BuyandShip : Servis Penghantaran Antarabangsa Murah , Mudah Dan Selamat

BuyandShip : Servis Penghantaran Antarabangsa Murah , Mudah Dan Selamat | Zaman serba moden ini  , kita sebagai pengguna di Malaysia bukan setakat suka beli barangan online dalam negara jer tau malahan ramai di kalangan kita suka shopping online hingga ke luar negara . Ya la kan , kekadang barang yang kita nak beli dan minat takde jual kat Malaysia ataupun kalau ada harganya boleh tahan mahal . Jadi nak tak nak kena la beli barangan yang kita berkenan tu secara online kat luar negara . Bila dah beli barang kat luar negara , salah satu masalah yang kena fikir , adakah barangan yang kita beli akan selamat sampai kat tangan tanpa apa apa masalah di kemudian hari .

Sebelum KakYa cerita lebih lanjut , KakYa nak tanya beberapa soalan kat korang . Korang suka shopping online dari luar negara tak ? Korang pernah hadapi masalah semasa menggunakan  servis perkhidmatan penghantaran barangan yang korang beli dari luar negara ? . Kalau korang suka shopping online dari luar negara korang kena baca sampai habis .

BuyandShip Servis Penghantaran Antarabangsa Terus Ke Pintu Rumah Anda

BuyandShip! . Apakah itu ? BuyandShip telah memulakan operasi pada tahun 2014 . Syarikat dari Hong Kong ini menyediakan servis penghantaran antarabangsa terus ke pintu rumah pelanggan yang ingin membeli-belah dari Amerika Syarikat , United Kingdom , Japun , Korea , China dan Taiwan dengan cara yang senang , mudah dan selesa .


BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


BuyandShip mempunyai rangkaian gudang yang mantap – bebas operasi di Amerika Syarikat dan Jepun serta gudang khusus di Korea , China , Taiwan dan Hong Kong untuk memastikan servis penghantaran yang cepat dan efisyen . Jadual penerbangan dari gudang-gudang BuyandShip ke pusat pengagihan BuyandShip di Hong Kong diaturkan setiap minggu dan yuran penghantaran adalah berdasarkan berat sebenar barangan dan bukan mengikut saiz barangan .

Bagaimana Cara Menggunakan Servis BuyandShip 

Ok la , KakYa nak citer kat korang mengenai satu servis perkhidmatan penghantaran barangan dari luar negara terus ke depan pintu rumah korang dengan kos yang berpatutan .  Tak perlu bimbang lagi kerana barangan yang korang beli akan terus di hantar kat depan pintu rumah okey ! . Cara nak gunakan servis  prnghantaran  BuyandShip ni takde la susah pon ,  semudah ABC . Korang boleh ikut langkah demi langkah kat bawah ;

1. Daftar Ahli 
Daftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip . Daftar terlebih dahulu sebelum mula membeli-belah . Klik  sini . Setelah mendaftar , anda akan diberi akses kepada alamat-alamat gudang luar negara BuyandShip dan ID keahlian anda .


BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


2. Mula Shopping !
Sila rujuk di Pusat Ahli > Alamat Gudang Luar Negara untuk mendapatkan alamat gudang luar negara Buyandship . Isi alamat gudang luar negara Buyandship dalam maklumat penghantaran anda , nama penuh anda dan juga ID Keahlian semasa Semak Keluar ataupun checkout . Anda boleh isi alamat kad kredit anda sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia


3. Isytihar Bungkusan Anda
Setelah menerima nombor jejakan (tracking number) dan maklumat penghantaran dari laman pembelian pilihan korang , korang perlu mengisytiharkan penghantaran korang di laman web Buyandship . Isikan nombor jejakan dan maklumat lain yang diperlukan di tab Pengurusan Hantaran : Deklarasi , Penjejakan dan Penghantaran Pukal dan klik pada butang “Click here to add a new shipment”. Wajib isytiharkan penghantaran sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip . Kegagalan mengisytihar bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan korang ke Gudang Hong Kong . Jadi koramg kena ALERT okey ! 

