Masak Lemak Kulit Rambai

August 09, 2020

Masak Lemak Kulit Rambai | Korang biasa makan buah rambai tak? Korang tahu tak, buah rambai ni selain isinya di makan kulitnya boleh di buat masak lemak. Pernah makan Sayur Lemak Kulit Rambai tak? Biasa kalau belah pantai timur terutama di negeri Terengganu, diaorang akan buat Masak Lemak Kulit Rambai bersama dengan kacang panjang dan juga petai. Ikut kesesuaian nak makan macam mana. Ada jugak tak letak petai. Ikut selera masing masing. Tapi kalau KakYa buat Masak Lemak Kulit Rambai, memang kena letak kacang panjang dan jugak petai. Barula umphhh orang kata. 

www.akifimtiyaz.com

Nak buat masak lemak kulit rambai ni tak susah pon cumanya yang penting sekali kena ada kulit buah rambai.  Kalau kebetulan kena dengan musim buah rambai memang senang la jumpa. Tapi kalau kena bukan musim dia, memang rasa nak menangis la jugak mencari tak jumpa. 

www.akifimtiyaz.com

Resipi Masak Lemak Kulit Rambai

Bahan bahan yang diperlukan untuk Masak Lemak Kulit Rambai;

- Kulit Buah Rambai 
• Cuci bersih kulit buah rambai, rebus bersama secubit garam dan toskan. Tujuan rebus nak bagi hilang sikit rasa masam kulit rambai. 
- Tiga Ekor Ikan Selayang
• Rebus tiga ekor ikan selayang dan perisikan halus. Nak tumbuk pon boleh. KakYa suka tumbuk. Tujuan letak ikan, nak bagi kuah sayur tu jadi pekat sikit. 
- Sebiji Kelapa
• Sebiji kelapa untuk santan. Biasa KakYa akan letak sebiji kelapa untuk kuah pekat. Tak suka kalau kuah cair cam tak cukup santan.
- Kacang Panjang
- Petai
- Bawang besar di belah empat.
- Lada besar di belah empat memanjang.

Cara Buat Masak Lemak Kulit Rambai 

Cara untuk buat Masak Lemak Kulit Rambai. Cara caranya;

Masukkan santan bersama isi ikan selayang yang ke dalam periuk. Kacau rata, setelah itu masukkan kulit buah rambai, kacang panjang dan jugak petai. Masak hingga kulit rambai lembut. Masukkan bawang besar dan juga lada besar. Biarkan mendidih dan bokeh tutup api. Dah siap Masak Lemak Kulit Rambai kita. Apalagi jom la kita makan. Bismillahhirrahmanirrahim. 

www.akifimtiyaz.com

Nak sedap lagi makan dengan nasi putih panas panas, ikan goreng, ikan kering, sambal bilis petai dan jugak budu. Pergh sedap hingga menjilat jari.

Artikel Menarik yang Lain

16 Sahabat Setia

  1. First time tahu kulit rambai boleh dibuat masak. Teringin nak cuba tapi macam susah pulak nak jumpa buah rambai sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fiza .. Kalau kat pantai timur mmg ramai la suka buat masak lemak kulit rambai ni Fiza ..

      Delete
  2. baru first time dgr lauk ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belah2 Teganu ni antara yg pemes la jugak

      Delete
  3. Pergh ni boleh jadi sampai 4 pinggan ni

    ReplyDelete
  4. Pernah makan kulit rambai masak lemak, tapi lama dulu! Sekarang susah nak jumpa buah rambai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time musim baru la ada . Tu pon ssh gak nak dapat utk buat sayur. Kalau yangbkulit keras tak sesuai nak buat sayur.

      Delete
  5. Tak pernah makan pun..

    Selalu makan buah ramabai kulit buang je terus..hahah

    ReplyDelete
  6. Di kampung masih ada pokok rambai. Dari kecil sampai sy dah besar pokoknya masih setia berbuah. Buahnya sangat manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat buah yg besar2 dn manis mmg best aaa

      Delete
  7. Buah rambai, baru tahu saya soalnya di kampung ku Blitar Jawa timur tak ada buah rambai bentuknya seperti apa dan rasanya pun seperti apa aku pun tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh di Jawa rupanya kamu. Kat sana saya tak pasti ada ke tidak buah rambai ni. Atau sebutan kat sana lain kot. Nnt saya up satu entri buah rambai utk kamu ya Tari Lestari. Tq tau singgah sini.

      Delete
  8. Oh? Kulit rambai ni boleh jadj lauk ek? Baru tau ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.