mengatur, aturkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

Ya Allah! Ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Amin ya Allah, jauhkanlah Covid 19 dari Malaysia, Dan dari bumiMu ya Allah....kami lemah, Tidak berdaya melawan kehendakMu...Kabulkanlah doa kami...Amin

    BalasPadam
  2. hope october ni jadi yg terbaik walau kes covid makin meningkat

    BalasPadam
  3. Amiinn..

    Selamat menempuh Oktober.. Semoga yang baik2 je untuk kita lepas ni, kan Lya..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.