Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Disember dah tiba, masa nilah ibubapa akan sibuk mencari kelengkapan sekolah anak anak. KakYa pon sama, awal bulan dah sibuk duk cari keperluan sekolah anak anak. KakYa lebih suka settlekan awal sebabnya memudahkan KakYa mendapatkan saiz, jenis dan jenama yang sesuai  dan disukai anak anak. Persiapan awal tu sangat penting nak nak kalau yang ada anak ramai. Beli awal taklah nanti nak membeli yang berkenan tapi stok dah takde. Tak ke sedih namanya. Huhuhuhu!

Baju sekolah Murah

Satu lagi beli awal lagi mudah sebab tak terkejar kejar sangat lagipon KakYa tak berapa suka sebenarnya nak membeli kelengkapan sekolah anak anak di saat akhir sebab terlalu ramai orang yang membeli belah dan tak berapa selesa untuk berasak asak dengan orang ramai. Jadi nak selesa tanpa berasak asak beli awal okey.

Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- Hari

Sinonim dengan ucapan "Hi Selamat Datang" waktu pelanggan masuk dan "Terima Kasih Datang Lagi" waktu pelanggan keluar menjadikan Pusat Pakaian Hari-Hari antara pasaraya mesra pelanggan terbaik di Malaysia pilihan KakYa dan anak anak untuk membeli kelengkapan persekolahan bagi sesi persekolahan 2020 yang bakal bermula tidak berapa lama lagi.

Baju Sekolah Murah
Sebelum cari baju sekolah kita posing dulu dengan staff Hari-Hari yang ramah tamah, mesra dan baik hati ni. Siap pakai seragam sekolah lagi. Nampak comel jer kan?

Baju Sekolah Murah
Kan dah cakap memang mesra orangnya. Langsung tak kisah bila KakYa minta anak anak bergambar bersama dengannya. Sporting sangat, anak anak pon seronok jee shopping dapat layanan istimewa gini. 

Sudahkah korang membeli kelengkapan sekolah anak anak? Kalau belum lagi, apakata korang usha kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Sebagai ibubapa kita perlu bijak mengatur perbelanjaan dalam memilih kelengkapan sekolah anak anak. Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kasut, stokin, beg dan pelbagai lagi dari harga rendah sehingga sederhana. Harga yang ditawarkan kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk saiz paling kecil. Memang berbaloi baloi la dengan harga.

Baju Sekolah Murah
Dah penuh bakul kita ni. Jom jom pegi bayar dulu nanti kita posing lagi. 

KakYa sendiri membeli kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari untuk sesi persekolahan tahun 2020. Bagi KakYa Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan kelengkapan sekolah pelbagai jenama dengan saiz dan harga berbeza dan yang paling utama harga berpatutan dan mampu bayar.

Pasti puas hati dengan harga dan kualiti terbaik yang ditawarkan Pusat Pakaian Hari-Hari. Shopping kat sini sangat sangat best sebab semua kelengapan sekolah ada dan korang tak perlu bimbang kerana staff bertugas akan membantu korang sepanjang korang shopping. Pastu kalau korang perasan la kan kat sini semua susun atur barangan disusun teratur, kemas dan sempurna. Jadi mudah untuk kita memilih barangan yang kita perlukan.

Misi Mencari Kelengkapan Sekolah Insyirah, Iman Dan Akif

Untuk tahun 2020 hanya Akif seorang sahaja yang bersekolah rendah manakala Iman akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah sama dengan Insyirah. Persiapan pakaian sekolah  anak anak pastinya serba baru setiap tahun. Ini kerana saiz badan mereka semakin membesar dan pakaian lama sudah tidak selesa untuk diguna pakai. Bagi KakYa tidak perlu memilih jenama tapi KakYa akan pastikan pakaian anak anak berkualiti. Tak berjenama tak semestinya tak berkualiti. Yang penting sebagai ibubapa kita sendiri kena bijak dalam membuat pilihan.

Baju Sekolah Murah

Untuk Akif, KakYa belikan dua pasang seluar hijau dan juga baju sekolah lengan panjang warna hijau kerana Akif pengawas sekolah.