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

4. Kaedah Pembayaran
Barangan yang korang beli akan dihantar ke Gudang di Hong Kong sebelum dihantar ke Malaysia . Apabila barangan sampai di Gudang Hong Kong , BuyandShip akan memaklumkan korang melalui Emel . Sila hubungi BuyandShip jika status penghantaran korang belum lagi bertukar walaupun sudah 48 jam sampai di Gudang Hong Kong . Caj penghantaran akan dikira melalui jumlah berat sebenar penghantaran yang diterima .

Kalau korang masih berhasrat nak shopping lagi dan bersedia untuk satukan semua hantaran dalam satu penghantaran , korang boleh jer buat pilihan dan satukan semua barangan  untuk dihantar ke alamat korang di Malaysia . Apabila menyatukan hantaran kepada satu penghantaran , bungkusan mungkin dibalut semula tanpa sebarang caj tambahan . Koramg boleh memilih kaedah pembayaran melalui Mata Ganjaran BuyandShip , Kad Kredit atau Kad Debit . Caj penghantaran harus dilunaskan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong . Jika tidak , hantaran tidak akan dihantar .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

5. Masa Penghantaran
Masa jangkaan penghantaran ke gudang Hong Kong : US & UK dalam masa 4 - 6 hari bekerja / Jepun , Korea , China dalam masa 2 - 4 hari bekerja . Kami akan menghantar hantaran anda dalam masa 1 - 2 hari dari tarikh penerimaan permintaan “Penyatuan Penghantaran” anda dan bayaran . Penghantaran ke alamat rumah anda akan mengambil masa kira-kira 3-4 hari bekerja , tetapi jika dikenakan pemeriksaan kastam , masa pengiriman mungkin akan tertunda .

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

Masa Tamat Penghantaran
• Bungkusan yang sampai di Gudang Luar Negara kami akan dihantar keluar secepat mungkin .
• Status penghantaran akan ditukar kepada ‘Semak Keluar/Check Out’ apabila bungkusan anda sudah disahkan untuk penghantaran ke Gudang Hong Kong .
• Masa ketibaan mungkin tergendala semasa cuti umum antarabangsa.
• Tarikh Penghantaran adalah seperti berikut : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu MYT 

- Gudang US : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu waktu, Malaysia
- Gudang UK : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat waktu, Malaysia
- Gudang Japan : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu, waktu Malaysia
- Gudang Korea : 5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat , waktu Malaysia

Yuran Bayaran Untuk Servis BuyandShip

- Keistimewaan dan Harga 

• Menyatukan Banyak Barangan dalam Satu Bungkusan
- Barangan boleh disimpan di Pusat Pengagihan Hong Kong kami sehingga 30 hari , membolehkan korang untuk membeli pelbagai produk dari kedai-kedai online serata dunia dan semuanya dihantar dalam satu bungkusan . Woww teruja !

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

• Yuran Penghantaran Adalah Berasaskan Berat Sebenar Untuk Semua Negara
- Yuran bayaran hantaran adalah dikira mengikut berat sebenar bungkusan, dan bukan berat volumetrik.

• Skim Mata Ganjaran
- Pelanggan boleh mendapatkan mata rebat dari pelbagai jenis mata ganjaran promosi atau mata ganjaran pembelian dengan kadar diskaun yang boleh digunakan untuk membayar yuran penghantaran.

BuyandShip , Cara Guna Servis BuyandShip , Buyandship Malaysia , Servis Penghantaran Murah Luar Negara , Beli Barang Online Luar Negara , Beli Barang Luar Negara Hantar Ke Malaysia

Faedah Menggunakan Servis BuyandShip 

Bila korang gunakan servis daripada BuyandShip ni kan mesti korang nak tahu apa faedah yang korang akan dapat . Antaranya korang boleh baca lebih detail kat bawah : 

Gudang disediakan di Amerika Syarikat , Jepun , Korea dan Taiwan 
• Korang tak perlu risau kerana gudang-gudang milik BuyandShip terletak di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat , Jepun , Korea dan Taiwan . Gudang gudang ini membuat penghantaran keluar secara harian untuk memastikan setiap hantaran akan dihantar ke setiap pelanggan dalam masa 5-10 hari .

