Nak Jadi Pengakap ! Nak jadi Pengakap !!

Nak Jadi Pengakap ! Nak Jadi Pengakap !! | Tahun 2019 Akif dah masuk tahun 4 . Bila dah masuk tahun 4 akan adala aktiviti badan beruniform setiap Selasa kat sekolah . Setiap kali tanya Akif , nanti dah masuk tahun 4 nak join apa kat sekolah . Dia mesti cakap nak jadi pengakap ! nak jadi pengakap . Ucapan tu memang dah terngiang ngiang dia duk zikir kat telinga Umi dia ni sejak tahun 1 lagi  . Jadi sebagai Umi , KakYa duk doa la selalu agar tahun 4 dapatla dia join pengakap .



Semalam balik dari sekolah dia tunjuk surat yang Cikgu kelas bagi . Surat aktiviti perjumpaan mingguan badan beruniform sekolah akan bermula pada 22 Januari 2019 . Bermakna esok akan ada perjumpaan kat sekolah dan juga sesi pemilihan badan beruniform untuk anak anak sekolah . Makanya dia duk sibuk la cakap pot pet pot pet kat abah dia . " Abah , Akif nak jadi pengakap bah ! . Harap harap dapat la jadi pengakap " . Abah dia jawap takpe la kalau tak dapat jadi pengakap jadi yang lain pon takpe takde masalah boleh jer . Tapi Akif nak jadi pengakap la bah .. Ok la boleh la tu jadi pengakap . Abah dia tak berapa nak beria sangat dengan anak nan sorang ni sebab takut angin dia punah ranah bila takle jadi pengakap . Ya la untuk badan beruniform ni kan Cikgu kelas yang tentukan kat sekolah awak masuk apa , awak join apa . Bukan kita suka suka pilih . Kalau boleh pilih ok la tapi ni Cikgu yang tentukan . Makanya kena redho jer la . Sebab tu la abah dia tanak beria ia sangat takut tak dapat .

Makanya Umi dia ni duk selalu doa yang baik baik agar keputusan yang keluar kat sekolah arini , biarlah dia dapat jadi PENGAKAP .  Moga moga dapatlah Akif jadi pengakap . Tup tup tadi dapat WhatsApp dari group kelas Akif , Cikgu kelas hantar senarai nama lengkap dengan unit beruniform , kelab dan juga 1M1S . Laju Umi tengok senarai nama dan alhamdulillah syukur selalu , Akif dapat join PENGAKAP . Tq Allah tq Allah KAU dengar apa yang anak aku inginkan . Alhamdulillah syukur sangat sangat Ya Allah . Dapat jugak apa yang dia nak . 

Balik sekolah nanti mesti dia teruja nak bagitau Umi . Dah dapat jadi pengakap memang dia suka sangat la . Tahniah Akif , Akif dapat apa yang Akif hajatkan . Tahniah sayang Umi ! 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ha kan dah kabul afdal doa ibu ni..syukur lah kan

    BalasPadam
  2. wooo cikgu ke tentukan ? x bestnya.. tapi itula ada quota bab bab kelab persatuan uniform dan permainan tu cikgu yg tentukan tu. tapi syuuku Akif dapat juga Pengakap. best !! kumpul lencana dan calit banyak2 tau..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.