Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah | Hari ini 15 Julai 2020, 1st day Akif bersekolah setelah sekian lama bercuti. Lama sangat cuti agaknya, mood ke sekolah berkobar kobar pagi tadi. Semangat lain macam sebab dah lama tak ke sekolah. Bangun pon awal daripada biasa. Alhamdulillah.

Kembali Ke Sekolah Dengan Norma Baharu


Pagi tadi KakYa bekalkan Akif Mask (satu mask kain dan satu lagu surgical mask) , Hand Sanitizer dan jugak Mi Goreng. Surgical mask tu besar sikit dan tak selesa dia nak guna, jadi KakYa bagi dia bawak mask kain satu lagi. Sebenarnya sebelum ke sekolah harini Cikgu kelas dah pbagi pesanan kat group WhatsApp kelas. Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi SOP. Moga anak Umi patuh dengan norma baharu dan sentiasa ikut SOP yang ditetapkan. InsyaAllah.

Test test test  . Tak selesa la Umi, besor sangat mask ni. Takdak ke yang kecik sikit. Nak jugak carik yang kecik tapi tak jumpa lagi. 

Yang ni pon dia cakap besar sikit. Dah selalu pakai lama lama jadi longgar pulak tali tu haaa.

Yang ni ok dan selesa. Jadinya bawak dua, satu yang kain satu yang surgical. Besar pon besar la kena bawak jugak kot kot Cikgu suruh pakai yang surgical kan senang tukar jer. 

Selamat kembali ke sekolah buat Akif dan kawan kawan. Pagi tadi Akif sorang jer ke sekolah, kakak Insyirah belum sihat lagi tak hantar asrama lagi. Abang Iman pulak akan masuk asrama 3 Ogos 2020 lepas hari raya Aidiladha.  Masih bercuti lagi kat rumah. Jadi pagi tadi hanya Akif sorang jer la yang ke sekolah. 

Gambar kiriman abah dia lepas tiba kat sekolah pagi tadi. Ok la nak, belajar rajin rajin ya. Jaga diri jaga makan minum jaga semua sekali. Love u anak Umi!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Nervous ni, anak saya next week huhuh

    BalasPadam
  2. selamat bersekolah. sekolah tempat kaella ajar 3hb baru mula kelas. bolehlah rehat2 lagi hihi

    BalasPadam
  3. hehe seronok kanak2 da blh pegi sekolah balik..
    insyallah semoga semua baik2 saja..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.