Buat Cermin Mata Di Ar Rayyan Optometry Kemaman, Tapi ...

Buat Cermin Mata Baru Di Ar Rayyan Optometry Kemaman, Tapi ... | Masa PKP baru baru ni cermin mata KakYa, dia punya sesendal yang kat hidung tu patah. Maka sepanjang PKP bertabahla KakYa pakai jugak cermin mata tu sebab tak dapat nak buat yang baru. Camno nak buat cermin mata kalau tak boleh keluar dan kedai tutup. 

Makanya berhuhuhu la KakYa dengan cermin mata lama. Tak selesa sikit la sebab dia tak balance antara dua belah tu. Tapi nasib baik jugak ler boleh pakai lagi. Sekali pandang tak nampak pon sesendal tu takde. Tapi bila dua kali pandang memang nampak ler takde sesendal tu. 

Tadaa nampak jer paper bag, hati berbunga bunga cam bunga sakura duk berkembang time tibanya musim bunga.

Lepas PKPP KakYa ada masa untuk keluar dan buat cermin mata baru. Pilihan KakYa pastinya  Ar Rayyan Optometry Kemaman.  Sebelum ni KakYa pernah buat cermin mata untuk Insyirah kat sini dan KakYa memang puas hati. Bukan setakat layanan terbaik dari staff tapi harga cermin mata kat Ar Rayyan pon berpatutan berbanding tempat lain. 

Makanya hari Sabtu lepas KakYa terus ke Ar Rayyan Optometry Kemaman untuk buat cermin mata baru. Tak sabar sebenarnya nak tukar yang  lama dengan yang baru sebab yang lama ni bila pakai makin tak selesa dia selalu jatuh kat hidung. 

Sebelum pergi dah set kat kepala nak tukar jenis lain dan tak nak pakai jenis lama. Ubah penampilan sikit dengan cermin mata baru. Kita tengok la nanti pilihan mana yang sesuai.

www.akifimtiyaz.com
Excited nak tengok kat dalam. En suami bagi jer paper bag Ar Rayyan Optometry, laju jer tangan KakYa bukak. 

Dah sampai sana terus la pilih frame mana yang berkenan di hati. Fuhhh punyalah banyak pilihan hingga tak terpilih jadinya. Angkat letak angkat letak, ambik yang sana, try yang sini ..  Lebih 10 jugak yang KakYa try kot. Last last tanya en suami mana OK. Kalau ikut dia semua ok sebab banyak pilihan tu yang jadi rambang mata tu. Kita tanya dia, boleh pulak jawap lagutu. Last last pilih, KakYa berkenan la  dengan yang satu ni. 

Memang satu satunya warna dia ada hijau sikit sikit. Dah takde pilihan lain dah untuk jenis dan jenama ni. Warna pon KakYa suka sebab ada hijau hijau sikit. Terus pilih yang tu. Memang berkenan sungguh la. 

Lepas tanya harga semua sekali dengan cermin, OK set. Terus masuk bilik untuk pemeriksaan mata sekali lagi. Mula mula tadi dah periksa mata guna mesin. Masuk lagi sekali periksa secara manual pulak. Settle semua, Farhana staff kat situ cakap kena tunggu anggaran 7 hari cermin mata siap sebab lens takde stok ke apa ritu KakYa lupa dah. Nampak tak kat situ bila ko dah excited, apabenda orang cakap ko boleh lupa. Hahaha ..

www.akifimtiyaz.com
Cantik kan? Opkos memang cantik dan KakYa pon betul betul jatuh hati ngan cermin mata yang baru ni. 

Takpe laa KakYa cakap 7 hari pon 7 hari la dik.  Janji siap. Ingatkan bebetul 7 hari tapi tak sampai pon 7 hari. 4 hari jer. Semalam Farhana call bagitau cermin mata dah siap. Dah boleh ambik. Petang semalam balik kerja en suami singgah ambik. Masa staff kat Ar Rayyan Optometry minta untuk check, en suami check la cermin mata tu. Ya la mula mula kan kena la check dulu kot kot ada yang tak kena ke apa ke kan? Kalau tak check bebetul kan masalah nanti susah pulak. 

Masa en suami check dan bukak skit lebar cermin mata macam nak pakai kat muka kan kita tarik skit camtu (en suami cakap ada bunyi cam crack sikit dan staff kat situ cakap jangan bukak kuat kuat sangat sebab frame cermin mata ni bukan yang fleksible. Pastu staff cakap untuk frame kita tak cover). KakYa dah tahu dari awal frame tak cover sebab masa beli frame ni ada diskaun dan Farhana dah cakap takde cover untuk frame. Ok habis kat situ.

