Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat | Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai untuk kulit KakYa. KakYa guna produk Cetaphil ni dah lama sebenarnya. Dulu KakYa guna lebih pada penggunaan untuk kulit anak-anak setelah mendapat saranan Doktor sebab kulit mereka sensitif macam kulit KakYa. Doktor ada cakap kalau kulit sensitif tak boleh guna atau pakai produk sesuka hati nanti kulit menjadi kering, iritasi dan memberi kepedihan pada kulit. Ini kerana bahan bahan yang terkandung dalam produk tertentu boleh menyebabkan kulit makin teruk. Sebab tu la KakYa guna produk Cetaphil.


Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser

KakYa mula guna produk Cetaphil sejak beberapa bulan lepas setelah melihat beberapa sahabat membicarakan mengenai Cetaphil dan ianya memberi kesan terbaik untuk kulit mereka. KakYa juga ada terbaca mengenai review yang ditulis menyatakan Cetaphil antara produk terbaik untuk kulit dan diperakui oleh pakar.

Masa mula mula haritu, KakYa cukup teruja untuk mencuba pembersih Cetaphil kegemaran ramai ini. KakYa dapat rasakan pembersih kulit Cetaphil benar-benar memberi kesan untuk kulit KakYa. KakYa rasa Cetaphil ni berfungsi dengan baik dan menjadikan kulit KakYa lembap tanpa kesan pengeringan. Untuk kulit wajah pula, apa yang KakYa boleh katakan selepas penggunaan selama beberapa bulan, wajah makin lembut dan segar tak macam dulu. Kalau dulu, kulit wajah mudah sangat kering dan tak bermaya. Sekarang tidak lagi sebab pembersih ni jenis yang lembut tanpa kandungan sabun atau pewangi. Kulit pon makin lembut dan berseri-seri.




Bila guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, KakYa rasa ia memang membersih dan melembap secara lembut walaupun tanpa sabun. Tak macam pembersih kulit yang berbuih, ia tak mengetatkan kulit. Tahukah anda, perasaan ketat tu adalah sebab terlalu banyak sabun dan sabun tu tengah mengikis pelindung kulit semula jadi. 

Kebaikan Cetaphil ni adalah ianya disyorkan oleh pakar kulit dan berkesan untuk semua jenis kulit termasuk kulit biasa, berminyak, kering, kombinasi, ataupun sensitive. Sangat-sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan. Ianya juga cukup lembut untuk kulit bayi olehtu, KakYa juga guna sebagai pencuci badan untuk anak KakYa yang kulit sensitif. 

Ya la kan bila kita dah tahu kulit kita jenis sensitif kenalah berhati hati menggunakan produk untuk wajah. Pernah juga beberapa kali kulit wajah KakYa menggelupas teruk dan menjadi hitam kehitaman disebabkan tersilap memilih produk. Bukan setakat itu sahaja kulit wajah turut menjadi semakin berminyak dan ditumbuhi jerawat yang banyak kerana kesilapan KakYa menggunakan produk tanpa mengambil kira kesannya pada kulit muka KakYa yang sensitif.

Ada satu lagi yang best, Cetaphil ni tidak BERMINYAK dan ianya menyerap dengan baik saat KakYa gunakan pada kulit. Sebab tak berminyak tu la buat KakYa suka nak guna.

Sekarang ni hari hari KakYa akan gunakan pembersih ini dan juga produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil Moisturising Cream dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ untuk penjagaan muka yang sempurna. Jatuh cinta dah saya dengan Cetaphil!


Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk penjagaan muka ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit. Yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan. Cara nak guna pon senang sangat, korang boleh gunakan dengan dua cara. Cara pertama tanpa menggunakan air dan cara kedua guna dengan air. Kalau tanpa menggunakan air korang letak jer cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan lap dengan tuala bersih. Kalau korang gunakan air, letakkan cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan cuci muka dengan air bersih. Dah selesai. 


