Tips Sentiasa Positif Dari Prof Muhaya

Tips Sentiasa Positif Dari Prof Muhaya | Bagaimana nak positif? Nak jadi orang yang positif dan kekal bahagia dalam  hidup bukan sesuatu yang mudah. Paling payah bila diri kita dikelilingi oleh orang yang bersifat negatif. Kekadang aura negatif tu duk memanggil manggil jer ajak join sekali. Kekadang boleh kita tolak kekadang kita pon terjebak join yang negatif. Al maklum la hati tak tetap ni mudah la terjebak. Bila dah mula berkawan dengan sifat negatif, hidup jadi tak seronok, tak best jer kan. Semua benda kita nampak negatif jer. Hidup jadi tak selesa. Ya la tang mana nak seronoknya kalau dah hidup selalu fikir negatif?

Berbeza kalau kita mempunyai sifat positif. Orang positif ni, bangun pagi pagi dah nampak kebahagiaan. Nampak senyum kat wajah diaorang. Aura positif tu menarik bahagia dalam hidup mereka. Bila selalu rasa happy, rasa seronok, rasa tenang .... hidup pon jadi lebih bahagia. Jadi marilah kita sama sama jadi insan yang positif.

Petang ni KakYa nak kongsi beberapa tips positif daripada Prof Muhaya. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk kita bersama. Baik KakYa mahupon korang, jom kita jadikan diri kita insan yang positif setiap hari. Ok nak mula dari mana? Baca hingga habis jangan skip ok.



















