Hadiah Terindah Daripada Seorang Sahabat

Hadiah Terindah Daripada Seorang Sahabat  | Alhamdulillah petang tadi KakYa dapat satu kiriman yang dihantar oleh pihak Pos Laju. Bila tengok jer bungkusan Pos Laju tu, KakYa dah boleh agak dah siapa yang bagi. Sampai jugak akhirnya yang di tunggu tunggu. Syukur Ya Allah atas hadiah penuh makna daripada sahabatku ini. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Kak Ita  MCA, PSC, GT5P. KakYa dah terima buku Mini 17 FTR dalam keadaan selamat.

www.akifimtiyaz.com

Buku ni adalah hadiah istimewa daripada Kak Ita, sahabat KakYa di group Telegram GT5P, MCA dan juga PSC. Kak Ita ada cakap dia memang berhajat nak bagi hadiah kat kawan kawan kat group, jadi minggu lepas Kak Ita ada minta semua alamat kami seramai 9 orang. Untuk group MCA kami 10 orang jer termasuk Kak Ita. Alhamdulillah semua dapat sebuah buku 17 FormulaTarik Rezeki dari Kak Ita. 

Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakanlah aku daya ingatan yang kuat, akal yang sihat serta ilmu yang berguna supaya aku dapat menyebarkan ilmu ilmu yang bermanfaat buat keluarga dan sahabat sahabat juga. Aamin Ya Allah Ya Sami' Ya Mujib.

www.akifimtiyaz.com

KakYa nak citer sikit mengenai buku mini FTR ni. Tajuk buku mini ni 17 Formula Tarik Rezeki. Buku ni tulisan Puan Nora Yusof seorang penulis buku di Malaysia. Sebelum ni KakYa dah ada satu buku tulisan Puan Nora Yusof iaitu buku mini RAR. 15 Rahsia Asas Rezeki. Kiranya ni buku mini kedua Pn Nora Yusof yang KakYa ada. Alhamdulillah KakYa suka sangat baca tulisan Pn Nora Yusof. Bacaan tu terkesan kat hati. Memang menusuk sungguh ayat ayat dia. Pasni KakYa nak dapatkan Set Buku 111 Formula Tarik Rezeki (FTR) . Ya Allah KAU kurniakan aku Set Buku 111 Formula Tarik Rezeki (FTR) secepat yang mungkin Ya Allah Ya Mujib. Aamin aamin. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. alhamdulillah, tahniah ..sahabat yang nak tarik kawan2 nya berjaya dan kaya. syukur

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.