Cetaphil Moisturizing Cream

Selain menggunakan pembersih yang cukup KakYa suka ni, KakYa turut menggunakan krim pelembap juga. Cetaphil Moisturising Cream pilihan KakYa kerana kepentingannya pada kulit, tambah tambah lagi bila usia makin meningkat, kulit perlukan krim pelembap bagi mengelakkan kulit KakYa menjadi terlalu kering dan bermasalah.

Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu menjadikan pelembap sesuatu penjagaan kulit yang cukup penting. Bagi KakYa pelembap adalah penting sama seperti pembersih. Oleh itu untuk melengkapkan rutin penuh penjagaan kulit, KakYa gunakan pelembap Cetaphil untuk menghidrat kulit dan menjadikan kulit sihat bermaya. KakYa gunakan pelembap dua kali sehari iaitu waktu siang dan juga malam.



Cetaphil Moisturising Cream mempunyai bahan pelembut dan pelembap ekstra yang dapat mencegah kelembapan daripada hilang. Ianya memberikan penghidratan yang berpanjangan pada kulit dan menjadikannya lembut dan licin. Ianya sangat sesuai untuk melembap kulit yang amat kering dan sangat baik juga digunakan untuk kaki, siku dan lutut. Ha ahhh beli satu produk boleh guna untuk semua bahagian. Tak ke untung tu!


Bahan bahan yang terdapat dalam pelembap Cetaphil berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan menggandakan tahap penghidratan kulit dalam masa beberapa hari. Kulit KakYa rasa semakin lembap dan tiada lagi kekeringan seperti sebelum ini.

Cara penggunaan pelembap, hanya sapukan beberapa titis pada kulit korang dan urut perlahan lahan dengan lembut. Korang boleh rasa kulit korang akan menjadi lembap. Pelembap membantu memulihkan penghalang perlindungan semula jadi kulit menjadikan kulit korang sihat sentiasa.

UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28

Rumusan lengkap dengan sistem tujuh penapis memberikan perlindungan matahari yang optimum daripada sinaran UV, Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ pastinya pilihan KakYa. Dengan perlindungan yang tinggi pada kulit di samping melegakan dan melembapkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka dan badan. Ianya juga diuji dan terbukti secara dermatologi supaya selamat untuk guna pada semua jenis kulit. 



Kulit kita memerlukan perlindungan supaya tidak terbakar di bawah sinar matahari. Korang mesti lebih arif, bahaya bilamana kulit terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan terutama untuk jangka masa yang lama. Kesannya kulit kita menjadi lebih gelap atau terbakar. Kulit KakYa kalau duk kat tepi pantai lama lama mula la rasa terbakar dan mudah menjadi gelap.

Untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari berlebihan KakYa gunakan pelindung matahari. Kalau nak keluar rumah terutama waktu tengahari KakYa akan pastikan kulit KakYa dilindungi dengan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50. Dengan kandungan SPF sebanyak 50+ dan UVA 28 di produk ini, ianya sangat sesuai kalau korang nak bawak pergi bercuti kat kawasan pantai atau kawasan beriklim panas.

Bagi KakYa produk ni sangat ringan pada kulit dan bilamana KakYa gunakan produk ni KakYa masih boleh gunakan BB Cream. Kiranya selepas menggunakan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ terus jer pakai BB Cream takde masalah pon.

Okay, oleh kerana produk ni best sangat sangat dan buat KakYa teruja teruk, KakYa sarankan untuk korang yang suka travel korang boleh tambahkan Cetaphil UVA / UVB Defense SPF50+ dalam list korang. Untuk KakYa, Cetaphil UVA / UVB Defence SPF50+ pasti menjadi pilihan walau di mana berada.

Mana Nak Dapatkan Produk Cetaphil

Untuk pengetahuan korang KakYa dah cuba ketiga tiga produk Cetaphil ni dan KakYa cukup puas hati dengan keberkesanan produk ini. Setelah beberapa bulan bersama produk dari Cetaphil KakYa rasa lepas ni KakYa tak nak tukar produk lain dah. Buat apa nak tukar kalau Cetaphil pilihan terbaik. Korang pon kenala cuba produk Cetaphil ni. Mana tahu serasi dengan kulit korang. Cuba la dulu baru tau! Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Cetaphil korang boleh dapatkan segera produk hebat ini di;

https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil
https://shoppe.com.my/cetaphil.os

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Ramai kata cetaphill bagus.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kulit ain mcm boleh terima apa2 je jenis cleanser. Jauh disudut hati mmg teringin nak try cetaphil ni. tp belum berpeluang lagi. Ramai jugak yg review ckp best semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakya kekadang sensitif gak bukan semua blh guna tgk keadaan gak.

