Jahit Lencana Sekolah Dan Name Tag Anak Anak

Jahit Lencana Sekolah Dan Name Tag | Jahit lencana sekolah dan name tag anak anak, tugas wajib Umi setiap tahun bila sesi persekolahan bermula. Sehari sebelum hantar Kakak Insyirah dan Iman ke asrama KakYa dah settle jahit lencana dan jugak name tag Insyirah, Iman dan Akif. 

Settle jahit lencana dan nametag. Umi jahit tangan jer. Walaupon tak secantik jahitan mesin yang penting anak anak dengar sini. Umi jahit penuh keikhlasan dari hati tau anak anak!

Bukan tak nak jahit awal tapi tarikh pendaftaran  sekolah Iman 30.12.2019, nak kena beli lencana sekolah untuk Iman dulu baru boleh jahit. Yang kakak Insyirah, pakai lencana dah beli tahun lepas masih elok bekum guna lagi. Name tag pulak KakYa jahit jer name tag yang dah tempah beberapa tahun lepas tapi tak pakai sebab Iman pengawas jadi name tag dia lain. Kakak Insyirah pon pakai name tag lama yang masih belum pakai. 

Letak jer kat tengah tengah pastu pinkan dengan peniti. Nanti nak jahit takde la lencana tu gerak gerak sangat. Kalau ikut lampiran bergambar untuk sekolah Iman ni ler cara letak lencana sekolah. 

Bila kita sentuh bab pakaian anak anak, KakYa pasti mak mak kat luar sana mesti sibuk duk menampal nametag dan lencana pada baju sekolah anak anak sebelum sesi persekolahan bermula Ada yang tempah kat tukang jahit, ada yang jahit sendiri ada jugak yang guna gam untuk letakkan name tag dan juga lencana. KakYa lebih suka jahit sendiri lencana sekolah dan nametag anak anak. Sejak diaorang sekolah memang tak pernah hantar kat tukang jahit ataupon guna gam untuk tampal. 

Masa mula mula jahit nametag nampak cam dah elok jer letaknya. Dah sama kiri kanan. Tapi lepas jahit nampak tak sama. Kena la pulak bukak balik jahitan. Huhukhuk!

Bila jahit tangan sendiri, KakYa rasa satu kepuasan la. Lagipon takde la susah sangat bab bab menjahit guna tangan ni. Senang jer sebenarnya antara rajin dengan malas jer. Kalau rajin menjadi laaa. Kalau malas memang tak boleh nak cakap apa lagi dah la. 

Oleh kerana tak berapa sama kedudukan nametag, untuk bagi betul betul sama, KakYa gunakan pita ukur barula sama kiri kanan.

Alhamdulillah berjaya jugak jahit lencana dan name tag anak anak untuk kesekian kalinya. Semoga anak lebih bersemangat untuk terua menuntun lmu dunia dan juga akhirat. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. awal tahun mak-mak lah paling sibuk uruskan persiapan anak2 nak masuk sekolah hehe

    BalasPadam
  2. Teringat zaman 70 an dulu, betapa bestnya, lencana sekolah diperbuat daripada besi, tak perlu jahit. pakai satu tu je dari form 1 sampai form five. Zaman sekarang kena jahit, kena beli lebih dari satu pulak!

    BalasPadam
  3. kalau masa sy skola dulu2 nametag dan lencana tak jahit.. guna gam,, just seterika terus melekat.. tp tu ja lah, kalau salah mmg nangis tak leh buka hahaha..
    semoga tahun baru ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semuanya :)

    BalasPadam
  4. rajinnya mummy dia..un tampal je ahahha

    BalasPadam
  5. Kalau saya tak kental nak jahit sendiri. Hehe. Salute la kat kak ya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.