Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi

Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi | Surah Al Kahfi ni adalah surah ke-18 dalam Al-Quran yang mempunya 110 ayat. Rasullah SAW telah menjelaskan keutamaan bagi pembaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, siang hari Jumaat atau waktu lain.

Kelebihan Surah Al Kahfi

- Allah SWT memberikan cahaya dan pengampunan dosa sehingga hari Jumaat berikutnya.

- Para Malaikat meminta Rahmat sampai waktu subuh sehingga Allah SWT menjauhkan dari penyakit panas, penyakit yang tidak tersembuhkan serta terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan.

- Allah SWT memberikan ketenteraman hidup.


Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi


Jom kita tengok langkah demi langkah menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al Kahfi dengan cara mudah.

www.akifimtiyaz.com

1. Pecahkan 10 ayat tersebut kepada blok-blok kecil. Ikut kreativiti masing-masing nak guna highlighter ke, nak kotak-kotakkan ke atau tulis semula mengikut blok.

Otak kita lebih mudah mengingat, menyerap dan menyimpan dalam kumpulan kecil.

Blok 1: Ayat 1-4
Blok 2: Ayat 5-7
Blok 3: Ayat 8-10

2. Baca ayat 1 sehingga lancar,  sekurang-kurangnya 5 kali.

3. Tutup alquran dan cuba hafalkan. Jika terlupa,  ulang semula.

4. Dah ingat ayat 1, pindah ke ayat 2. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.

5. Dah ingat ayat 2, ulang semula hafazan ayat 1 dan 2 sehingga lancar dan ingat.

6. Dah ingat ayat 1 dan 2, pindah pula ke ayat 3. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.

7. Dah ingat ayat 3, ulang semula hafazan ayat 1, 2 dan 3 sehingga lancar dan ingat.

8. Dah ingat ayat 1,2&3, pindah pula ke ayat 4. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.

9. Dah ingat ayat 4, ulang semula hafazan ayat 1, 2, 3 dan 4 sehingga lancar dan ingat.

10. Alhamdulillah, selesai blok yang pertama.  Teruskan hafazan sehingga ayat ke-10 menggunakan kaedah yang sama.

Andaikata kita mengambil masa 5 minit untuk hafazan 1 ayat, kita cuma perlukan 20 minit sahaja untuk hafazan blok pertama. Kalau bacaan dah lancar,  kita akan lebih mudah mengingat,  masa yang digunakan juga lebih cepat.

Baca 10 ayat Al Kahfi setiap hari pagi dan petang tanpa melihat quran. Buka quran jika lupa. Lebih mudah,  pasangkan audio surah alkahfi sepanjang hari setiap hari supaya hafazan kita terakam kemas dalam memori.

Tak lengkap rasanya jika hanya 10 ayat awal sahaja. Teruskan pula hafazan untuk 10 ayat terakhir surah alkahfi menggunakan kaedah yang sama.

Kemudian,  baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah alkahfi setiap hari pagi dan petang. Bila dah ingat,  sambil basuh pinggan pun boleh baca, alhamdulillah. Baca keseluruhan surah pula pada hari jumaat.

Ustaz kata,  orang yang membacanya sahaja yang akan dilindungi dari kedahsyatan fitnah dajjal. Jom kita ajak anak-anak dan ahli keluarga kita sama-sama membaca dan menghafal Al Kahfi. Semoga Allah permudahkan.

Sumber: Perkongsian Ilmu Telegram

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  2. WOW! A great sharing. bagus ni kak lya, boleh saya guna cara ni untuk hafal al-kahfi. sekarang tak terhafal lagi, baca terus je dari quran

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.