Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan | Salam Ramadhan ke 9 untuk semua pembaca blog KakYa. Tambah tolak tambah tolak dah masuk hari ke 9 kita semua berpuasa untuk tahun 2019. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan pastinya korang akan tercari cari tempat best untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga teman teman. Apakata kali ni korang ikut KakYa, kita berbuka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Swiss Garden Beach Resort Kuantan membawakan konsep masakan Citarasa Ala Kampung untuk menu berbuka. 

Hidangan Utama Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Sempena Ramadhan 2019, Swiss Garden Beach Resort Kuantan menampilkan masakan tradisional melayu dalam setiap menu yang di hidangkan. Antara menu lauk pauk popular yang menjadi hidangan utama di Swiss Garden Beach Resort Kuantan antaranya Kari Daging Kofta, Tenggiri Masak Singgang, Tandoori Ayam, Ketam Goreng Lada Hitam, Sambal Kentang Dengan Bilis  dan pelbagai pilihan lagi. Setiap hari disajikan lauk pauk berlainan untuk pengunjung.










Selain nasi putih dan lauk pauk ala kampung , pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan turut menyediakan pelbagai menu tambahan untuk pengunjung berbuka puasa antaranya Briyani Gam, Kambing Bakar, Cucur Udang, Bubur Lambuk, Satay, Murtabak, Roti Canai, Laksa Pahang, Hidangan Sup dan pelbagai pilihan makanan lagi.







Pencuci Mulut Yang Tersedia Di Swiss Garden Beach Resort

Untuk pencuci mulut pula pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan menghidangkan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut antaranya Pengat Ubi, Kuih Ketayap, Kuih Cara, Kuih Cara Berlauk, Puding, Agar Agar, Jelly, Buah buahan dan juga pelbagai jenis kek yang pasti menambat selera korang. Korang yang minat sangat layan dessert kena datang berbuka kat sini okey. Apa yang pasti dengan pilihan yang cukup banyak korang pasti rambang mata mana satu pilihan yang terbaik. Kalau tanya KakYa opkos la semua sedap sedap. KakYa kurang makan nasi jadi KakYa lebih kepada kuih muih dan juga buah buahan. 





Harga Buffet Ramadhan 2019 Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Semua menu yang disediakan ala kampung pastinya menarik minat korang yang sukakan masakan ala kampung. Ok KakYa nak bagitau kat korang Buffet Ramadhan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan telahpun bermula sepanjang bulan Ramadhan ini. Harga Buffet Ramadhan Swiss Garden Beach Resort Kuantan adalah seperti di bawah.

Harga biasa Mei hingga Jun; 
Dewasa: RM78.88
Kanak-Kanak / Warga Emas: RM 55.20
Private Ramadhan Iftar Group:  RM58

Untuk maklumat lanjut dan tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, korang boleh hubungi Swiss Garden Beach Resort Kuantan di talian +6095488288 atau Cik Syarifah Amin di talian 60175509181

Lokasi Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Swiss Garden Beach Resort Kuantan
2656~2657, Mukim Sungai Karang, 
Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan, 
Pahang Darul Makmur Malaysia

Pilihan Makanan KakYa Dan Keluarga Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Terdapat banyak pilihan makanan kat sini sempena Buffet Ramadhan 2019. KakYa nak suggest kat korang beberapa juadah istimewa yang korang kena cuba. Rasa dia memang sedap dan menambat hati keluarga KakYa sebab tu la KakYa cadangkan korang cuba. KakYa paling suka Laksa Pahang kat sini. Memang sedap dengan rasa yang lazat dan kuahnya yang pekat cukup menyelerakan. Korang kalau datang berbuka di Swiss Garden Beach Resort, jangan lupa cuba Laksa Pahang. Sedap tak terkata tau. Satay ayam dan daging pon sedap.  Kuah kacang dia best dan kena dengan selera KakYa sekeluarga. Makanan lain pon sedap sedap juga. Kalau korang nak tahu kenala cuba. 

Jadi apa tunggu lagi jom kita sama sama buka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Pelbagai pilihan makanan sedap yang pasti memikat selera perut anda. Selamat berpuasa dari KakYa dan family. Semoga puasa kita semua diberkati . Aamin aamin .

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.