Selamat Kembali Ke Asrama Kakak Dan Iman

Selamat Kembali Ke Asrama Kakak Dan Iman | Salam dan hai korang. Sebenarnya entri ni KakYa sepatutnya karang lepas hantar anak anak kat asrama hari Isnin baru baru tapi kekangan masa tak sempat nak mengarang entri.  Hanya ada tajuk jer, karangan takdo. Tapi dek kerana nak jugak post entri ni sebagai kenang kenangan di kemudian hari, harini  berjaya jugak KakYa siapkan. Kisah anak anak, memang KakYa akan sentiasa simpan kat blog.  Ikut kesesuaian jugak la. Kalau rasa nak post KakYa post. Kalau rasa tanak post KakYa simpan kat draft jer. Kalau tengok kat draft bertunggu tangga entri tentang anak anak jer. 

Sebenarnya bila KakYa tulis kisah anak anak ni KakYa rasa happy sangat. Happy yang KakYa sendiri tatau nak cakap macam mana. Yang KakYa tahu KakYa rasa happy bila dapat tulis dan bercerita tentang anka anak KakYa. Bila KakYa tulis dan diaorang baca, lagi la KakYa suka. Diaorang ingat balik kisah diaorang masa dulu dan sekarang. Moga diaorang takkan lupa.


Hantar Kakak dulu sebab kakak kena masuk asrama sebelum jam 4.30 petang. Drop kat depan asrama jer, mak ayah tak boleh turun. Dah hantar terus balik takde nak tunggu sembang sembang ke apa ke .. Huhuhu, sempat la tangkap gambar sekeping.

Sejak Kakak dan Iman masuk asrama lepas PKPP, minggu lepas adalah kali pertama diaorang balik rumah. Ini kerana sekolah cuti selama 5 hari. Jadi dapatla diaorang berdua pulang ke rumah. Alhamdulillah dapat jugak jumpa anak anak lama sikit. Dapat buat aktiviti kat rumah dan juga jalan jalan satu family. 

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Hilang rindu Umi dan abah kat anak anak. Ya la kan, sejak hantar lepas PKPP ni tak boleh nak melawat apalagi balik ke rumah atau keluar outing memang tak boleh!. Makanya bila ada peluang anak anak balik rumah KakYa dan suami cuba sebaik mungkin memberi keselesaan buat anak anak. Janji anak anak happy kami pon happy. 

Iman masuk asrama sebelum jam 5 petang. Oleh kerana mak ayah tak boleh masuk ke dalam hanya drop anak anak kat pintu pagar jer, makanya kita tangkap gambar kat sini jer la nak. Betul betul tepi pintu pagar sekolah. Kat longkang pulak tu. Boleh laa dari takdo.

Bila hantar anak anak kat asrama perkara pertama yang KakYa rasa .. NAK NANGIS. Ntah la memang rasa nak nangis dan memang KakYa akan menangis. Hati tisu betul la KakYa ni. Tapi takde la nangis depan anak anak. Cover la jugak. 

Tapi Iman ni kan, dia jenis mudah perasan kalau KakYa nangis. Dia cakap la.... Apala Umi ni nangis nangis bukan nak pegi berperang kot, nak pegi asrama nak belajar jer ni. Iyo iyo la nak. Memang la Umi hang tak hantar pegi berperang tapi perasaan Umi ni takle tahan nak berpisah ngan hang noo. Hang mana tau hati Umi hang ni lagumana nak lepaskan hang. Huhuhu sedih.

Semoga anak anak KakYa berjaya dunia akhirat. Jadi anak soleh, anak solehah Umi dan juga abah. Aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Insyaalla ameen..semoga makbl doa kakya :)

    BalasPadam
  2. Hahha..Iman kacau mood je.. baru uminya nak sendu2..

    Tunggu le dia jadi bapak2 nanti baru dia tau rasanya.Hahahha

    BalasPadam
  3. Gambar iman tu lejen KakYa, gambar wajib budak-budak asrama. Pegang baju yg dah siap bergosok hihi...

    Next year PH akan mula rasa momen begini Insha Allah, kalau anak sulung dapat masuk asrama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aaa kan .. Ni antara gambar wajib ambil laa kalau dah jadi budak asrama hahaha. Siap bawak baju sekolah bergosok pahtu posing ambik gambar

      Padam
  4. mummy mmg akan ngs kan klu hantar anak.. belom sampai sehari ni dah akan rasa rindu.. thats why kot... mama atie pun sama ja mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Atie .. Masa mula2 dulu lagi laa baru2 hyr anak2 kat asrama. Menangis sedu sedan sepanjang perjalanan balik rumah lps htr anak anak. Pahtu malam masuk bilik anak2 tgk tempat tido diaorang nangis, tgk baju nangis, tgk barang2 diaorang nangis.pendek kata apabenda yang ditengok ada kena mengena ngan dioarang boleh jadi nangis laaa jawapannya. Huhuhuhu .. sekarang ok la skit blh bertahan hehehe.

      Padam
  5. Mcm sha dulu tiap minggu balik..bab nak mkn masakan mama punya pasal.. Wakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama laa ngan anak sulung KakYa. Mula2 masuk asrama mmg g hantar makanan sokmo. Nasib baik la dekat jer blh la g hantar. Dia nak makan masakan Umi jer masa mula2 duk asrama dlu ..

      Padam
  6. semoga anak anak menjadi anak soleh dan solehah :) jangan risau kak ya saya pun hati tisu tengok cerita pun mudah nangis , ikut mak saya kot . Mak saya kalau hantar saya pergi u atau adik saya mesti menngis tapi first day je mak saya nangis ^^"

    BalasPadam
  7. Semoga anak-anak akak berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
  8. Moga dipermudahkan urusan anak-anak semua menuntut ilmu. Ibu-ibu bila nak berpisah ngan anak-anak memang perasaan gitu kan.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.