• Start your day dengan niat kerana Allah – Niat nak jadi orang yang beriman.
• Mulakan hari dengan bacaan Al Fatihah.
• Sedekahkan Al Fatihah pada diri dan pada nabi Muhammad saw.
• Ingat formula – Ada, beri, dapat – I love positif.
• I love to give positif not I have to get positif or I choose positif but I LOVE to GIVE positif.
• Saya tak boleh ubah sesiapa tetapi saya hanya boleh ubah diri saya sahaja.
• Gembirakan semua makhluk Allah – siapa ada kucing bagi makan kucing, siapa ada anak bagi anak anak pujian, love you children.
• Anak tengok apa yang anda buat bukan apa yang anda cakap.
• GIVE because you LOVE TO GIVE NOT because you CHOOSE
• Jangan sebut perkataan Down – always sebut perkataan UP ( down – depression , Up – happy)
• Latih diri untuk menerima teguran , bukan memberi teguran.
• Bila jadi orang yang baik, orang tak sama aura dengan kita akan larikan diri – syukur Allah hadirkan hanya orang yang baik dalam hidup kita.
• Buang risau , sentiasa sebut SYUKUR. 
• Buat tanpa fikirkan orang. Buat kerana Allah sahaja - jika masih sebab orang itu adalah ego.
• YIS – Yakin supaya saya berani, Ikhlas - ,Syukur supaya saya gembira.
• TEGURAN ITU REZEKI, FOKUS NAK DAPAT TEGURAN BUKAN SIBUK NAK MENEGUR ORANG.
• Bila ada masalah, close your eye dan bayangkan masalah itu jadi ok - buang perkataan risau takut tu semua.
• Jika anak bermasalah, besar kemungkinan ibu bapa yang bermasalah. Bertaubat dan minta maaf pada anak.
• Jangan fockus pada isu –Fokus pada Solution!! Jangn sibuk duk cari salah orang dan isu isu tak best di facebook, surat khabar dan lain lain.
• Banyakkan ucap Laillahalillah .
• Jika orang beri feedback – minta maaf pada dia dan pasti ada salah kita disitu. Pasti ada salah kita – JANGAN RASA DIRI BAIK.
• Yakin bahawa kita hamba Allah, akan ada titian sirat, ada qadaq dan qadar Allah.
• Solat tepat waktu, kalau boleh solat di masjid.
• Sempurnakan tutup aurat dan ibadah , bila ibadah cukup dan sempurna insyaAllah hati akan lembut.
• Mengaku setiap masalah dan kekurangan kita pada Allah. Minta Allah ubahkan hati kita jadi lebih baik.
• Jangan bajet bagus, doa pada Allah. Doa dan menangis. Minta Allah ubah kita jadi lebih baik.
• Tidur awal dan doa minta Allah bantu kita untuk senang bangun solat dan beribadah.
•  Doakan orang lain juga. Jangn dengki pada orang. Apa yang kita dengki, apa yang kita dengki itu yang kita takkan dapat. Dengki tengok orang bahagia, kita takkan dapat bahagia tu. So, jangan ada rasa dengki.
• Jika orang down, jangan sibuk nak nasihatkan orang ( tegur) – berikan emphaty dan kasih saying sahaja.
• Peristiwa negative- itu takdir tapi respon kite yang penting.
• Banyakkan taubat jika kita tak rasa tenang
• Buat baik bukan kerana orang. Bukan harapkan balasan orang tapi harapkan balasan Allah. Allah yang akan balas.
• Jika ada pergolakan dengan pasangan, jangan sibuk fokus salah pasangan tapi cari salah sendiri dan taubat.
• Nak sentiasa positif – pandang cermin dan puji diri sendiri, cakap saya sayang awak, awak cantik. MasyaAllah cantiknya saya , terima kasih Allah.
• Bila orang tegur, cakap terima kasih. Cakap dalam hati-saya suka ditegur.
• Taat, yakin, nikmat.
• Janga cepat nak hukum orang – setiap orang tak sama.
• Beli wallpaper atau gambar yang positif – setiap gambar ada aura. Contoh gambar kaabah.
• Bila diuji - keguguran, jangan dengar apa yang orang cakap – sebut je syukur ya Allah. Syukur Ya Allah saya mudah mengandung dan kandungan saya kekal hingga saya bersalin- sentiasa sebut benda tu. Sebut dan jangan dengar apa yang orang cakap.
• Jika kita degil dengan Allah, anak akan degil jugak. Anak degil sebab kurang perhatian, jadi banyakkan beri perhatian pada anak.
• Cara nak tidur – jangan tidur petang, sebelum tidur maafkan semua orang- Offkan handfon sebelum tidur.
• Banyakkan sedekah
• Takpe kalau kita ingat lagi apa yang orang buat pada kita tapi sentiasa maafkan. Maafkan je. Yang penting maafkan.
• Bila kita mengandung, lagi kita kuatkan ibadah dan perbetulkan ibadah kepada Allah – kesian kat anak tu dalam kandungan dah diuji jika ibu tak solat dan tak beribadah. Siapa yang bagi mata, tangan dan kaki untuk anak tu. Ke tandas boleh, makan boleh, solat mesti boleh jugak. 
• Jika orang berhutang dengan kita jangan duk heboh pasal orang yang berhutang tu. Jga aib orang,  Allah akan jaga aib kita.
• Nak khusyuk dalam solat, sebelum solat tu jangan mengumpat, jangan buat banyak dosa.

Ok KakYa dah kongsi bagaimana nak jadi positif setiap hari. Terserah kat korang mana satu pilihan korang. Nak terus kekal negatif atau nak berubah ke arah positif. Pokok pangkalnya hati kita sendiri. Oramg lain tak boleh nak ubah kita selagi kita sendiri tak ubah diri kita. Semoga kita semua dapat ubah diri jadi insan yang positif agar hidup jadi lebih gembira, lebih tenang dan lebih bahagia. POSITIF okey!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. nice tips semua tapi itulah being normal human being adoi susahnya nak didik hati n diri ni.. kena berusaha gigih nak lahirkan jiwa positive.

    BalasPadam
  2. tq kak ya...bukan mudah mendidik hati...kdang kala tersungkur jua....

    BalasPadam
  3. nice sharing. tq kak lya sudi share ilmu yang bermanfaat ni

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.