Gudang operasi sendiri / gudang khas BuyandShip 
• Untuk mengoptimumkan kualiti servis dan pengalaman pelanggan , BuyandShip telah memantapkan gudang khusus dan gudang operasi sendiri bagi memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah efisyen dan servis penghantaran yang teguh .

Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit 
• Untuk memudahkan pelanggan BuyandShip , bayaran boleh dibuat secara kad kredit – Visa , Mastercard dan American Express .

Penghantaran terus ke pintu rumah
• BuyandShip menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tepat dan dipercayai ke semua pelusuk Malaysia .

Menyatukan Beberapa Barangan Dalam Satu
• Hantaran boleh disimpan di pusat pengagihan kami di Hong Kong untuk 30 hari . Ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk dari kedai online dari negara-negara yang berbeza dan dengan senang pelanggan boleh menerima semua hantaran dalam satu bungkusan .

Jejak Dan Kesan Hantaran Anda 
• Untuk meningkatkan ketelusan lojistik , pengguna BuyandShip boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa , di mana-mana saja . Status terbaru juga dihantar ke emel untuk memberitahu pelanggan .

Sistem Selamat 
• Sistem BuyandShip menggunakan sistem selamat SSL untuk melindungi maklumat sulit anda dari didedahkan .

Mengapa Perlu Menggunakan Servis BuyandShip

BuyandShip : Penghantaran Setiap Hari 
- Penghantaran adalah setiap hari dari gudang sedunia BuyandShip termasuk dari Amerika Syarikat , Jepun , Korea , China dan Taiwan memastikan setiap hantaran dihantar ke pelanggan dalam jangkamasa 7-10 hari .

BuyandShip : Pembayaran Mengikut Berat
- Yuran Penghantaran adalah mengikut berat sebenar tidak termasuk kos bungkusan .

BuyandShip : Penjejakan Hantaran 
- Pengguna BuyandShip boleh memeriksa status penghantaran paling kemaskini dari laman web BuyandShip dimana sistem akan memberitahu pengguna samaada hantaran anda "Akan Tiba ke Gudang Tempatan", "Tiba di Malaysia" atau "Penghantaran Sedang diatur"

BuyandShip : Penghantaran Terus Ke Rumah 
- Selepas hantaran tiba di pusat pengagihan di Hong Kong , anda akan boleh mengaturakan hantaran ke mana saja di Malaysia dengan senang , cepat dan servis yang boleh dipercayai .

BuyandShip : Beli Barang Dari Luar Negara Hantar Terus Ke Malaysia Semudah ABC

Best tak best tak ! Opkos la best kan . Lepas ni korang tak perlu risau lagi bab bab penghantaran barangan yang korang beli dari luar negara . Shopping jer barangan idaman korang dengan tenang dan santai . BuyandShip kan ada ! Guna servis BuyandShip jer . Mudah dan selamat . Tak perlu nak sakit kepala duk fikir lagi . BuyandShip terbaik dan dipercayai . Satu lagi satu lagi KakYa nak warwarkan untuk korang .  Korang suka DISKAUN ! . Ha ahh pasti suka kan ! Ok dekat laman sesawang BuyandShip akan selalu ada update terkini mengenai diskaun dari laman shopping terpilih . Jadi korang kenala rajin singgah laman sesawang BuyandShip dan juga Instagram untuk mengetahui lebih maklumat mengenai diskaun .  Kalau korang perlukan maklumat lanjut mengenai BuyandShip korang boleh klik dan layari laman tertera kat bawah ni : 

Instagram : buyandship.my

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Mudahnya sekarang..cuma pandai dengan tak je nak manfaatkan.

    BalasPadam
  2. Asalam..wah promot nya hebat..semoga lancar urusan..

    BalasPadam
  3. Kita dah daftar kat Buyandship. Aritu tgk entri akak kita terus daftar sebab selalu beli barang kat luar negara sebelum ni ada je masalah bab penghantaran.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.