Fadhilat Selawat Tafrijiyah

Fadhilat Selawat Tafrijiyah | Pelbagai jenis selawat yang dinukilkan sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Antaranya Selawat Tafrijiyah. Selawat Tafrijiyah yang juga disebut Selawat Nariyah yang membawa maksud terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat Tafrijiyah ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Lafaz selawat ini adalah seperti berikut;

www.akifimtiyaz.com




Antara Kebaikan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah

1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.

6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Imam Ad-Dainuri r.a

• 11x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

• 41x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

• 100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.

• 313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.

• 1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi r.a.

• 41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat,menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya suka selawat ni... Time sedih, Risau, serba sedikit dapat dirawat...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.