Hantar Insyirah Ke Asrama

Hantar Insyirah Ke Asrama | Alhamdulillah Syukur Ya Allah, setelah 10 hari demam akibat jangkitan kuman dalam darah, harini Insyirah dah baik demam dan pulih sepenuhnya. Pagi tadi dah takde lenguh lenguh tangan dah. Dua tiga hari gak dia mengadu tangan lenguh lenguh sebab cucuk banyak kali masa ambik darah baru ni. Semua dah OK.  Jadi hari ni KakYa dah call pengetua sekolah untuk bagitahu nak hantar Insyirah ke asrama. Alhamdulillah tengahari tadi dah dapat pengesahan dari warden dan jap tadi 8.30 KakYa dan suami hantar Insyirah ke asrama. Segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. 

Posing depan asrama. Suka la dia dapat kembali ke sekolah. Lama kot sambung cuti, harini baru masuk asrama semula. 

Petang tadi dah siap simpan semua barang. Semua barang dia dah siap sedia kemas sejak hari Selasa lepas lagi, tapi disebabkan demam dan jangkitan kuman dalam darah, maka  tak dapat nak hantar ke asrama. Simpan jer la masuk bilik. Harini KakYa minta dia check beg lagi sekali. Tengok mana yang takde, mana yang tak letak lagi, mana nak tambah. 

Oleh kerana semua barang asrama dan jugak buku buku Insyirah bawak balik masa PKP haritu makanya arini banyak benda la nak kena bawak semula le asrama. Beg baju, beg buku dan beg barangan peribadi, bakul baju, baldi dan macam macam benda lagi yang kena bawak. Macam baru nak masuk asrama semula bila tengok semua barang yang nak di bawa. Tak ingat pulak nak snap gambar tadi. 

Umi balik dulu, belajar rajin rajin kakak. Ingat jangan tinggal doa. Umi doakan kakak berjaya dunia akhirat. Aamin aamin Ya Mujib.

Masa hantar dia tadi, perasaan sedih tu takle tahan tahan. Tapi takde la tunjuk sangat kat dia.  Masa angkat beg dari kereta dan bawak naik kat dorm dia lagi la terasa nak nangis. Tambah tambah lagi bila tengok dia letak barang kat atas katil kat bilik. Tapi KakYa tahan selagi boleh. Terus cakap kat dia jom turun dulu, Umi ngan abah nak gerak balik dah ni. Salam peluk cium dan titipkan doa, terus KakYa dan en suami gerak balik. 

Baru kejap tadi hantar Umi dah rindu kakak. Tadi pon dalam perjalanan balik dia dah miss call. Terus KakYa call, dia tanya la Umi nangis ke? Hahaha dia tau la dengar suara Umi dia lain. KakYa cakap la, abah yang nangis ni rindu anak pompuan dia. Terus dia cakap ngan abah dia pastu dia bagitau, kakak nangis dah ni rinduuu huhuhuhu. Umi tahu kakak rindu. Umi lagila rindu kat kakak. 

Petang tadi pon masa KakYa duk tengok dia menyimpan, sayu jer sedih jer rasa hati. Air mata pulak laju jer menitik. Cepat cepat KakYa masuk bilik. Jiwa mak mak ni jenis sensitif sikit. Ya laa lama kot dia kat rumah sejak PKP, last last dah nak pergi dah arini. Opkos la perasaan tu lain macam sikit. Nasib la tak lama 9 ari jer la dia kat asrama sebab dia akan balik semula untuk raya haji rabu minggu depan. 

Sebelum pergi tadi dia siap kemas kemas semua dalam bilik dia. Ni KakYa masuk jap tengok, huhuhu sunyi dah takde orang dalam bilik kakak. Rindunya kat dia.  

Umi doakan kakak dalam lindungan dan redha Allah setiap masa dan ketika. Umi doakan Allah permudahkan semua urusan kakak sepanjang berada di asrama dan sekolah. Umi doakan kakak belajar dengan baik dan jadi anak soleh Umi abah. Ingat pesan Umi, kakak jangan tinggal solat dan jangan tinggal doa. Love u kakak. Ya Allah KAU jagakan dia untukku sepanjang dia tiada depan mataku. Hanya padaMU ku bergantung harapan. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Yang baca ni pun ikut menitik air mata sama huhuhu

    BalasPadam
  2. Tak pe.. minggu depan balik lagi..

    Sebab tu saya tak nbersedia lagi nak hantar anak dok asrama.

    Satgi sedih kalau anak tak de depan mata. Lepas tu memikir yang bukan2..

    masak pun malas nanti..Hahah

    BalasPadam
  3. pernah merasainya..sedih bila tengok mak abah balik lepas hantar. teringat pulak T_T

    BalasPadam
  4. insyallah Insyirah baik2 saja di sekolah.. jangan sedih2 maknyee =)

    BalasPadam
  5. Pernah lalui perasaan ni bila berjauhan dengan arwah tokwan dan tok masa belajar dulu. Tapi tak jauh sangat pun 🤭

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.