Cara Mudah Bangun Malam Untuk Bertahajut

Cara Mudah Bangun Malam Untuk Bertahajut | Solat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran. “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah Solat Tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79). 

www.akifimtiyaz.com

Antara cara Allah kejutkan hambaNya. Ada orang Allah izin dia bangun malam tapi  tak izinkan dia mengimarahkan waktu tersebut dengan amal ibadat. Ada yang terjaga jam 2 pagi sekadar bangun untuk ke tandas dan ada yang  terjaga jam 3 pagi sekadar bangun untuk membuat susu anak. Selesai hajat mereka terus tarik selimut. Sambung tidur kembali. 

Ada orang, niat dah ada dah pon bangun jam 2 pagi 3 pagi tapi takut nak solat sorang sorang, terus tarik selimut sambung tidur. Tak tahu apa yang nak ditakutkan. 

Ada orang, dia tahu salah satu waktu mustajab berdoa adalah waktu tahajut. Dia dah set dalam kepala nak bangun tahajut. Kunci jam sesiap, tapi Allah tak izinkan. Kenapa ya? Kenapa Allah tak izinkan.... Sebabnya adalah dosa kita disiang hari. Kita semua pendosa. Jadi, bagaimana kita sebagai hamba nak 'pujuk' Allah supaya izinkan kita dapat bangun malam mengerjakan tahajut dan berqiamullai dengan mudah dan tenang. 

Pagini KakYa nak kongsikan dengan sahabat pembaca blog KakYa beberapa cara yang boleh kita cuba lakukan agar mudah bangun malam untuk bertahajut. Semoga apa yang KakYa kongsikan disini akan memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah Aamin aamin. 

Cara Mudah Bangun Malam Untuk Bertahajut 


Sesetengah orang diberi kelonggaran, cukup mudah bangun malam untuk menunaikan solat tahajut. Sampai masa dengan sendiri dia akan terjaga. Sesetengah orang pula, ada yang cukup payah untuk bangun malam mengerjakan solat tahajut. Berikut beberapa cara mudah yamg boleh diikuti supaya mudah bangun malam untuk bertahajut;

- Banyakkan Beristighfar, Zikir Dan Minta Ampun Dengan Allah
• Istighfar, zikir dan selalu minta pengampunan pada Allah. Kita semua pendosa. Tak kiralah yang berjubah, bertudung litup, tudung singkat, solat penuh waktu, solat tak penuh, professor,  doktor, orang alim.. kita semua tak lari dari berbuat dosa. Ya kita semua pendosa. Jadi amalkan istighfar, zikir dan berdoa minta ampun pada Allah. 

- Berwuduk Dan Amalkan Bacaan Al Quran Sebelum Tidur
• Sebelum tidur amalkan tidur dalam keadaan berwudhuk dan amalkan membaca surah surah dalam Al Quran. Cara ini akan memudahkan kita untuk bangun malam. 

- Doa Sebelum Tidur
• Berdoa sungguh sungguh kepada Yang Maha Esa, minta sungguh sungguh pada Allah agar membangkitkan kita dari tidur untuk menunaikan solat tahajut. Niat yang baik Allah pasti bantu. InsyaAllah.

- Tidur Siang ( Qailulah)  30 Minit Sebelum Zohor Atau Selepas Zohor
• Biasakan tidur siang dalam 30 minit sebelum zuhur atau selepas solat zohor. Rasullah SAW bersabda yamg bermaksud “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani) . Apa itu Qailulah? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

- Tidur Awal
• Tidur awal memudahkan kita untuk bangun malam. Jika tiada apa apa keperluan untuk dibuat sebaiknya tidur awal. Jangan biasakan diri tidur lewat. Ini kerana kita akan terlalu mengantuk dan susah untuk bangun malam dalam keadaan mata memgantuk. 

- Pasang Jam Loceng
• Untuk permulaan pasanglah jam loceng untuk kejutkan kita. Mula mula ni pasang jam loceng dulu. Lama kelamaan dah boleh bangun sendiri tak perlu jam loceng lagi. Dah terjaga bila jam loceng berbunyi, terus bangun jangan bermalas malasan. 

- WakeUp Call
• Boleh minta adik beradik atau sahabat yang Bangun Malam untuk bantu membangunkan kita melalui panggilan telefon pada waktu waktu tertentu. Sama sama bantu membantu ke arah kebaikan. 

- Banyakkan Minum Air Putih Sebelum Tidur
• Apabila kita minum banyak air kita akan mudah terjaga untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil minum air putih lagi dan kita akan mudah terjaga sampai waktu sepertiga malam. 

- Jaga Pemakanan
• Jangan makan terlalu banyak pada malam hari. Ini kerana tubuh kita akan menjadi lemah akibat banyak makan dan kita akan menjadi malas untuk bangun. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian. Sama2 mudahkan kan diri yer :D

    BalasPadam
  2. nak mula tu mungkin payah tapi itula kena doa nak beribadah ni..
    smoga Allah mudahkan..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.