Baju Sekolah Murah
Posing dulu sementara dapat saiz baju yang sesuai

Baju dan seluar yang KakYa pilih nampak ok dari segi material dan jugak jahitan. Harga pon takde la mahal sangat. Untuk seluar sekolah harga sehelai rm32.90 dan baju hijau pengawas rm24.90. Kiranya untuk sepasang baju dan seluar Akif, KakYa bayar dalam lingkungan rm60.00. Harga mampu bayar sesuai dengan kualiti.

          Baju Sekolah Murah
Kat Pusat Pakaian Hari-Hari korang tak perlu nak tercari cari apa yang korang nak, staff kat situ akan ada untuk melayani setiap permintaan korang dengan ramah tamah. Ni staff yang melayani kami sekeluarga sepanjang shopping kelengkapan sekolah semalam. Memang ramah dan bagus sangat orangnya. Senyum sokmo dan mesra sangat sangat.

                                  
Staff kat sini yang tolong carikan saiz baju dan seluar yang sesuai untuk Akif. Sangat sangat mudah sebab kita tak perlu nak belek satu persatu bila dah ada yang membantu.

          Baju Sekolah Murah
Ni masa pilih saiz baju yang sesuai. Sebelum beli kena la ukur dulu sebab saiz baju kat sini tak sama saiz dengan baju yang sebelum ni Akif pakai. Jadi kena try satu dua baju jugakla, baru dapat saiz yang menepati citarasa anak bongsu KakYa ni. 

         
Ok dah dapat set baju seluar dengan saiz sesesuai selepas dua kali mencuba. Macam biasa la nak dapat yang betul betul ngam dengan Akif susah jugak sebab tiap tiap tahun untuk seluar dia memang kena jahit kat bahagian pinggang dna jugak kaki seluar. 

Untuk Iman, KakYa belikan dua pasang baju sekolah cotton putih lengan panjang dan dua pasang seluar sekolah menengah hijau. Baju sekolah putih lengan panjang saiz Iman harga rm29.90 sehelai. Dari segi harga baju dan seluar sekolah ada perbezaan harga mengikut saiz.

Baju Sekolah Murah
Untuk Iman memang tak perlu susah susah cari beria beria sebab sekali jer dia cuba memang padan terletak elok baju sekolah cotton putih saiz 13.5 ni untuk dia. 

Baju Sekolah Murah
Sempat lagi posing kat bilik persalinan. Opkos la, posing kan wajib waktu try baju sekolah baru. Hehehehe.

Insyirah pilih set sepasang baju sekolah dan kain sekolah saiz M yang berharga rm48.90. Dengan harga rm48.90 KakYa dapat beli satu set baju sekolah kain cotton berkualiti. Baju dan kain sekolah tebal tak jarang dengan jahitan yang kemas dan teratur. Kualiti pakaian seragam Pusat Pakaian Hari-Hari setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya. Jenis cotton yang cukup tebal dan berkualiti. 

Alahai terletak cantik baju sekolah yang Insyirah pilih. Yang ni saiz M memang terletak elok  untuk dia. Cotton girl opkos laa cari baju dan kain sekolah cotton jugak.

Sebelum ni pon memang Insyirah suka pakai baju dan kain sekolah dari kain cotton. Lebih selesa katanya. KakYa belikan sehelai tudung putih jugak untuk Insyirah. Harga tudung pon murah. Untuk saiz XL harga rm13.90 sehelai.  

Baju Sekolah Murah

KakYa sukakan jahitan pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana ianya kemas dan teratur. Kualiti baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari setanding jenama  lain diluar sana. Memang tak rugi beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana kualiti dan harga sangat  sangat berpatutan.

Baju Sekolah Murah

Baju Sekolah Murah

Baju Sekolah Murah
Alhamdulilah dah settle shopping dah. Kita bayar dulu! 

Baju Sekolah Murah
Sementara tunggu nak membayar Umi masih lagi melilau duk cari lagi apa apa yang nak tambah masuk senarai. Hehehe mak mak camni la ada jer lagi yang di cari saat saat nak bayar.

