Perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

Perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor | Salam Jumaat sahabat. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi peluang dan juga ruang untuk sama sama menghirup udara khatulistiwa di bumi Allah yang luas ini. Bersempena hari Jumaat yang mulia ini KakYa ingin sama sama kongsikan mengenai satu kempen zakat terbaru dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Zakat@FAMILY.

Sahabat semua tahu ke mengenai Zakat@FAMILY? Kalau ada yang tak tahu KakYa terangkan dulu apa sebenarnya Zakat@FAMILY ni. Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah institusi keluarga yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka di negeri Selangor.


Tujuan Perlaksanaan Zakat@FAMILY

Sebagaimana yang kita tahu, zakat adalah wajib bagi ummat islam yang memenuhi syarat wajib untuk berzakat. Sebagai ummat islam yang memenuhi syarat wajib zakat perlulah kita menunaikan zakat. Pembayaran zakat  menjadikan harta kita diberkati, subur dan baik serta menjadikan hati  kita tenang dan senang. InsyaAllah aamin aamin.

Sebagaimana yang KakYa warwarkan diatas mengenai kempen Zakat@FAMILY pasti ada yang tertanya tanya apakah tujuan sebenar kempen Zakat@FAMILY.

Kempen  Zakat@FAMILY adalah kempen untuk memupuk kesedaran yang tinggi dikalangan pihak yang terlibat agar dapat melaksana dan menjalankan tanggungjawap sepenuhnya dalam pembayaran zakat bagi tanggungan dan jagaan mereka. 

Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor dengan kadar zakat yang wajib ditunaikan adalah 2.5 peratus.

Objektif Kempen Zakat@FAMILY

• Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.

• Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

• Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Kaedah Dan Tanggungjawap

Ketua keluarga hendaklah memastikan setiap individu di bawah tanggungan mereka mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
- Diri Sendiri
- Pasangan
- Tanggungan 
- Individu di bawah jagaan

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang Zakat@FAMILY.

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan pemilik harta, tanggungjawab taksiran dan tanggungjawab pembayaran Zakat@FAMILY adalah seperti berikut :


Jenis Jenis Harta Yang Terlibat Bagi Pembayaran Zakat@FAMILY

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran Zakat@FAMILY adalah seperti berikut :

- Zakat Harta Pendapatan
Taksiran ini merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.
Hasil penggajian dan upah
• Hasil-hasil bebas dan profesional
• Hasil al-mustaghallat
• Hasil pemberian dan sumbangan

- Zakat Harta Berasaskan Nisab Emas
Taksiran yang dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.
• Emas.
• Wang simpanan
• Saham dan pelaburan

Bagaimanakan Kaedah Kiraan Zakat Melalui Taksiran Zakat@FAMILY?

Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@Family adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) 

Diharap dengan pelaksanaan kempen Zakat@FAMILY dan promosi yang dijalankan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Zakat@FAMILY boleh rujuk video KLIK SINI dan layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. bagus inisiatif yang diambil oleh pusat Zakat ni.. semoga bermanfaat utk semua

    BalasPadam
  2. Bagus initiatif macam ni. Baru perasan belum follow blog ni. Done follow.

    BalasPadam
  3. Bagusnya ada inisiatif yg pelbagai macam ni, menggalakkan lagi org ramai bayar zakat dengan lebih mudah.

    BalasPadam
  4. Bagus penerangan nie kak. Jelas dan berinformasi. Semoga dengan adanya pendekatan seperti ini, org2 x liat untuk bayar zakat

    BalasPadam
  5. Bagus program zKat ni. Nk galakkn org utk tahu kepentingan bayar zakat. Dpt duit tu, bukan semua milik kita taw

    BalasPadam
  6. Ramai juga yang tak alert pasal zakat nie, just ingat bayar zakat time nak raya je....

    BalasPadam
  7. Harap2 dgn perkongsian maklumat ni, makin bertambah n meningkat kesedaran org ramai utk berzakat..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.