Duit Tabung Akif Imtiyaz Januari 2020

Duit Tabung Akif Imtiyaz Januari 2020 |  Harini Khamis 30 Januari 2020 last day sekolah. Bila dah last day sekolah maknanya harini hari pengiraan duit tabung Akif Imtiyaz sepanjang sebulan ke sekolah bagi bulan Januari. Hari Ahad ni akan bermula simpanan untuk bulan Februari. Alhamdulillah Akif berjaya simpan duit tiap tiap hari sepanjang sesi persekolahan bulan Januari.


Tahun 2019 KakYa bagi duit RM3 setiap pagi untuk Akif belanja kat sekolah. Dia takde bawak bekal makanan ke sekolah hanya bawak air putih sahaja. Kalau tahun lepas KakYa bagi RM3 jer untuk Akif dan jugak Iman tapi sejak mula sekolah 2020 ni, Iman pon dah masuk asrama dan duit belanja untuk Iman KakYa bagi seminggu RM20, jadi 2020 ni KakYa bagi lebih sikit untuk Akif. RM5 sehari. Bila dah dapat duit RM5 sehari semangat untuk dia menabung lagi la melonjak lonjak.


Akif ada buat buku untuk tanda berapa jumlah simpanan setiap hari. Terkejut jugak kami suami isteri masa mula mula tengok dia ada buat buku untuk tanda setiap simpanan harian dia. Alhamdulillah anak Umi dan abah makin bijak menyimpan dan lebih konsisten bila ada buku untuk tanda cam gini. Lagi la bersemangat dia menyimpan. 

Tahun lepas masa KakYa bagi RM3 kekadang sehari ada jugak dia simpan RM1 atau lebihan syiling, kekadang takde langsung tengok pada keadaan. Tapi setiap tahun memang dia ada menyimpan duit lebihan belanja sekolah. Sejak dia pandai pegang duit memang dia suka menabung. Bila nampak duit makin banyak dia akan minta abah dia simpan kat Tabung Haji. Biasa untuk anak anak KakYa akan simpan duit diaorang sebulan sekali kat Tabung Haji. 

Alhamdulillah banyak jugak simpanan Akif untuk bulan Januari 2020. Semua sekali Akif dapat kumpul sebanyak RM62. Wah banyak dah tu. Orang cakap sikit sikit lama jadi bukit. InsyaAllah moga anak Umi akan kekal menyimpan sampai bila bila.

Ok ni Akif dah sedia siap siap ruangan untuk tanda simpanan dia bagi bulan Februari. 

Macam Mana Ajar Anak Menabung 

Kalau tanya camne KakYa ajar Akif menabung. KakYa mula kenalkan Akif dengan duit dan pegang duit sendiri masa dia start sekolah PASTI tahun 2014. Masa tu umur dia 5 tahun. Bila Akif dah kenal duit dan tahu nilai duit dan betapa susahnya Umi dan abah cari duit, dia dah start menabung. 

Kalau kat sekolah Akif tak suka sangat beli makanan lebih lebih, cukup sekadar dia nak makan jer. Lagipon kat sekolah dia tak.makan banyak, dia lebih suka makan kat rumah masa balik sekolah. Akif tak suka pergi koperasi macam sesetengah budak lain, dia memang tak pergi kalau takde benda penting yang kena beli. Lagipon semua keperluan sekolah dah ada Umi abah sediakan, tak perlu untuk berbelanja di koperasi. 

Setakat ni KakYa takde suruh atau paksa Akif, Iman dan jugak Insyirah, tapi diaorang memang amalkan menabung sejak kecil. Alhamdulillah  bila anak anak tahu menilai duit diaorang akan bijak dalam menabung dan lebih menghargai duit yang diaorang ada. 

KakYa dan suami sediakan akaun Tabung Haji untuk anak anak sejak diaorang kecik lagi. Jadi semua simpanan diaorang akan disimpan kat Tabung Haji. Biasa lepas balik dari simpan duit kat Tabung Haji diaorang akan minta nak tengok  buku/slip simpanan tertera nama diaorang dan pasti tersenyum lebar bila nampak wang diaorang bertambah setiap bulan. Alhamdulillah semoga anak anak KakYa lebih bijak dalam menguruskan kewangan diaorang bila mereka meningkat dewasa. Amalan menabung yang diaorang buat sekarang moga berkekalan selamanya. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah bagus sangat ni 😁

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..good boy akif..:)

    BalasPadam
  3. Bgs lya. Mmg kne ajar menabung budak2 nj...hehe..

    BalasPadam
  4. Bagusnya dari kecik dah pandai simpan duit :)

    BalasPadam
  5. ALhamulillah. bagus ajar anak-anak menabung sejak kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

    BalasPadam
  6. Bagos Akif pandai menabong. Jangan tiru uncle dia ni... duit dalam tabong haji pon habis dikeluarkan! hehehe

    BalasPadam
  7. pandai anak2 kak ya menabung, bagus caranya. Boleh la apply untuk anak IQ nanti. ajar dari kecik. Moga sama2 amalkan amalan murni ni

    BalasPadam
  8. Bagus ajar anak-anak menabung dari kecil.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.