Cara Membuka Pintu Rezeki Yang Tertutup Menjadi Lancar

February 27, 2019

Cara Membuka Pintu Rezeki Yang Tertutup Menjadi Lancar | Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT di duni ini telah ditetapkan rezeki untuk mereka . Sejak di dalam kandungan ibu lagi , Allah SWT telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya . Manusia diminta untuk , berdoa , berusaha dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah SWT dimuka bumi ini . Bagi memperoleh rezeki yang lancar marilah kita sama sama membuka pintu rezeki yang tertutup seluas luasnya .

Cara Membuka Pintu Rezeki Yang Tertutup

Cara membuka pintu rezeki yang tertutup ini terdiri dari amalan singkat dan mudah , diantaranya :

1. Memperbanyak mambaca lafaz Hauqolah , yaitu “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. ( Minima sebanyak 100X sehari ) . InsyaAllah dengan membaca zikir ini rezekinya lancar dan dimudahkan . 

2. Setiap hari membaca “LA ILAHA ILLALLAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIN”. Baca sebanyak 100X setiap selesai solat Isyak dan solat subuh .

3. Memperbanyakkan istighfar “ASTAGH FIRULLAAHAL ADZIIM”. Baca sebanyak 300X setiap hari . Memperbanyakkan istighfar dapat membebaskan kita dari segala masalah dan membuka pintu rezeki selebar-lebarnya .

4. Membaca SURAH AL IKHLAS 

5. Membaca SURAH AL WAQI'AH pada setiap malam sebanyak 1 kali  (sebelum tidur) atau selepas bangun pagi selesai solat subuh. 

6. Memperbanyakkan solawat nabi untuk membuka pintu rezeki seluas luasnya . “ALLAHUMMA SHALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALAA ALI SAYYIDINA) MUHAMMAD ” .

7. Membaca “SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ADZIIM”.

Inilah beberapa cara membuka pintu rezeki yang tertutup agar menjadi lancar yang dapat KakYa kongsikan untuk kita semua . Semoga kita semua dimudahkan oleh Allah dan diberikan kelimpahan rezeki tiada henti , insyaallah . Semoga bermanfaat untuk KakYa dan sahabat juga . 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. thanks sharing.. lepas ni boleh amalkan selalu..kadang2 culas.. Tak boleh nak buat hari2..heheh

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.