Surat Cinta Yang Di Tunggu Tunggu : Terima Kasih Google Adsense

July 23, 2020

Surat Cinta Yang Di Tunggu Tunggu : Terima Kasih Google Adsense | Salam, hai korang. Selamat pagi sahabat positif KakYa. Dah sarapan ke tu? KakYa baru jer selesai sarapan. Perut dah kenyang best sikit nak taip entri. Mak ai tajuk entri pagi ni mengundang sungguh la. Surat cinta gitu.

Sebelum ni KakYa ada citer mengenai Menunggu Surat Cinta Dari Google Adsense . Alhamdulillah, yang di tunggu tunggu telah selamat tiba tengahari semalam. Senyum lebar hingga ke telinga, bila dah dapat surat ni. Ibarat dapat surat cinta dah. KakYa punya la excited. Dapat jer terus snap gambar hantar kat en suami. Opkos la kongsi citer gembira dengan suami dulu. Support kuat KakYa dalam blogging.

www.akifimtiyaz.com

Tarikh pengeposan surat pada 7 Julai 2020. Semalam 22 Julai 2020 baru KakYa terima. Fuhhh 15 hari baru sampai kat tangan. Jauh kot, dari Jersey United Kingdom sana datangnya. Patut la lama nak sampai. Dari luar negara kan. Ambik masa sikit la nak mendarat kat Malaysia. 

Cepat atau lambat tak jadi soal, yang penting KakYa dah dapat surat cinta rasmi dari Google Adsense. Bila dah dapat surat cinta ni, semangat tu lain macam sikit. Terus berkobar kobar semangat nak updated blog tu datang. Opkoss la, first time kot KakYa dapat. Yahoo happy giler!

Google Adsense Personal Identification Number (PIN)

Surat dari Google Adsense ni mengandungi Google Adsense Personal Identification Number (PIN) untuk pengesahan alamat tempat tinggal kita. Ini penting sebab lepas ni bila nak keluarkan duit dari akaun Google Adsense kita tu, pengesahan alamat akan memudahkan Google Adsense membuat pembayaran.

www.akifimtiyaz.com

How Do I Verify My AdSense Pin?

Dah dapat surat pasti tertanya tanya pulak camne cara nak verify Adsense PIN ni. Ok cara dia dah siap tertulis kat dalam surat. Tugas kita cuma ikut jer step by step yang diberi hingga selesai. Jadi KakYa ikut jer la arahan yang di beri. Senang jer sebenarnya, tak sampai 2 minit pon dah siap. 

www.akifimtiyaz.com
Klik kat Verify 

www.akifimtiyaz.com
Masukkan nombor PIN dan Submit

www.akifimtiyaz.com
Siap! Your billing address has been verified.
Settle satu kojer. Alhamdulillah.

Mari Menabung Bersama Google Adsense

Lepas ni kena bertambah tambah rajin lagi la updated blog nak bagi adsense ni jadi  ribu riban juta juta hahahaha. Berangan tak salah janji USAHA. Kalau duk berangan nak ribu riban juta juta tapi malas, pon tak guna jugak. Jadi marilah kita menjana pendapatan dan menabung bersama Google Adsense. Korang tolong doakan tabung Adsense KakYa cepat penuh okey. 

Artikel Menarik yang Lain

23 Sahabat Setia

  1. Tahniah...

    Jom sama2 rajin update blog..hehe...

    Apa yang saya tengok blog ni kalau rajin update rajin bw mesti earning cepat naik.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah !! tahniah kak..
    ayuhh kita menabong..

    ReplyDelete
  3. Yeayyy alhamdulillah rezeki tu.. moga cepat penuh tabung yaa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah...selamat menabung Lya..cing cing cing...

    ReplyDelete
  5. Yeayyyy... Alhamdulillah
    Tahniah kak Lya!
    Pasni tentu lebih rajin update blog kannnn? Semangat tu berkobar-kobar kannn... Anyway, Selamat menabung!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah. Moga tabung penuh.
    .

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak, moga selalu dimurahkan rezeki.. terbaik

    ReplyDelete
  8. Tahniah!

    Malangnya blog uncle tak layak... goggle kata sebab textnya pendek sangat. Tak memenuhi krateria... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Tahniah kak lya :)
    shida je ke yg blm apply GA lg ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.