Salam Nuzul Al Quran 1441H

Salam Nuzul Al Quran 1441H  | Salam Nuzul Al-Quran 1441H. Tanggal 17 Ramadhan pada tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW, telah turun wahyu pertama yang menjadi bukti kerasulan Baginda. Al-Quran Al-Adzhim bukan sahaja diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat terbesar Baginda, bahkan mengandungi panduan hidup yang merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain untuk kegunaan umat manusia di sepanjang zaman.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah Al-Baqarah : 185)

www.akifimtiyaz.com


Justeru sebagai umat Islam, amatlah penting untuk kita menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam mengharungi kehidupan kita.

Marilah kita merebut kesempatan yang ada dalam bulan Ramadhan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan menyuburkan dan memperhebatkan lagi penghayatan kita terhadap kitab Allah SWT ini.

Sama sama kita melaksanakan aktiviti bertadarus bersama ahli keluarga bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

Salam Ramadan ke-17 dan Salam Nuzul Al-Quran 1441H dari KakYa dan family. Semoga kita semua layak mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak. Aamin Ya Mujiib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam nuzul quran jugak. Aril singgah ye sini kejap.. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Aril .. Ehhh lama tak nampak .. Ke mana menghilang sekarang baru muncul ..

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.