Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan | Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Jangan bimbang tapi fahami perintah kawalan pergerakan. Perintah larangan meliputi;


1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. 

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services.


Infografik mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana mulai 18 – 31 Mac 2020 di seluruh negara.



Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi: 

Pusat Pengurusan Operasi Negara 
Talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari. (17 Mac 2020).

Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang akan Bermula pada 18 Mac Hingga 31 Mac 2020.


Rakyat Malaysia diminta jangan panik. Ini adalah “perintah kawalan pergerakan” dan bukan “perintah berkurung”.

Ini adalah salah satu strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit berkurang dan ini seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19. Bawa bertenang dan jangan panik!

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA


Tidak kira siapa pun anda, menjadi tugas kita semua bersama-sama mencegah penularan wabak COVID19. Sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan dan patuhi arahan pihak berkuasa. #COVID19

Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana yang akan menjadi mangsa bukan hanya anda tetapi sesiapa sahaja akibat dari sikap mementingkan diri sendiri.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. JOM SAMA2 KITA JAGA KESIHATAN KITA

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.