Selamat Hari Lahir Ke 39 Encik Suami

Selamat Hari Lahir Ke 39 Encik Suami | 1 APRIL muncul lagi. Selamat Hari Lahir ke 39 buat En Suami. Semoga abang panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, terus berbahagia di samping insan tersayang, mendapat kebaikan di dunia juga akhirat,  dan sentiasa mendapat kebahagiaan yang selayaknya. Aamin aamin. 

Semoga En Suami akan sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. ' Ya Allah, KAU berkatilah dan redhailah umur yang telah KAU berikan pada suamiku. Ya Allah, KAU panjangkanlah umur suamiku '. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Aaamin aamin.


Doa Umi dan anak-anak untuk Abang.

Ya Allah, Kau abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahayaMu yang tidak pernah redup. Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidupkanlah dengan ma’rifatMu dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMu. Sesungguhnya Kau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.  Aamin aamin. 

Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNYA untuk abang. I Love You Abang. May our love last forever till jannah. InsyaAllah, aamin aamin.

Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia insan istimewa untukku dan juga anak anakku. Terima kasih Abang kerana hadirmu dalam hidupku cukup membahagiakan. Menjadi pelindung untuk Umi dan juga tiga permata hati kita. Sayang abang dunia akhirat.

SANAH HELWAH YA SAYANG.
SELAMAT HARI LAHIR KE 39.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selamat hari lahir kepada suami awk

    BalasPadam
  2. hepi bestday buat husband k.lya..:)

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir suami kak lya,semoga di limpahi rahmat Allah dan bahagia di samping keluarga tersayang.

    BalasPadam
  4. Hepy bday. semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  5. asalam semoga bahagia till Jannah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.