Amalan Sedekah Subuh

Amalan Sedekah Subuh | Pernah dengar Sedekah Subuh. Sedekah Subuh adalah sedekah yang diberikan pada waktu subuh. Sedekah Subuh dicadangkan selepas kita selesai melaksanakan solat subuh dan sebelum masuk waktu syuruk. Sedekah Subuh luar biasa dahsyatnya. Sedikit tapi istiqomah.

Sedekah Subuh 

Korang ada amalkan Sedekah Subuh? Jika ada dan amalkannya secara konsisten, alhamdulillah syukur. Jika ada yang belum amalkan, jom KakYa kongsikan mengenai amalan Sedekah Subuh dan bagaimana cara yang boleh dilaksanakan bagi menyempurnakan Sedekah Subuh. 

Rahsia di sebalik sedekah subuh

Tips Mudah Sedekah Subuh

Sediakan satu bekas yang lutsinar untuk diisi duit. Setiap pagi selepas solat subuh masukkan duit dalam tabung tersebut. Jumlah duit yang dimasukkan hendaklah seikhlas hati, RM5, RM2 atau RM1 ataupun RM0.10. Tidak kisah berapa pon jumlahnya asalkan kita ikhlas dan mampu.

Semasa memasukkan duit ke dalam tabung Sedekah Subuh, jangan lupa, niat dalam hati tentang hajat kita. Niat yang baik baik buat diri an juga keluarga. Mudah-mudahan Allah perkenankan. InsyaAllah.

Selepas itu jangan lupa untuk berdoa, doa ringkas dalam bahasa melayu pon takpe. Contoh doa : Aku mohon Ya Allah berkat sedekah subuh ini sembuhkanlah penyakitku Ya Allah. Sebaiknya satu kali sedekah kita buat satu hajat dan doa. 

Setelah cukup 30 atau 40 hari  terus keluarkan untuk dibuat agihan. Teruskan Sedekah Subuh untuk hari baru. 

Jika perlu keluar rumah beberapa hari atas urusan tertentu, Sedekah Subuh boleh diteruskan dan apabila pulang ke rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung Sedekah Subuh kita.

Apa Nak Buat Dengan Duit Sedekah Subuh

Agihkan kepada badan amal yang memerlukan. 

Agihkan pada surau atau masjid berdekatan.

Agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima.

Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.

Peringatan Buat Kita Mengenai Duit Dalam Tabung Sedekah Subuh 

Duit dalam tabung Sedekah Subuh tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH dan perlulah diagihkan kepada mereka yang selayaknya.

Kelebihan Sedekah Subuh

Allah akan beri dalam pelbagai cara yang tak kita jangka, seperti ; 

- Ketenangan hati 
- Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak
- Kesihatan yang baik dan sebagainya

Semoga perkongsian KakYa kalini bermanfaat buat kita semua. Sama-sama kita rebut peluang melakukan amalan bersedekah sejurus selepas solat subuh dan sebelum masuk waktu syuruk. Semoga kita mendapat doa daripada malaikat, agar segala hajat kita dimakbulkan dan dipermudahkan segala urusan. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.