Cun kan? Kena pulak bila pakai masa test aritu betul betul ngam ngan muka. Tapi ....

Masa balik rumah en suami minta pakai, test dulu camne. Mula mula tengok cermin mata ni, suka sangat hati. Yalah cermin mata baru, harga pon boleh tahan berbanding cermin mata lama.  Ambik dan pakai. Letak jer kat mata masa bukak dari kotak, rasa  cam longgar. Masa try aritu rasa best jer pakai takde pulak longgar. Naper pulak sekarang jadi longgar. Dua kali try, hilang mood terus nak pakai. Longgar sikit dan tak berapa selesa. Cermin mata baru kot. 

Masa ni la en suami citer kat KakYa A-Z. En suami cakapla dah nak test kan kena la belek belek chek dulu. Masa check tu la dia cakap bukak sikit ada bunyi crack tu. Pastu KakYa ni pon dah lagutu duk check la cermin mata tu apa punca dan kalau patah takkan la takde tanda patah kat memana.

Bila check bebetul baru perasan kat frame tepi cermin tu terbukak sikit. Sebab tu la longgar. Haduh laa memang sedih la, berangan nak pakai cermin mata baru tup tup laguni jadinya. Adoi laaa, sedih pon ada. Lama kot tunggu nak buat yang baru ni, sebab PKP aritu. Bila dapat huhuhuhu. 

www.akifimtiyaz.com
Kalau tengok cam gini, helok jer takde apa masalah pon. 

www.akifimtiyaz.com
Tapi bila pusing belakang, pemegang tu cam terlodeh ke bawah yang belah kanan tu haaa. 

Pagi tadi KakYa call Ar Rayyan Optometry Kemaman, cakap pasal frame ni. Farhana staff kat situ cakap akak datang dulu nak tengok macam mana. Dia pon ada tanya masalah kat cermin ke kat frame. KakYa cakap la kat frame. Cermin mata ni pon tak pakai lagi, pakai kejap masa test jer. 

Aduhai kalaulah takleh nak buat apa apa memang sedih la kan. Bayar mahal mahal last last tak berguna langsung frame tu tak ke syahdu namanya. Dahla satu ni jer yang ada jenis dan jenama ni. Yang lain banyak jer cuma yang ni paling KakYa berkenan. Harap harap staff Ar Rayyan Optometry Kemaman dapatlah buat sesuatu nanti. Oh ya! KakYa akan pergi balik untuk check semula kat Ar Rayyan Optometry hari Sabtu ni. Tadi dah confirmkan ngan Farhana untuk pergi sana hari Sabtu. 

Korang rasa boleh baiki lagi ke ni. Sebab kalau KakYa perati frame tu ngan besi sambung dia tu cam melekat. Kalau baiki kena letak gam ke camne huhuhuhu. Pastu kalau takleh baiki maknanya berhuhuhu lagi sekali laa KakYa. Adoii sedihnya lahai. Takle nak bayang jadi lagu mana bila pergi Ar Rayyan Optometry Sabtu ni. Apa apa citer KakYa updated kat blog nanti. 

Korang tolong doa doakan la ya agar cermin mata baru KakYa ni dapat diselamatkan. Mana tahu berkat doa korang, dapat baiki balik atau kalau tak dapat nak adjust boleh dapat tukar frame baru ke!. Aamin aamin Ya Allah Ya Mujib. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusanku hari ini. 

Jadinya hingga sekarang ni KakYa bertabah lagi la guna cermin mata lama. Huaaaaaa huhuhuhuhu. Cermin mata lama? Takyah letak la kat sini. Nazak benor dah nampaknya. Selagi boleh pakai kita pakai jer la dulu.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tulah yang buat hilang mood..Barang baru tapi tak boleh guna

    BalasPadam
  2. Cantik cermin matanya..kwn sy bingkai beli kat kedai biasa, cermin je buat kt kedai spek..jimat katanya hehe...btw thanks subscribe channel youtube saya ! 😁

    BalasPadam
  3. Harap la boleh tukar kt kedai tu, klau xrugi la...sblum ni teman wife xprnah pula ad problem bila buat cermin mata baru..tpi lame x blik kemaman, rindu jgk..

    BalasPadam
  4. Harap2 boleh baiki, atau kalau salah kedai, dia tukar yang baru. Sayang tu baru wuwu

    BalasPadam
  5. cakap baik2 dgn tuan kedai tu. pasti boleh dibuat baharu.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.