Kuih Kayu Keramat Dan Cara Mudah Membuatnya

Kuih Kayu Keramat Dan Cara Mudah Membuatnya | Kuih Kayu Keramat atau lebih dikenali "KAYU KAMAT" di Negeri Terengganu adalah kuih legend yang sangat digemari oleh rakyat negeri Terengganu dan dijadikan kudapan ringan minum pagi dan juga petang. Kuih Kayu Keramat adalah sejenis kuih yang menyerupai Kuih Cakoi. Namun ianya berbeza kerana Kuih Cakoi lebih  lembut dan ringan manakala Kayu Keramat lebih padat isinya dan mengenyangkan. 

www.akifimtiyaz.com
Alahaiii pandai jugak KakYa ya! Hahaha boleh laaa awak daripada tak buat langsung, kita cuba cuba buat pertama kali. 

Seyesss nak cakap kat korang, ni kali pertama KakYa buat kuih Kayu Keramat ni haaaa. Sebelum ni tak berapa suka sangat bab bab buat kuih ni. Tapi sejak PKP ni kan terlebih rajin pulak nak belajar buat kuih. Alhamdulillah menjadik jugak dengan izinNYA. Ni Kayu Keramat versi KakYa, kalau versi orang lain, mungkin lain pula caranya. Yang penting sedap dan boleh makan. 

Bahan Bahan Untuk Membuat Kayu Keramat 

Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat kuih Kayu Keramat;

- 500gram gandum
- Satu sudu makan yis
- Satu sudu makan soda bikarbonat (KakYa tak letak pon sebab takde stok kat dapur huhuhu)
- 6 - 8 sudu makan gula (Ada yang guna susu, ikut suka hati kita mana kita nak)
- Secawan setengah air suam
- 2 sudu makan minyak (Planta pon boleh, tapi KakYa dah kehabisan Planta guna minyak jer la)

www.akifimtiyaz.com
Mak aiiii mengembang dengan jayanya adunan kita. Lupa pulak nak tangkap gambar sebelum doh mengembang. 

www.akifimtiyaz.com
Ni untuk tangkap gambar jer ni, hakikatnya masa nak goreng tu baru KakYa bentuk panjang panjang putar sikit dan masuk dalam kuali. 

Cara Memasak Kuih Kayu Keramat

KakYa kongsikan cara nak buat kuih Kayu Keramat.

- Mula mula kena masukkan yis ke dalam setengah air suam dan kacau sekejap pastu ketepikan. Tunggu hingga yis kita naik berbuih. Biar berbuih dulu.

- Masukkan gula ke dalam secawan air suam dan dikacau rata. Kacau bagi gula tu larut bebetul.

- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan dan masukkan minyak sekali.

- Kemudian masukkan yis yang dah kembang tadi sekali dengan air gula. 

- Dah masukkan semua, bermulalah proses menguli.  Uli sehingga menjadi doh dan tak melekit kat tangan. Kalau melekit boleh tambah gandum. Uli la setakat mana korang larat.

- Dah siap uli, rehatkan doh anggaran satu jam atau sehingga doh kita tadi mengembang dengan jayanya. Seeloknya biar kembang sekali ganda daripada adunan selepas kita uli tadi. 

- Bila dah mengembang dah boleh goreng la doh kita tu. Tepuk tepuk dulu doh kita tadi bagi buang angin dan bentukkan panjang panjang Kayu Keramat dan terus goreng. 

- Dah siap goreng silalah makan, boleh jer nak cicah sambal bilis ke, sambal ayam ke, sambal daging ke semua boleh takde masalah. Tapi KakYa suka cicah kopi o jer. Al makklum la tekak anak Teganu ni sejak kecik makan Kayu Keramat cicah air. 

www.akifimtiyaz.com
Goreng dalam minyak panas jangan letak banyak banyak sangat setakat 5 ketul tu boleh la bagi ada ruang Kayu Keramat kita tu mengembang.

www.akifimtiyaz.com
Tudiaaa dah siap goreng. Yang selebihnya KakYa goreng separuh masak jer. Petang karang En Suami balik kita goreng lagi untuk kudapan petang hari. 

www.akifimtiyaz.com
Ni Kayu Keramat versi KakYa. Lain orang lain caranya. Kita raikan ajooo... KakaYa suka cicah ngan air kopi jer wak. Aduhhh duh duh sedapnya. Ni En Suami suka jugak kuih Kayu Keramat ni. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Saya baru tahu kuih cakoi ni ada nama lain rupanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi sedap drpd cakoi. cubalah

      Padam
  2. ooosama macam cakoi la ni hehhehe

    BalasPadam
  3. Oh ingatkan cakoi tadi. he he

    Saya follow dulu ye... (1146)
    www.cialah.blogspot.com

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.