Akhirnya Cukup Sudah 4 Koleksi Batmobile Eksklusif

Akhirnya Cukup Sudah 4 Koleksi Batmobile Eksklusif | Yeayy cukup dah 4 ketul Koleksi Batmobile Eksklusif ni ha. Aduhai haru jugak la nak dapat empat ketul ni. Untuk koleksi pertama BVS Batmobile 2015 KakYa  dapat nun jauh kat Selangor sana nun, koleksi kedua Batmobile  2005 dapat kat Caltex Kemaman dan yang ketiga Batmobile 1989 serta keempat Batmobile 1966 KakYa dapat kat Caltex Sungai Ular Kuantan. 

Apa citer sebenarnya Batmobile ni? Gini citer dia. Bersempena sambutan ke-80 Batman, empat koleksi Batmobile eksklusif telah dikeluarkan, dan hanya tersedia di Caltex! Kat Caltex jer tau kat lain takde. Nak dapatkan koleksi Batmobile eksklusif ni ada tiga cara jer. 

Mengisi bahan api RM40 di mana-mana stesen caltex dan:
- Beli satu Batmobile untuk RM16.90, atau
- Menebus dengan 1,500 BPoints untuk satu Batmobile, atau
- Tebus dengan 500 BPoints dan beli satu Batmobile untuk RM10.


Paling haru sekali nak dapat yang Batmobile nombor satu ni haa,  sebab masa tu dah terlepas beberapa hari batmobile pertama keluar. Pergi tanya kat Caltex Kemaman diaorang cakap dah habis stok dah. Hari pertama 1 Nov 2019 keluar hari tu jugak abih katanya. Tunggu yang kedua pulak la nanti. Aduh habis pulak dah. Try call kat Caltex Merang dekat ngan umah mertua habis jugak. Call Caltex Sungai Ular, amoi yang angkat call cakap dah habis masa hari pertama lagi huhuhu. Habih tu nak carik kat mana ni? Teringat kat adik ipar di Selangor. Minta dia carikan. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya. Mujur jugak la kat sana ada lagi. Rezeki jugak la.

BVS BATMOBILE 2015 
1-15 Nov 2019

Untuk Batmobile yang kedua masa kul 12 malam kitaorang ada kat bandar Kemaman jadi terus la tanya kat Caltex Kemaman dah boleh jual ke belum. Huhuhu budak yang jaga kaunter cakap bos takde la tak boleh bukak lagi barang ada kat dalam stor. Aduhlaaa camtu pon boleh. Dah tahu tarikh keluar tu buh la kat luar sesiap kesian kat orang yang nak beli ni haaaaaa. Pastu En Hubby minta tolong ngan budak tu minta simpan kalau ada. Dia cakap ramai sangat dah minta simpan tak boleh la bang, takut bos bising. Emmmm takpe la kalau camtu gak. 

Esoknya pepagi lagi En Hubby cakap nak keluar, KakYa dah lupa dah pasal semalam nak beli batmobile kedua tu. Gigihnya dia pepagi dah ke  Caltex Kemaman cari batmobile kedua. KakYa tak tau pon. Balik rumah Akif tunjuk ni haaaaa Umi kitaorang keluar awal pagi cari benda ni haaaa. Sambil tunjuk batmobile kedua yang dah dibeli betul betul depan lubang idung umi dia ni. Emmmm patut la pepagi buta dah keluar. 

BATMOBILE 2005
16-30 Nov 2019

Batmobile ketiga. Ok kami dapat beli Batmobile ketiga kat Caltex Sungai Ular. Kebetulan 1 Disember tu kami keluar jalan jalan ke Kuantan. Singgah kat Caltex Sungai Ular. Terus jer la isi minyak kat situ dan beli. Nasib la ada lagi seketul dapat jugak beli. Mujur jugak keluar awal kalau tak melepas gak nak dapat yang seketul ni. 

BATMOBILE  1989
1-15 Dis 2019


Batmobile keempat. Tarikh yang Batmobile tu keluar pada 16 Dis 2019, masa malam 15 Dis 2019 tu dalam jam 10.30 perut rasa lapar sangat. Jadi KakYa mintak En Hubby pegi beli nasi goreng kampung kat kedai luar taman perumahan ni. Dia dan anak anak keluar dalam kul 11 malam jugak la. 

Tunggu punya tunggu tak balik, call tak angkat whatsapp tak balas. Ntah kenapa pulak lama sangat sedangkan kedai makan kat luar jalan tu je pon. Kul 12.40 malam baru sampai umah. Rupa rupanya diaorang pegi Caltex Sungai Ular tunggu kul 12 untuk beli Batmobile ketiga. Aduhlaaaa siap tunggu tangga kat situ la pulak takut habis. Emmm nasi goreng kampung beli 15 Dis 2019 tapi 16 Disember 2019 baru dapat makan. Emmmmm Batmobile punya penangan. Bini lapar pon takpo aihhhh. Huhuhuhu ... 

BATMOBILE 1966
16-31 Dis 2019

Alhamdulillah setelah melalui pelbagai susah payah nak dapatkan 4 ketul ni akhirnya bersatula kome dalam rumah KakYa. The End. Citer tamat tanpa sambungan. Pahni jadilaa drama sangat duk menunggu benda benda gini. Poning pulak duk mikir. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. fuh, dah macam mencari 1 malaysia tu. Cantik gak batmobile. Hari tu dok giler collect ferrari di SHELL..jenuh mencari nak lengkapkan koleksi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yang ferrari tu pon kita collect gak merata gak carik..

      Padam
  2. suspen tajuk.. ingatkan cukup 4 isteri tadi

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.