      Padam
  3. cataphil ini mmg bagus untuk kulit terutamanya yang jenis sensetif kan. masa jerawat bermaharajalela dlu rajin juga pakai ni

    BalasPadam
  4. Ramai kata cetaphil ni bagus especially untuk kulit sensetive. teringin nak try moisture cream dia tu sebab kulit nana jenis kering.

    BalasPadam
  5. mek pernah cuba pencuci muka dan juga moituriser daripada centaphil. pencuci muka just nice dengan mek. kalau yang moituriser not very okei dengan mek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tgk kulit kita gak mek. Kekadang ada yg ok kekadang ada yg tak ok..

      Padam
  6. Anak remaja saya pakai cleanser Cetaphil. So far memang sesuai dengan kulit.

    BalasPadam
  7. memang bagus guna cleanser yang free frm harmful chemical..baik untuk skin!

    BalasPadam
  8. Ramai kata cetaphil ni bagus untuk kulit sensitif. Adik kinah dulu muka dia agak teruk jerawat dia, lepas guna cetaphil, nampak dah kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan .. byk yg cakap mmg bagus dan terbukti berkesan

      Padam
  9. Always wanna try the cleanser but still doubting it but not anymore after this review im guessing haha great share!

    BalasPadam
  10. cetaphil makin femes jgk since pengacara my doktor pun turut jadi duta kan kat tv tu.. saya lupa dah tahun bila. kita tak cuba lagi since dah ada skincare sendiri. baguslah ramai yang kulit sensitif nanti boleh try cetaphil ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg punya kulit sensitif mmg blh try yg ni ..

      Padam
  11. Produk ni memang bagus untuk kulit yg sihat. Dulu ada jugak pakai..nanti nak suh anak dara pakai gak lah

    BalasPadam
  12. Byk gud review psal cetahpil ni kan... Doctor pun selalu suggest brand ni utk org yg ada kulit sensitive.. Mhal skit tpi OK lagi Dr kena berabis ke klinik utk rawatan kulit kn

    BalasPadam
  13. Brand ni famous dan trusted. Pernah guna and mmg puas hati. Hehe

    BalasPadam
  14. Bagus cetaphil ni. Sesuai utk jaga kulit dari kotoran
    Terutamanya lepas mkn.

    BalasPadam
  15. popular tau produk ni. ramai dah cuba tak kurang juga feedback pun amat bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni mmg feedback bagus2 jer tentang cetaphil ni

      Padam
  16. cetaphil ni pernah viral dulu sampai skrg kan,,, kita pernah try yang botol bsr tu tapi xsesuai sbnrnya letak kt muka.... untuk badan lebih sesuai kalau ada gatal2.. tp yang lain2 xpernah try lagi,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesetengah org sesuai pakai.. ada sesetengah tak sesuai pakai .. tgk keadaan kulit masing2

      Padam
  17. Memang bagus produk ni.
    Recommended by doctors.
    Anak2 dara aida pernah guna.
    Mahal. Tapi berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena try baru tau hehehe.. Harga mahal tapi berbaloi pakai .

      Padam
  18. Pernah cuba cleanser jenama ni. Moisturizer belum cuba. Mostly yg ada kulit sensitip dgrnya memang sesuai pakai Cetaphil.

    BalasPadam
  19. Sampai ek sudah tak pernh lagi pakai cetaphil..ehheee..sebab ada produk alin dah sesuai dengan muka nad..tapi boleh syorkan dekat kawan

    BalasPadam
  20. Cetaphil memang antara yg terbaik. Saya dulu mmg doktor sendiri yang suruh pakai.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.