Menunggu Surat Cinta Dari Google Adsense | Pada 11 May 2020 KakYa dapat email dari Google AdSense - Your site is now ready to serve ads on AdSense. Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama blog KakYa dah dapat letak iklan. Syukur Alhamdulillah tak sia sia KakYa apply balik untuk dapatkan Google Adsense pada bulan puasa baru baru ni. Tup tup lulus jugak. Bila dah lulus rasa gembira jangan cakap la. Apa tak gembiranya dah boleh jana pendapatan dah blog bermula 11 May 2020. Bermula 11 May juga, iklan dari Google Adsense mula terpampang kat blog KakYa. Orang lain dah bertahun tahun duk jana pendapatan dengan Google Adsense, KakYa baru nak merangkak. Kita mula slow slow.
Bila dah ada Google Adsense ni, KakYa tertunggu la surat cinta dari Google Adsense. Surat cinta yang mengandungi nombor PIN yang perlu ada untuk proses verify alamat untuk pengeluaran wang dari akaun Google Adsense.
Kalau ikutkan memo yang KakYa dapat dari team Google Adsense, surat yang mengandungi nombor PIN ini telahpon diposkan ke alamat KakYa pada 7 Julai 2020. Masa penghantaran dalam 2 hingga 4 minggu. Makanya sekarang ni menunggulah KakYa dengan penuh kesabaran. Harap harap cepat la sampai. Kalau ikutkan tarikh pos pada 7 Julai 2020, baru 3 hari termasuk harini. Nak kena menunggu 2 hingga 4 minggu, lama jugak tu. Bertabahla duk tunggu. Menghitung hari la gamaknya ... Takpe la KakYa tunggu la sampai dapat.
14 Ulasan
blog uncle tak layak ada Adsense... sebab tulusan pendek sangat...! huhuhu
BalasPadamUmcle panjangkan sikit tulis tu hehe
Padamyeay... akhirnya yer.. selama update blog. yerrr
BalasPadamTq kak azni
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulillah
Padamtahniah sis :)
BalasPadamTq TS
PadamTak lama lagi sampai tu, insyaallah
BalasPadamTq Syaz
Padamlaaaa ingat dah pasang lama dah ,Alhamdulillahhh akhirnyaaa
BalasPadamDulu 2015 pernah pasang Sue .. pastu ada masalah bab klik kena banned pahtu dha tak layan dah. Taun ni masa PKP baruni try apply balik tup2 dapat. Alhamdulillah rezeki
PadamInsyaAllah, tak lama lagi tu. tungguuuu.hehe
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah Kakya
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.