Kita Suruh Dia! Eh Dia Suruh Kita Pula

Kita Suruh Dia! Eh Dia Suruh Kita Pula | Harini masa duk ajar Akif buat kerja sekolah, KakYa selitkan sekali kerja yang KakYa buat untuk dia. Satu karangan jenis keperihalan untuk dia buat. Mula mula dia cakap Umi letak atas meja dulu la nanti Akif tengok lepas dah siap buat semua kerja yang Cikgu bagi kat sekolah tadi. KakYa tinggalkan jer kat meja sementara tunggu dia siapkan kerja sekolah dia. Nanti dia buat la kalau ada masa. 

Ok ni dia karangan keperihalan yang KakYa minta dia buat. Dia baca kekuat pastu dia pandang muka KakYa cam orang bersalah. Apa hal pulak pandang lagu tu. Umi silap tulis ke? KakYa ambik dan baca lagi sekali. "Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu". Takde apa yang salah pon semua ok jer ni. Sila la buat karangan wahai anak. 


Belum buat apa apa lagi Akif dah cakap awal awal kat KakYa " Bila masa pulak abah minat memancing. Bila masa pulak abah bawak Akif pegi memancing. Nak citer pengalaman camne kalau sekalipon abah tak pernah bawak Akif pegi memancing". Cer Umi jer la citer kot kot Akif boleh reka. Pastu Umi tulis la dulu nanti Akif baca. Hurmmmmm camno nak cakap dah kalau lagu tu jawapan dia. Ada ada jer la dia ni.

Ohhhh anak! Dengan DakKecik sorang ni memang tak boleh nak jangka betul jawapan dia. Boleh pulak, kita suruh dia, balik balik dia suruh kita yang buat. Hadoi la. Dia cakap jugak tadi , "Cikgu BM ajar pengalaman kena cari takle dapat kalau tak cari". Ya ya ya memang la kena cari pengalaman tu tapi ni sekadar cerita jer nak oi. Awak reka jer la lagumana pon janji siap satu karangan macam Umi nak. Takde la susah mana pon Umi tengok senang jer. "Senang bagi Umi, susah bagi Akif sebab Akif takde pengalaman. Umi cakap joran tadi kan kan kan? Joran pon Akif tak kenal huhuhuhu".

Ohhh tidakkk .. Umi ni baca tajuk ke tak ni? Cer Umi baca tajuk betul betul dulu. Pastu Umi  tolong la Akif goreng la citer Umi macam Umi selalu goreng mee kuning tu. Haduh la nak oi cepat la buat. Tanak buat cakap jer la takyah bagi macam macam jenis alasan nak oi. Umi ko pening. "Ok la Umi, esok la Akif buat yang ni, sekarang masa main bola. Akif nak pegi main dulu. Umi jugak cakap petang petang kena riadah baru sihat". Ya la ya la esok pon esok la nak. Esok ntah hapo hapo pulak dia menjawap. Nak cari alasan apo pulok nanti. Akalan dia memang!!! Sejenis yang suka menguji Umi dia. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.