Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta

Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta | Baru baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi perempuan berusia 9 bulan yang ditinggalkan di dalam kereta hampir 4 jam kerana bapanya terlupa menghantar bayi itu ke taska. Sumber berita Pa&Ma Online. Kes seperti ini telah banyak berlaku dan salah satu sebab utama yang menyebabkan terjadinya kejadian seperti ini adalah disebabkan kelalaian ibubapa. Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir, ajal maut Allah tentukan. DIA sebaik baik perancang.  Al Fatihah buat anak syurga ini. Semoga ibubapanya diberi kekuatan dan tabah dalam menerima ujian dari Allah. Aamin aamin.

Sepertimana yang kita tahu, keadaan terlupa ini boleh berlaku kepada siapa saja termasuk diri kita sendiri. Jangan kita sibuk mencari salah orang lain dan sibuk membawang mengutuk itu ini kerana silap haribulan kita yang terkena. Takde ibubapa di dunia ini sanggup tengok anak diaorang meninggal depan mata sendiri. Jadi berhati hati dengan komen anda kerana apa yang berlaku adalah Qada dan Qadar dari Allah SWT. Siapa kita untuk menidakkan takdir.

Bagaimana untuk kita sama sama menangani masalah seperti ini daripada terus berulang. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui catatan pada Facebook beliau bertarikh 14 Mac 2018 pernah berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anak kita. Sama sama kita praktikkan agar keselamatan anak anak kita terjaga. 

Cara Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta 

Cara bagi mengelakkan kita terlupa anak berada di dalam kereta;

- Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letaklah di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan. 

- Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang. 

- Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang. 

- Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang. 

- Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandubkereat auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.


-  Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

- Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak. 

- Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

- Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Ini antara beberapa tips yang telah dikongsikan oleh beliau. Jangan lupa untuk follow Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk mendapatkan lebih info mengenai tips kesihatan dan juga parenting terkini.

*Kalau korang ada tips lain yang berguna, korang boleh komen kat bawah ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Terima kasih.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tq kak ya tips2 smeua ni,semoga di juahkan dari jadi kat kita semua aminnnn....

    BalasPadam
  2. Mintak jauh kan? Kite semua ada kelemahan.... T_T

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.