Surat Cinta Yang Di Tunggu Tunggu : Terima Kasih Google Adsense | Salam, hai korang. Selamat pagi sahabat positif KakYa. Dah sarapan ke tu? KakYa baru jer selesai sarapan. Perut dah kenyang best sikit nak taip entri. Mak ai tajuk entri pagi ni mengundang sungguh la. Surat cinta gitu.
Sebelum ni KakYa ada citer mengenai Menunggu Surat Cinta Dari Google Adsense . Alhamdulillah, yang di tunggu tunggu telah selamat tiba tengahari semalam. Senyum lebar hingga ke telinga, bila dah dapat surat ni. Ibarat dapat surat cinta dah. KakYa punya la excited. Dapat jer terus snap gambar hantar kat en suami. Opkos la kongsi citer gembira dengan suami dulu. Support kuat KakYa dalam blogging.
Sebelum ni KakYa ada citer mengenai Menunggu Surat Cinta Dari Google Adsense . Alhamdulillah, yang di tunggu tunggu telah selamat tiba tengahari semalam. Senyum lebar hingga ke telinga, bila dah dapat surat ni. Ibarat dapat surat cinta dah. KakYa punya la excited. Dapat jer terus snap gambar hantar kat en suami. Opkos la kongsi citer gembira dengan suami dulu. Support kuat KakYa dalam blogging.
Tarikh pengeposan surat pada 7 Julai 2020. Semalam 22 Julai 2020 baru KakYa terima. Fuhhh 15 hari baru sampai kat tangan. Jauh kot, dari Jersey United Kingdom sana datangnya. Patut la lama nak sampai. Dari luar negara kan. Ambik masa sikit la nak mendarat kat Malaysia.
Cepat atau lambat tak jadi soal, yang penting KakYa dah dapat surat cinta rasmi dari Google Adsense. Bila dah dapat surat cinta ni, semangat tu lain macam sikit. Terus berkobar kobar semangat nak updated blog tu datang. Opkoss la, first time kot KakYa dapat. Yahoo happy giler!
Google Adsense Personal Identification Number (PIN)
Surat dari Google Adsense ni mengandungi Google Adsense Personal Identification Number (PIN) untuk pengesahan alamat tempat tinggal kita. Ini penting sebab lepas ni bila nak keluarkan duit dari akaun Google Adsense kita tu, pengesahan alamat akan memudahkan Google Adsense membuat pembayaran.
How Do I Verify My AdSense Pin?
Dah dapat surat pasti tertanya tanya pulak camne cara nak verify Adsense PIN ni. Ok cara dia dah siap tertulis kat dalam surat. Tugas kita cuma ikut jer step by step yang diberi hingga selesai. Jadi KakYa ikut jer la arahan yang di beri. Senang jer sebenarnya, tak sampai 2 minit pon dah siap.
Klik kat Verify
Masukkan nombor PIN dan Submit
Siap! Your billing address has been verified.
Settle satu kojer. Alhamdulillah.
Mari Menabung Bersama Google Adsense
Lepas ni kena bertambah tambah rajin lagi la updated blog nak bagi adsense ni jadi ribu riban juta juta hahahaha. Berangan tak salah janji USAHA. Kalau duk berangan nak ribu riban juta juta tapi malas, pon tak guna jugak. Jadi marilah kita menjana pendapatan dan menabung bersama Google Adsense. Korang tolong doakan tabung Adsense KakYa cepat penuh okey.
23 Ulasan
Tahniah...
BalasPadamJom sama2 rajin update blog..hehe...
Apa yang saya tengok blog ni kalau rajin update rajin bw mesti earning cepat naik.
Tq D
Padamtahniahh :D
BalasPadamTq Aiman
Padamalhamdulillah !! tahniah kak..
BalasPadamayuhh kita menabong..
Tq Siti
PadamYeayyy alhamdulillah rezeki tu.. moga cepat penuh tabung yaa
BalasPadamTq BA
PadamAlhamdulilah...selamat menabung Lya..cing cing cing...
BalasPadamTq sis lin
PadamYeayyyy... Alhamdulillah
BalasPadamTahniah kak Lya!
Pasni tentu lebih rajin update blog kannnn? Semangat tu berkobar-kobar kannn... Anyway, Selamat menabung!
Tq kak nina
PadamAlhamdulillah. Tahniah. Moga tabung penuh.
BalasPadam.
Tq tq tq NA
PadamTahniah kak, moga selalu dimurahkan rezeki.. terbaik
BalasPadamTq JB
PadamAlhamdulillah ;)
BalasPadamTq Syaz
Padamtahniah Lya
BalasPadamTq kak ana
PadamTahniah!
BalasPadamMalangnya blog uncle tak layak... goggle kata sebab textnya pendek sangat. Tak memenuhi krateria... huhuhu
Ala . Uncle tulis la panjang2 sikit pasni ..
PadamTahniah kak lya :)
BalasPadamshida je ke yg blm apply GA lg ^_^
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.