Blogger’s New Interface Is Now Available Automatically

Blogger’s New Interface Is Now Available Automatically | Akhirnya terjawap sudah pertanyaan KakYa mengenai tampilan dashboard blogger yang terkini. Bilakah akan ditukarkan sepenuhnya atau masih boleh menggunakan tampilan dashboard yang lama. Ok dah dapat jawapan, tampilan dashboard blogger yang lama hanya akan berfungsi sehingga bulan September 2020. Selepas ini tampilan blogger.com akan bertukar secara automatik pada tampilan yang baru. 


Kiranya bulan September 2020 ni last la ya para blogger menggunakan dashboard lama. Pasni automatik kena guna yang baru la kita. Pagi tadi pon masa KakYa nak updated blog, bukak dashboard dah auto ke tampilan baru. Adakah kita masih lagi boleh menggunakan tampilan dashboard yang lama selepas September 2020 ni? Sama samalah kita tunggu. 


Bertukar Kepada Tampilan Dashboard Blogger Yang Baru 

Jadi bulan September ni marilah kita mula belajar menggunakan tampilan dashboard baru agar tidak terkial kial di kemudian hari. Dengar citer ramai yang tak suka tampilan dashboard blogger yang baru ni. Bagi KakYa ok jer takde masalah, yang baru atau lama boleh jer guna sebab KakYa dah try guna sebelum ni tapi tukar balik pada yang lama. KakYa lebih suka yang lama. Mungkin dah sinonim dengan yang lama jadi bila datang yang baru ni susah sikit la nak terima. Tapi takpe la slow slow cuba yang baru. 

Cuba tengok tang preview tampilan blogger baru. Menarik jer ni sebab kita boleh buat pilihan untuk preiew bentuk cam mana. Yang lama takde laguni. 

Kalau korang usha dan tengok betul betul tampilan yang baru ni, lagi best sebenarnya. Tapi kena usha bebetul la, KakYa pon belum berkesempatan lagi nak godek bebetul apa yang ado kat tampilan baru. Nanti dah godek sikit sikit KakYa sambung citer okey. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tak tau pasaipa bila pakai dashboard baru, publish je entry, mobile view jadi tak penuh. Sekerat je.. Tak tau apa yang tak kena.

    BalasPadam
  2. Sementara boleh guna yang lama, PC guna yang lama dulu KakYa.

    BalasPadam
  3. yg baru ni best jgk.. tapi lagi best klu blogspot ada segment utk private/ follower read post only kan

    BalasPadam
  4. saya dah dekat sebulan bertatih guna yang baru, banyak isu2 dia dah mula betulkan, harapnya makin lama makin mesra pengguna la yang baru tu

    BalasPadam
  5. Saya pakai tampilan dasbor yang baru masih 3 harian ini, tapi ya gitu kadang sering error' pas ingin publish artikel atau pas ingin kasih gambar .

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.