FREEGIFT Dan Diskaun Untuk Pelanggan Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Pembelian Online


PERHATIAN! PERHATIAN!! PERHATIAN!!! KakYa ada berita baik nak bagitau kat korang. Sekarang ni kalau korang membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari korang boleh dapat freegift tau. Antara freegift yang disediakan adalah kalendar, stokin putih dan jugak kasut putih untuk pembelian RM30 sehingga RM150.  KakYa pergi semalam dapat freegift kalendar,  sepasang kasut putih dan tiga pasang stokin putih. Alhamdulillah. Bestnya dapat freegift! Sapa cakap tak best tu tipu la tu.

Baju Sekolah Murah

Bukan setakat dapat freegift jer tau, kalau korang berbelanja menggunakan kad debit/kredit CIMB bermula 1 Disember sehingga 31 Disember korang boleh dapat diskaun sebanyak 15%. Wowwww banyaknya diskaun. Syoknya shopping bila dapat diskaun. Shopping jangan tak shopping.

Baju Sekolah Murah

Satu lagi berita baik untuk korang. Bulan Disember ini saja korang boleh dapat diskaun sebanyak 15% kalau korang shopping secara online bersempena pelancaran pembelian atas talian oleh pihak Pusat Pakaian Hari-Hari di www.ehari.com .

Baju Sekolah Murah

Untuk pembelian RM50 ke atas tiada bayaran penghantaran dikenakan. Jimat lagi! Boleh la beli secara online nanti. Takde la nak bersesak dengan orang ramai. Klik sana klik sini terus bayar. Dah siap. Tunggu barang dihantar kat rumah jer. Apa susah online jer!

Baju Sekolah Murah

Promosi Kembali Ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Bersempena promosi Kembali Ke Sekolah pada bulan Disember ini, pelanggan dapat menikmati tawaran menarik bermula 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019. Antara tawaran menarik yang disediakan seperti;


● Untuk pembelian bernilai RM30 ke atas korang layak menerima kalendar tahun 2020 secara percuma.

● Untuk pembelian bermula RM120 ke atas korang layak menerima stokin putih secara percuma.

● Untuk pembelian bernilai RM150 ke atas korang boleh pilih antara dua hadiah percuma sama ada korang nak 2 pasang stokin putih atau sepasang kasut putih.

● Untuk pembelian menggunakan kad/credit CIMB, korang boleh dapat discount 15% dari 1/12 sehingga 31/12.

Best ke tak best ni. Dapat beli kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berkualiti, dapat pulak freegift dan diskaun menarik. Apa tunggu lagi cepat cepat shopping okey! 

86 Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari Di Seluruh Negara!

Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd mempunyai 86 cawangan di seluruh negara. Pendek kata setiap negeri ada cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Di negeri Terengganu sahaja terdapat 6 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari.  Jadi korang tak perlu risau nak membeli belah. Nak tahu cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat dengan korang boleh layari laman sesawang www.hari.com.my . Senang korang nak terjah kat mana mana bila dah tahu lokasi terdekat. KakYa dah shopping dah! Korang bila lagi nak shopping.

Untuk updated terkini mengenai Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh layari;

Facebook: http://www.facebook.com/harihari
Instagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/

Catat Ulasan

43 Ulasan

  1. Pusat Pakaian Hari-Hari memang menarik dan murah. LeYa pun suka pergi situ

    BalasPadam
  2. Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mas ..Hari2 mmg kedai yang serba ada . Semnag cari kat satu keai jer .

      Padam
  3. banyak jimat datang beli kelengkapan sekolah kat sini

    BalasPadam
  4. lega kan kakya dah shopping pakaian anak2 awal. Banyak pilihan tuu kat Hari-hari. Berbaloi shopping sini, mampu milik harganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lega dah settle kelengkapan sekolah anak2

      Padam
  5. Baju sekolah anak boleh dicari kat Hari2 tapi kain Pengawas Pusat Sumber warna kelabu pulak yang susah nak cari. Boleh bagi pilihan ibu bapa yang nak cari kelengkapan sekolah anak-anak.

    BalasPadam
  6. Hari Hari ni memang terkenal dengan harga berpatutuan dan good quality. So bagi anak anak yang nak start sekolah boleh la berbelanja kat sini.

