Pertama Kali Keluar Rumah Sejak Perintah Kawalan Pergerakan

Pertama Kali Keluar Sejak Perintah Kawalan Pergerakan | 16 Mac 2020 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengistiharkan PKP di sebabkan Pandemik Covid 19 di Malaysia. PKP berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang dan mengasingkan sumber wabak COVID 19.


Tempoh PKP selama 14 hari. Tetapi di sebabkan masih ada pertambahan jangkitan baru dari semasa ke semasa tempoh PKP di lanjutkan ke fasa kedua bermula pada 1 April 2020 dan berakhir pada 14 April 2020. Dalam fasa kedua keadaan masih lagi membimbangkan dan tempoh PKP bersambung lagi ke fasa ketiga bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Fasa seterusnya fasa kempat diteruskan bermula 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020. Ini adalah tempoh 4 fasa PKP yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menjamin rakyat Malaysia bebas dari jangkitan COVID 19.

Kalau ikutkan ke empat empat fasa PKP, kita semua diarahkan stay at home selama 1 bulan 24 hari. Tapi untuk fasa keempat telah diberikan sedikit kelonggaran, ahli keluarga boleh keluar berdua untuk urusan. 

Pertama Kali Keluar Rumah Selepas PKP

Oh mak kau, panjang lebar pulak duk ulas pasal PKP kat atas sana. Yang sebenor benornya KakYa nak citer sejak PKP KakYa dan anak anak tak pernah keluar rumah. Keluar setakat nak buka pintu pagar jer. Hanya suami yang keluar pergi kerja atau beli barang. KakYa dan anak anak #StayAtHome. Setelah sekian lama, akhirnya  setelah melalui empat fasa PKP stay at home .. semalam 8 May 2020 hari ke 52 PKP, KakYa baru dapat keluar rumah atas satu urusan kerja. 

Subhanallah, Alhamdulillah syukur Ya Allah dapat tengok langit yang tenang, dapat tengok pokok pokok yang mendamaikan, dapat hirup udara segar kat luar. Tenang sungguh suasana sebab tak ramai orang kat atas jalan raya. KakYa keluar waktu pagi jam 7.45 pagi dan alhamdulillah syukur Ya Allah dapat melaksanakan urusan KakYa dan suami secepat mungkin. Syukur alhamdulillah Ya Allah, KAU permudahkan urusanku semalam. Selesai jer urusan KakYa terus balik rumah takde singgah mana mana sebab perasaan takut dan sejenis was was tu bertenggek dihati. Memang tak nak singgah mana mana janji cepat balik jer. 

Balik rumah lepas selesai urusan takde la nak slow slow jalan. Laju jer KakYa masuk pintu jalan terus ke bilik air dan mandi. Takut la jugak walaupon masa keluar jumpa ngan seorang jer makhluk Allah. Tetap rasa cam takut takut jer. Rasa semacam jer bila tetiba kena keluar setelah sekian lama duk kat rumah. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.