Printcious Lancarkan Rekaan T-shirt Unik Dalam Usaha Pencegahan Covid-19

Printcious Lancarkan Rekaan T-shirt Unik Dalam Usaha Pencegahan Covid-19 Beberapa hari lepas KakYa ada singgah kat laman web Printcious dan KakYa perasan ada beberapa rekaan T-shirt terbaru yang menarik perhatian. Oh! baru KakYa tahu, Printcious telah melancarkan rekaan T-shirt terbaru dalam usaha mereka untuk mendidik masyarakat mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19. Wah menarik ni! Rekaan T-shirt yang ada sangat menarik dengan corak bertemakan Covid-19. Apa yang paling menarik perhatian KakYa, melalui pembelian T-shirt ini bukan sahaja dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran mengenai wabak Covid-19 tetapi melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM 50,000 akan disumbangkan kepada pertubuhan badan kebajikan termasuk Pertubuhan MERCY Malaysia sebagai usaha untuk melawan wabak Covid-19 di Malaysia.

www.akifimtiyaz.com

Printcious

Ok sebelum KakYa bercerita lebih detail mengenai kempen ini, KakYa nak war warkan dulu mengenai PRINTCIOUS. Pernah dengar mengenai Printcious tak sebelum ni? Kalau belum pernah meh dekat dekat sikit KakYa nak habaq naaa. Printcious telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan merupakan sebuah laman web atas talian, yang berkepakaran dalam hadiah yang boleh diperibadikan oleh sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan hadiah dengan rekaan sendiri menggunakan alat bantu reka atas talian yang mudah, untuk menghasilkan hadiah unik buat mereka dan yang tersayang.
www.akifimtiyaz.com
Printcious menjual pelbagai hadiah dan cenderamata seperti T-shirt, tote bag, canvas, keychain, cushion, mug dan bermacam macam lagi yang boleh korang pilih untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. Pilih saja mana yang berkenan di hati dan DIY sendiri hadiah korang agar sesuai dengan citarasa sendiri atau orang tersayang. Bercakap mengenai Printcious, KakYa suka singgah di laman web Printcious kalau nak tempah T-shirt atau cenderamata DIY. Kat sini mudah, senang dan palimg penting tempahan kita cepat jer siap. Tak perlu nak tunggu lama lama. Lagipun harga yang ditawarkan berbaloi dan masih dalam kategori mampu bayar.

Printcious telah memenangi pelbagai anugerah keusahawanaan termasuklah Pemenang SITEC Top E-Commerce Merchant Awards (2017), Pemenang Pertandingan Dream Factory Start-up (2018), Anugerah Young / Emerging Business Excellence dalam Anugerah Sin Chew Business Excellence (2018). Printcious juga adalah salah seorang peserta dalam MaGIC Accelerator Programme (Kohort 1) pada 2015 dan juga salah satu penerima bantuan Cradle Fund iaitu program Cradle CIP-500 pada 2016.

www.akifimtiyaz.com
Semua rekaan cun dan smart kan! Jom la DIY T- shirt korang melalui Printcious sebagai tanda support. 

Berbalik kita kepada Kempen Printcious Covid-19 Awareness T-shirt Charity. Untuk kempen istimewa yang berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020 ini, Printcious telah menghasilkan 6 rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan. T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL.

www.akifimtiyaz.com
Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Mr Vincent Tong.

Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Vincent Tong berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam melawan Covid-19 dan memanfaatkan kekuatan unik tenaga kerja yang ada.

“Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat.

“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka.

“Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,” .

Menurut beliau lagi, pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan. 

www.akifimtiyaz.com

Bukan saja T-shirt tapi tote bag juga turut diketengahkan dalam kempen ini. Sama seperti T-shirt, terdapat 6 design berlainan untuk korang pilih. Boleh pilih mana satu yang berkenan di hati dan DIY ikut kesesuaian dan kesukaan korang.

www.akifimtiyaz.com
Cantik kan! KakYa pon nak DIY lah satu tote bag ni sebagai tanda support dalam meningkatkan kesedaran mengenai wabak Covid-19. Nampak comel jer kan.

Jom sama sama kita membantu dan menyokong usaha murni Printcious dengan membeli T-shirt dan tote bag ini sebagai tanda sokongan.

Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Pembelian T-shirt eksklusif kempen Covid-19 boleh dibuat secara atas talian melalui link tertera:

https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness

Beli 6 design @ RM 150 dan dapatkan BAUCAR TUNAI BERNILAI RM 150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. cute je baju2nya.. da macam baju couple. harga pun not bad. rm29 sehelai..matchkan baju dan totebag. mesti ramai yang tanya beli dekat mana.

    BalasPadam
  2. Cantik la tote bag tu , sebab bila shopping memang Sal guna. Banyak juga voucher tunai yang ditawarkan tu. Menarik !!

    BalasPadam
  3. Yeah...... I love the designs. All are so pretty and sweet. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. pernah dulu sekali beli produk di printcious tapi bukan t shirt, beli mug pastu edit gambar sendiri. memang best :)

    BalasPadam
  5. memang terbaiklah printcious ni. dulu pernah beli produk dekat diorang.. beli mug tapi kita edit sendiri. sampai sekarang guna.

    BalasPadam
  6. Heheheh cantik lah design rekaan t-shirt untuk musim Covid ni hehehe comel jer kena juga lah rasa macam nak beli jer wakakakka ada saiz kita ker hehehehe..

    BalasPadam
  7. Sis ada beli selai hehehehe..lupa plak nak updatenya , saje buat kenangan stay safe ni kann...

    BalasPadam
  8. Pas ni mudah la anda cari di mana yang bole buat customized t shirt utk sebarang majlis kan?

    BalasPadam
  9. Wah best nya ada offer. Za selalu juga buat printing kat printcious ni. Last time buat bantal muka anak2. Hihi

    BalasPadam
  10. Dah lama tak jenguk website printcious.
    Nanti nak terjah la.
    Nampak menarik jugak..
    Dulu rajin cetak bantal je dekat situ..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.