    BalasPadam
  7. Hari-hari tetap pilihan dihati sebab semua set kelengkapan sekolah ada. Tak pening dah kepala nak masuk dari 1 kedai ke kedai yang lain. Harga pun berpatutan dan kualiti boleh tahan. Tambah bila akhir tahun ni tawaran discount banyak juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp macam2 diskaun ada. Bukan setakat bli kat kedai blh jer beli online

      Padam
  8. Wow senang la semua keperluan boeh beli dekat satu tempat! Dah lah murah berbaloi2!

    BalasPadam
  9. I haven been to Hari Hari for so long! Seems to be a one stop solution for parents to get their kids bk to school

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupppp.. semua kelengkapan ada dalam satu kedai. Memudahkan kita sebagai parents utk memilih.

      Padam
  10. Pusat pakaian hari-hari memang kegemaran kita haari tu pergi beli banyak baju kat sini sebab sini ada banyak saiz baju besar untuk orang macam kita hehehe sekarang ni pula baju dan kelengkapan sekolah semua ada harga sangat berpatutan...

    BalasPadam
  11. pusat pakaian Hari-Hari ni memang murah, berkualiti jugak. Adik BBL pun tahun ni beli baju sekolah sepasang kat sini, masih elok lagi

    BalasPadam
  12. Menarik beli belah dekat kedai hari2 ni. Memang selalu ke sini tak kira musim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn .. semua tempat bokeh dikatakan ada pusat pakaian hari2 ni ..

      Padam
  13. Kita sekeluarga pun memang selalu beli keperluan sekolah dekat hari-hafi je. Harga pun berpatutan. Quality pulak so far so good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss .. sama la kita kak nina. Harga mmg terbaik dan kualiti pon terbaik .

      Padam
  14. aida da settle lah jugak tentang baju & kasut.
    bukan di hari hari lah.
    dah byk baca, rupanya hari hari ni sponsored review ekk :)
    ramai blogger review.
    pernah dulu ke hari hari. time tu materialnyer tak memikat hati aida.
    mcm tak selesa utk anak-anak. but now tak tau lah. years back dulu lah.
    nanti nanti boleh la survey kot. jamu mata jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang akak beli untuk anak2 alhamdulillah okey ...baju sekolah semua ok takde masalah ..

      Padam
  15. Mmg murah dan berbaloikan shopping kat sini. Kualiti kain pun terbaik

    BalasPadam
  16. Last year g beli untuk anak2 kat Hari2 la..tahun ni beli kt hari2 kt shopee je.. hehe

    BalasPadam
  17. Bestnya banyak juga pakaian sekolah.. nanti I bawa husband I.. dia sangat cerewet nak beli baju untuk anak anak.. kalau boleh dia cari pakaian yang berkualiti.. hopefully dalam hari hari dia berkenan

    BalasPadam
  18. Ena pon suka shopping sini sebab murah kan. Wahh ada banyak promosi ye. Tapi anak kita kecik lgi. Hehe. Nanti senangla cri baju sekolah kat sini kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha nanti dah ada anak sekolah blh la shopping kelengkapan sekolah kat sini.

      Padam
  19. dulu selalu tengok adik pakai baju cantik-cantik.. bila ditanya beli kat mana, dia kata dekat Hari-Hari.. tapi design memang cantik2.. kain pun berkualiti.. ni kalau anak dah sekolah TB nak try la beli kat Hari-Hari jugak..

    BalasPadam
  20. selalu jugak kalau dengan parent shopping barang dkt hari hari ni. sebab pakaiannya berkualiti dan harga berpatutan.

    BalasPadam
  21. Pakain hari2 memang semua serba lengkap..takyah cari kedai lain..harag pun berpatutan..senang cari awal-awal ni..ada isakun ye untuk pengguna cimb,.syok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Cari awal2 ni muxah nak dapat saiz dan jenis yg berkenan ..

      Padam
  22. tak pi hari-hari tahun ni. just ke giant dan juga pustaka rakyat. di pustaka rakyat harga pakaian dia pun murah juga rupanya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.