Iman's Homestay Cameron Highlands

Iman's Homestay Cameron Highlands | Cuti sekolah akan bermula beberapa hari lagi. Anak anak sibuk bertanya kita nak pergi mana cuti  sekolah kalini? Ikutkan perancangan setelah berbincang bersama suami dan anak anak, KakYa pilih Cameron Highland untuk cuti sekolah kali ni. Kalau dulu kami pergi ke Cameron Highland waktu ada Insyirah dan Iman jer. Untuk kalini pertama kali bawak Akif ke sana. Setiap kali bercuti apa yang paling kami tekankan pastinya tempat penginapan. Kami tak pilih hotel untuk menginap tapi kami pilih homestay iaitu Iman's Homestay Cameron Highlands

Iman's Homestay Cameron Highlands

Bila dah bercuti dengan keluarga besar, selalunya masak sendiri lebih menjimatkan. Tapi tak banyak penginapan yang benarkan tetamu untuk memasak.

www.akifimtiyaz.com

Memahami kehendak ini, Iman's Homestay - penginapan jenis 3 bilik dengan 2 bilik air ini menyediakan kemudahan yang lengkap termasuk kelengkapan dapur seperti periuk belanga dan pinggan mangkuk untuk kegunaan para tetamu. So mak mak boleh lah memasak dengan gembira dan tanpa was was sebab penginapan ni hanya untuk Muslim sahaja.

Lagi satu homestay ni terletak di tingkat bawah sekali. So sesuai untuk tetamu yang mempunyai keluarga emas dan OKU. Pemandangan pun hijau dan berkabus. Memang best.

Reviu Tetamu :
"Bersih, selesa dan selamat untuk semua ahli keluarga. Ada tiga bilik tidur sangat sesuai untuk keluarga yang bersaiz besar"


Alamat :
Greenhill Resort, Tanah Rata,
39000, Cameron Highlands, Pahang.


Harga :
Dari RM200 semalam

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.